Tuesday, August 25, 2009

Suatu masa dulu..

Salam,

Satu semester sebelum berkahwin dalam tahun 1989, aku tinggal di apartment untuk pelajar kelamin / pelajar MASTERS. Aku dapat 'menyelit' masuk tinggal di sana atas kesukaran aku untuk mendapatkan rumah sewa di luar kampus. Dengan pertolongan sebuah keluarga Iran, aku dapat menggunakan nama seorang pelajar Masters yang juga tinggal satu floor denganku. Pelajar lelaki ini tinggal bersama sama seorang rakannya yang lain.

Oleh kerana aku tidak mampu untuk membayar sewa sebuah studio apartment ini iaitu kira kira USD375 sebulan maka aku pun membuat iklan untuk mencari rakan sebilik. Rakan yang aku inginkan sebenarnya ialah seorang muslim juga tetapi begitu malang sekali kerana sukar untuk mendapatkannya. Jadi mahu tidak mahu aku terpaksa mengiklankan kepada pelajar pelajar yang datang dari Asia kerana dengan pelajar dari Asia mungkin lebih mudah bagi aku berinteraksi.

Maka akhirnya dapatlah aku seorang rakan yang sudi menjadi teman sebilik yang datang dari negara China. Danping Yang adalah namanya. Seorang pelajar Masters dalam jurusan Matematik. Beliau baru sahaja mendaftar di 'sekolah' kami dan itu merupakan semester pertamanya di Chicago. Sebelumnya beliau menumpang sementara di rumah seorang rakan lain. Beliau pun sekira kiranya sedang mencari bilik untuk disewanya juga.

Oleh kerana apartment itu disewa melalui seorang rakan lain, aku terpaksa memberitahunya syarat syarat untuk tinggal bersama. Aku nyatakan bahawasanya segala makanan mentah berupa daging/ayam yang hendak diletakkan di dalam peti sejuk mestilah mendapat APPROVAL dari aku ( cam samseng jer..punya strict!!) Kalau dia hendak beli ayam, daging, sosej dan sebagainya aku akan belikannya di kedai Islam. So dia akan makan daging, ayam yang halal seperti mana aku juga...he he he...

Bukan yang dibeli di merata rata supermarket. AKU PESEN TAK MAKAN AYAM DI SUPERMARKET. Setengah pelajar Malaysia makan sebab DEPA KATA..orang KRISTIAN punya AYAM/DAGING orait dimakan..Aku agak sangsi... lagipun di Chicago mudah untuk mendapat ayam dan daging halal..jadi NO EXCUSE for me!

Oleh kerana Danping Yang ini adalah seorang pelajar China yang baik budi bekertinya jadi dia cuba untuk menjadi rakan sebilik yang memahami aku. Baguskan dia ni!!
Setiap waktu solat, aku beritahunya yang aku kena solat dan akan memakai telekung berwarna putih...jadi aku harap dia tidak terkejut bila bangun dan tengok ada orang BERTELEKUNG PUTIH pepagi BUTA!!
Mula mula tu, dia macam takut takut juga....
Ya lah..kan..aku pun faham gak.
Sure dia ingat aku ni dok PUJA apa ke!
Lama lama dia dah tak kisah.

Bila aku tanya dia berugama apa, dia kata dia tidak beragama.
Mula mula, aku ingat kut dia beragama BUDDHA tetapi dia kata di China (sewaktu kecil) mereka diSUMBATkan dengan kefahaman MAO TZE TUNG..dan digalakkan untuk tidak menganut mana mana agama. Cuma bagi dirinya, jauh di sudut hati, dia merasakan ada satu KUASA OUT THERE yang sentiasa memerhati segala gerak dan tingkah lakunya...sebab tu dia ni jadi baik gitu!

.......Oh...bagi aku....dia percaya adanya Tuhan tapi mungkin dia tak meng akui lagi bahawa Allah itu Tuhannya.

Pengalaman tinggal bersama dengan seorang yang 'tidak beragama' ini memang menarik juga kerana Danping Yang yang suka bertanya itu dan ini membuatkan aku berfikir kejadian diri kita dan tujuan kita untuk hidup di atas muka bumi ini.

....jadi fikir fikirkanlah.

sekian

4 comments:

kucingorengemok said...

ye lah, ada student islam makan kfc pun kat overseas atas sbb yang sama... tapi kristian skrg ahli kitab ke? :|

ASH said...

KOG,
tu la pasal..
akak makan KFC setelah balik ke Malaysia..
Tahun 1991 baru merasa..dulu tak berani!! walaupun KFC dah ada di Malaysia semenjak tahun 70an lagi..rasanya laa..

Insyirah said...

Saya rasa la, free thinker lebih mudah memahami berbanding orang yg beragama Buddha, Hindu dan sebagainya. Pernah ada seorang kawan yg free thinker. Memang jenis tak kisah dan suka mengambil tahu. Dan skrg ini alhamdulilah, she reverted to Islam.

ASH said...

Insyirah,
memang benar..tapi semuanya itu Hidayah dari Allah juga..
Memberi kepada yang meminta..mencari..dan ingin mengerti.