Salam,
Bila aku layari web Realphotography hari tu, aku rasa kagum dengan empunya blog itu yang tak lokek berkongsi tips, pengalaman, pendapat dan ilmu yang dia tahu dalam seni mengambil gambar ni. Aku rasa orang yang tak kedekut ilmu macam empunya blog tu mesti berganda ganda pahalanya kalau dia tu orang Islam.
Sama juga takkala aku melayari website http://www.starfall.com/. Web percuma yang disediakan oleh entah sapa..( mungkin geng KRISTIAN) yang membolehkan kanak kanak kecil berumur 3-7 tahun belajar membaca secara phonic bermula dari mendengar bunyi bunyi huruf ABC sehinggalah kepada perkataan perkataan mudah. Web ini juga mengeluar buku buku cerita pendek ( phonic) yang mengeluarkan bunyi bunyi dan gambar gambar secara interaktif yang menarik anak anakku dan juga anak anak muridku. Aku rasa kalau website seumpama ini dibuat oleh orang Islam yang IKHLAS dan dilayari secara percuma ke seluruh dunia maka mesti berganda ganda pahala diri tuan punya diri kerana ianya bak air yang mengalir menyuburi taman taman...
Begitu juga dengan golongan guru guru MINAH Saleh yang tak lokek dan sentiasa menyumbangkan worksheets secara percuma, ideas untuk class secara percuma, idea untuk art and craft secara percuma untuk guru guru tadika seperti aku di alam cyber ini.
Ohhhh..senang nya nak dapat pahala yang mengalir tanpa HAD!
Ingat..salah satu amalan yang akan membantu kita diakhirat ialah ILMU yang berguna yang ditinggalkan serta diamalkan oleh orang lain! ( psttt.. tak termasuk ILMU HITAM ye)
hmmmmmm..ini ada satu cerita selingan sikit la.
Dulu aku PEKAK BADAK (meaning blurrrr ) sikit bab komputer ni.
Especially bila nak guna POWER POINT.
Di suatu BENGKEL dalam satu kursus guru, ada satu cikgu ni bawak laptop dan tunjukkan ABM yang dia buat dalam komputer menggunakan POWER POINT.
Masa tu memang aku BLANKO habis la cara nak guna POWER POINT nih!!
Aku minta la dia ajar aku guna POWER POINT dan minta kat dia untuk mengcopy kerja dia tu dalam disk aku....( kira macam nak kembangkan ilmu dia tu pada anak murid aku pulak)
HA HA HA HA HA..( sila gelak kat aku yang muka sekupang ni)
PADAM sikittttt..
Cikgu ni rupa rupanya ada sikit perasaan ALBakhilun wal KIDIKUTTT.
Dia kata errr kalau nak belajar komputer, kena pergi kelas komputer laaa!
Dan kerja saya ni, saya dah habiskan lebih 3 tahun untuk buat ABM nihhhhh!!
( Kiranya kalau nak kerjanya tu....YOU HAVE To pay me ROYALTI atau apa apa sebab bukannya freeeee)
Sobonarnya kerja dia tu..tak de le menda sangat.
Bila aku dah tahu guna power point, aku pun boleh BUAT. ( eksyen jer bunyi aku TAU!!)
Terpaksalah aku belajar power point tu sendiri. Try and error.
Mengadap komputer..lepas tu main gasakkkk jerr..lama lama pandai.
Macam aku buat blog ni juga, main gasak jerrr..lama lama tahu juga sikit sebanyak.
Walaupun of coz la..
tak de le tera tara mana sangat pun.
Dalam berblog ni, aku rasa sangat berterima kasih pada 2 orang.
1)Gurindam Jiwa - Mr Mazlan. ( salah seorang ayah kepada anak murid aku) sebab dia encouraged macamana nak berblog dan dia sering komen aku masa mula mula aku buat blog. Pastu masa 2007, aku dah tak ingat password yang aku guna, dia beritahu cara nak trace balik blog aku ni yang tersadai dalam dunia cyber!
Pssstt..dia juga adalah seorang photographer yang boleh tahan kerjanya!!!
( ada sesapa nak pi bertapa tuntut ilmu dari dia??)
2)OKOB -( Wan Lukman ) dari blog wan lukman, aku dapat idea macamana dunia blogging itu sebenarnya. Aku tengok cara Lukman bina blognya. Aku ikut idea dia sebelum aku bina identiti aku sendiri..
Since Lukman ni seorang tenaga pengajar, maka blog dia dan stail dia menulis juga ada banyak INPUT yang begitu berguna..so bagi mereka yang baru nak bina blog, the info in his blog banyak yang helpful. ( banyak pahala yang mengalir nih...)
Hmm..dalam berblog ni memang cukup bagus kalau kita dapat share ilmu.
Selain bergumbira..berkenal kenalan..melepaskan perasaan..mendapat cerita cerita menarik..melihat gaya bahasa yang hebat hebat ( cam budak NIZAM TUHH)..mendapat kenalan kenalan baru..mendapat rezeki ( hah! kan aku dapat TEMPOYAK tempohari dari cikgooden)..kita juga sebenarnya boleh meninggalkan ILMU YANG MUNGKIN BERTERUSAN sehingga PAHALANYA dapat menemani kita di akhirat!
Kepada akak akak yang rajin tinggalkan resepi, rajin tunjuk cara sulam menyulam, rajin tunjuk cara jahit menjahit seumpamanya tu, kira memang tinggalkan ILMU tuh...
Aku pulak??
HADOOOIII..amende yang aku dapat sebarkan ek?
weiii... nak tumpang gak la dapat pahala FREEEEEEEEE ni!!
errrrrrr...errrrr...errrrr...
apa kata aku sebarkan kasih sayang dan ukhuwah aku sebagai seorang Islam..
terimalah ye!
he he he he
sekian
11 comments:
salam ukhwah...
memberi sedikit dgn ikhlas lebih mulia drpd memberi banyak tapi di iringi dgn riak.
adakah dgn berulang kali mengatakan ayam penyet wong solo itu sedap, boleh dikira berkongsi ilmu? ;) hihi
Aku tersedak tadi, akak sebut nama aku rupanya... hehehe
Aku syorkan, akak letak tips mengawal emosi kanak-kanak atau psikologi kanak-kanak pada akhir setiap entry, sikit saja, 2-3 lines cukuplah. Itu pun dah cukup banyak pahalanya.
Aku ada jumpa sorang psikologi, dia kata, org tua dulu-dulu lebih pandai guna psikologi budak-budak.
masukkan pencerapan akak sehari-harian di tadika atau di rumah.
Amacam?
Kongsi ilmu kira-kira boleh? Debit...kredit, investment...and bla..bla..bla.
Hehehe.
SMB,
ye betul tu ek..sikit sikit lama lama jadi bukit..semut yang kecil tu kalau sikit sikit hangkut tanah lama lama sama tinggi rumah dia ngan rumah kita..
KOG,
itu kongsi INFO..
kalau ko dapat tunjukkan cara buat ayam penyet atau cara paling MURAH dan MUDAH nak makan ayam penyet tu..
hah yang tu ada unsur penyebaran ilmu...
he he he he
Nizam,
"Pencerapan"...
hmmm...dah rasa macam Balai Cerap pulak aku nih!!
ha ha ha
Insyirah,
ko kena layan orang LAYMAN macam aku nih..j
angan ko ajar orang macam dia tu GRADUAN BISNES dari Boston University lak..
mengong dibuatnya nanti..
ilmu buang word verification tu dah buek lom kak? wakakakaaa...
eh..kat aku punya ada ker? rasa cam tak der!
kat kakpah..hah ada..
sebab tu aku try try hari tu.kalau block blog camaner..
kalau kena enter word lak camaner..
kalau kena tapis komen lak camaner..
try and error semua tuhh..buat mud testing.
Terima kasih kembali. Dah koyak rabak dah kain pelikat ni.
Orang kita pun ada juga yang tak kedekut ilmu ni. Ustaz-ustaz yang beri kuliah Maghrib tu, ramai daripadanya tak kedekut ilmu. Cuma tak semuanya pandai sebarkan ilmu tu melalui web site. Sebab nak buat website/blog ni pun satu keje jugak. Kita dah biasa berblog ni mungkin rasa tak susah.
Menyebar ilmu ni lebih kurang macam mengajar juga. Tak semua orang pandai mengajar. Sebab itu ada Maktab Perguruan.
Apa pun, ini ada satu orang kita yang tak kedekut ilmu dalam panataan cahaya dalam fotografi dSLR. Namanya Ted Adnan, duduknya di Saujana Impian.
Ramai lagi, kalau rajin cari.
Terima kasih daun keladi...
he he he..
Hmmm...
Kain pelikat tu bukan Cop Gajah DUDUK kuttt..
itu yang koyak tu.
Kena ganti tu.
Puasa nanti sonang nak terawih.
.......he he
.
.
.
thank you for sharing info!
Post a Comment