Thursday, August 06, 2009

Kerajinan yang datang sesekali..

Salam,

Semalam sang suami macam suarakan sesuatu..

"Abang teringin nak makan laksa yang IDA buat..Tak nak yang beli!!"

Kenyataan itu pula disokong oleh anak aku.

"Ha ah..Umi lama dah tak masak laksa. Laksa Ummi masak lagi sedap dari yang beli"

Aduiiii....tu yang aku malas nak dengar tu.....
Walaupun aku tahu anak anak suka makan masakan aku tapi mereka kena tahu BETAPA malasnya UMMI mereka ini untuk masuk berperang kat dapur tu. Terutamanya semenjak 3 tahun kebelakangan ini setelah kelahiran budak berdua yang last, Si Muhammad dan si Mawaddah.
Dengan kelahiran budak berdua yang berturutan tahun 2006 dan 2007, skill masak memasak aku semakin luntur. Masa aku habis samada di depan KOMPUTER ataupun ber'PERANG' dengan budak berdua ni.

Dengan ketiadaan Maryam, memang agak sukar untuk aku berada lama di dapur.
Kalau ke dua dua anak ini tidur barulah aku boleh buat kerja. Kalau tidak terpaksalah aku meninjau keadaan mereka. Budak berdua ini sentiasa kreatif dalam usaha mengKUCAR KACIRkan keadaan hiasan dalaman rumah ini. Mereka bakal menjadi Interior Designer aku rasa...
ha ha ha

hmmmmm...
--------------------------------------------------------

Bulan Ramadhan semakin hampir.

Waktu bulan inilah anak anak dan Si suami nak MANJA lebih sikit. Perasaan MANJA ini datang sekali sekala sahaja. Manja untuk merasai kesedapan masakan si IBU dan ISTERI YANG SEORANG ini..
( uiksss..kalau jadi macam PAK MERTUA aku..boleh lah TUKAG TUKAG selera.!!)
Tentunya si suami akan teringin nak makan kuih kuih ni.

Berikut senarai kuih yang disukai si suami :

1) Kuih seri muka ( yang bahagian atasnya warna cekelat buat dari gula kabung tu..dan mesti lemak lemak dan santan kelapa yang ORI perahan tangan ISTERI..hai hai hai..)
2) Popia goreng : isi mesti sedap dan enak..kena ada udang!
3) Kuih jala..kalau kuah durian lagi dia suka..tapi kalau takdak, KARI AYAM pun okay!

Anak anak aku pula suka apa?

Anak anak sebenarnya main NGAP jer..kalau kuih aku buat TAK SEDAP pun demer BANTAI. Al maklum dah ramai..

Tapi demer suka makan ini :-
1) Agar agar...paling senang nak buat...MUJUR!!
Tapi kalau bulan puasa aku pelbagaikan supaya tak boring..
-agar agar bandung
-agar agar pandan
-agar agar cendol
-agar agar jagung (lebih kepada puding jagung sebenornya)
-agar agar laici
-agar agar batik (ini time time RAJIN ni..)
-agar agar milo
........dan kalau habis malas sangat, aku buat agar agar MERAH..boh perasa ROS tu..( yang ni paling KERAP dibuat ha ha ha )

2) Anak aku juga suka puding caramel. Mujur lah aku pandai buat puding ni..
Belajar kat mana? he he he..dari Channel Travel n Living...ASTRO. Lamaaaaaa dah dulu. Tapi kat dalam Astro tu, dia tak cakap itu Puding Caramel..entah amender tah dia pangge. Salah satu puding feveret kat Mexico.

3) Anak aku suka cucur cucur..Ini juga MUDAH dan kerap dilakukan..he he he..
-cucur udang
-cucur ikan bilis
-cucur bawang
-cucur manis
-cucur jagung
-cucuk KODOK
-cucur nangka

paling kerap dimasak ialah cucur UDANG dan CUCUR jagung sebab semua orang suka makan ini.
Oh ye..Tak main yang ADABI punye..
sebab kalau nak menggoreng cucur kat rumah ni kena pakai hampir sekilo tepung!
ha ha ha..
kalau yang kampit ADABI tu..
hmmmmmm..tak SEMPAT sampai mana mana.

Nak share resepi resepi ngan aku?
Malangnya kebanyakan kuih kuih ni aku main agak agak jer. CEKAU CEKAU kata orang.

Dan kebanyakan kuih kuih tradisional, macam kuih seri muka, tepung talam, kuih lapis, tepung bungkus, lepat liat, kuih kuaci ni..aku dapat ILMU ni dari nenek MERTUA aku.
Waktu dia tinggal bersama dengan kami dulu, aku pujuk dia ajar aku..
PUAS makan weeehhhhhh..

Kalau harapkan PELAJARAN SAINS RUMAH TANGGA yang pernah aku belajar waktu sekolah menengah rendah dulu, aku hanya tahu buat kuih Buah Melaka ngan KARIPAP jer..

ha ha ha ha ha ha ha ha....

( gelak besar sebab teringat cerita KAKPAH goreng daging SEBIJIK MACAM aku GORENG!! PASTU KORAIH TAK BOLEH GIGIT)

sekian

10 comments:

Nizam.Ariff said...

Kak, buatkan 'kolak pisang abu' untuk aku boleh?

Aku suka makan kolak pisang especially waktu berbuka...

Tijah said...

laksa?? hahahaa. malasnyer nak perisi tulang ikan tu kannn? buat je la laksa daging kak...

ASH said...

Nizam,
KOLAK PISANG..err..cam mana tu?
Kalau SERAWA PISANG aku tau le..

Atau LENGAT Pisang Emas pun sempoi..( yang ni pun aku selalu buat instead of cekodok pisang)

Jah,
Nak buat laksa kedah pulak tu..
Kena boh ikan termenung bakag ngan ikan kuarau sikit..

kalau ada laksa daging baguih juga kan?
he he he

kucingorengemok said...

panjang list "to eat" sebelum bulan puasa ni, hehe

DrSam said...

Ye la...terasa ingin sangat bermanjaan gitu kebelakangan ni. Entah kenapa ye ;)

Ish...ish...bertuah betul bapa mertua tu ye.

ASH said...

Mind preparation je KOG..
kut kut nanti tak terbuat. asyik BELI JUGA MANJANG..ha ha ha ha

tasekM said...

semalam kak. aku dh ramas pisang. ingat nk buat cekodok. sekali. bukak almari tepung gandum tak dak. hahahaha....



.

ASH said...

Dr sam..
ya..memang BERTUAH pak Mertua aku tu!
tapi aku harap TUAHnya itu tidaklah perlu diperturunkan kepada anak cucu...he he he

TM,
hmmmmmmm....
azani lama dah tak lawat sini.
kalau tidak mahu 360 darjah bering cornernya!

....komen innocent aku : patutnya gula yang PUPUS sementara waktu ini..bukannya TEPUNG!!
tk tsk tsk..
rugi la pisang tu tak dapat diKODOKkan!

ibundo said...

wuish... dah cukup dah rotation untuk setengah bulan tu. Tak payah nak pike nak buat apa untuk buka puasa.
.
.
hehe kau janganlah ulang-ulang balik daging koreh aku tu. maluuuuu.....

ASH said...

He he he..
kakpah..
Tengok daging goreng akan terulang balik Nostalgik Kisah masing masing..