Salam,
Di sebuah padang ragut tinggal pelbagai jenis serangga. Ada serangga yang berwarna hijau, ada serangga yang berwarna hitam dan ada yang berwarna merah.
Si Jarad adalah seekor belalang yang berwarna hijau. Dia seekor serangga yang besar dan gagah. Setiap hari, Jarad sentiasa melompat ke sana ke mari mencari mangsanya iaitu serangga serangga kecil yang lain.
Seekor lalat berwarna hitam bernama Zubab juga tinggal di kawasan padang ini. Tetapi Zubab tinggal berdekatan dengan selonggok sampah sarap yang dibuang di situ. ( oleh manusia yang tak bertanggungjawab)
Zubab berkawan baik dengan Jarad. Sekiranya Jarad mampu melompat ke sana ke mari, Zubab pula boleh terbang.
Si Jarad dan si Zubab sering mengganggu seekor semut merah bernama Namlu.
Sungguhpun si Namlu seekor semut yang kecil tetapi dia sangat rajin.
Setiap hari Namlu akan disuruh oleh si Jarad dan si Zubab untuk keluar mencari makanan buat mereka. Kasihan si Namlu..
Dia sering dipermain mainkan oleh mereka berdua ini.
Sehinggalah pada suatu petang datang dua orang kanak kanak kecil bernama Aiman dan Fauzan.
Kata Aiman kepada rakannya Fauzan,
" Eh, semalam cikgu Hidayah suruh kita cari belalang la..Jom kita pergi ke padang sana. Tentu kita dapat mencarinya".
Maka kanak kanak berdua itu pun merayap rayap di padang sambil membawa jaring.
" Hah, ini pun seekor belalang! Wah, besarnya!!!" kata Fauzan.
Lalu belalang bernama Jarad itu berjaya dilibas dan masuk ke dalam jaring mereka.
Aiman terus memasukkan Jarad, si belalang ke dalam botol yang dibawa bersama.
Melihatkan Jarad, rakannya berjaya ditawan oleh dua kanak kanak itu maka Zubab, si lalat pun cuba meloloskan diri dengan terbang ke udara.
'ZAAAAAPPP!!"
Fauzan terus melibasnya dengan jaring mereka.
"Lihat ini Aiman!! Saya dapat tangkap seekor lalat juga!" jerit Fauzan kepada Aiman.
Kanak kanak berdua itu sungguh gembira sekali.
Jeritan kanak kanak tadi telah didengari oleh Namlu, si semut.
"Hmmm..akhirnya Allah telah mendengar juga resah hatiku" kata Namlu sambil tersenyum.
"Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali..Tuhan akan membalas perbuatan kita.." sambungnya lagi.
Kemudian, Si Namlu dapatlah merehatkan diri pada petang itu sambil minum secawan kopi...
.
.
.
.
.
ERRRR...Kopi JANDA?...he he he..sila abaikan!
Begitulah cerita cikgu Hidayah pada hari ini anak anak sekelian..
Ingat ye..
Jarad itu adalah perkataan bahasa ARAB untuk BELALANG.
Zubab pula adalah untuk LALAT.
Namlu itu adalah untuk SEMUT.
" Errrr..cikgu, kenapa kat WORKSHEET ni JARAD ialah lalat dan ZUBAB untuk belalang?"
" Hmmmm...ye ke???? SALAH LE TUUUUUU!! Sila PERBETULKAN."
....he he he.
sekian
10 comments:
kih kih, sesuka hati cikguuuu je tau!
KOG,
betui la tuuuu..
.
.
.
.
.
.
.
betul...aku membuatnya sesuka hati!!
Setelah hampir habis separuh cawan, baru Namlu perasan ada sesuatu di dasar cawan itu.
Bila ditilik, tahulah Namlu yang itu adalah racun Arsenik yang sengaja dimasukkan ke situ....
Saya budak baru nak belajar bahasa Arab. Nanti ada juga yg terkeliru. Hehehe :p
Nizam,
....tetapi Namlu tak gentar, dalam keadaan yang terhoyong hayang mabuk Arsenik itu, Namlu terus menelefon 999. Pasukan penyelamat tiba dan Namlu berjaya diselamatkan..
"I've SURVIVED!!!" kata Namlu..
ha ha ha..
*sesuka hati jer nak bagi mati HERO aku!!
Insyirah,
FAKTA untuk disampaikan:-
jarad=belalang
zubab=lalat
namlu=semut
Ini betui la niiii...
moral of the story sampingan itu untuk renungan dan iktibar..
Uhh .. kelas Bahasa Arab. Thank you.
lili11,
..bahasa Arab tahap tadika jerr..
takde acknowledge pun sumber dari mana... huhuhu..
SKSV,
ho ho ho...
pesen tak berterima kasih kan?
kui kui kui..
Post a Comment