Sunday, August 16, 2009

PURDAH...

Salam,
Aku nak cerita satu kisah masa aku belajar di KPP/ITM dulu. Tahun 1985-1987.

Dulu aku ada seorang kawan. Dia kiranya termasuk dalam kategori lawa la.Ada le dua tiga orang jejaka yang berkenan kat dia. Satu hari, ada seorang daripada jejaka yang dok berkenan kat dia tu bagi satu bungkusan hadiah. Excited habislah kawan aku tu..

Balik buka la dia bungkusan ni kat bilik..bersama rakan rakan yang curios nak tahu apa isi kandungan hadiah yang si jejaka ni bagi..

he he he

Sekali bila buka tengok, fulamak sehelai jubah berwarna hitam, satu tudung yang panjang dan labuh berserta dengan purdahnya sekali. Pesen yang waktu tu, kumpulan Al-arqam dok pakai.

Yang kawan aku ni gelak bagai nak rak juga la..

Kami kata tu dia haih..Macam perli pun ada gak. Niat baik pun ada. Jejaka ni bagi PURDAH! Al maklumla kawan aku tu lawaaaa..kut dia berkenan sangat kat kawan aku. Pesen jeles kut..tak bagi orang lain tengok kawan aku yang lawa tuu..

Tapi sebenarnya PURDAH tak boleh dipakai untuk ke kelas. Dan kawan aku tu pun tak da niat pun nak memakai PURDAH. Kalau pakai tudung tu, memang dia dah pakai dah pun....so PURDAH dan jilbab hitam tu pun tersadai la kat dalam locker sehinggalah pada suatu hari..

he he he..

Pada suatu hari, entah macam mana aku bagi cadangan kat sorang kawan lain.

" Jom kita try purdah si R tu nak? Dari dok tersadai dalam locker, apa kata kita pi PKNS pakai purdah hari ni? Tengok cam mana orang treat kita.."

Maka dengan penuh excitement aku pun pakai la jilbab hitam kepunyaan kawan itu dan terus memakai purdahnya sekali...siap bersarung tangan. Kawan aku yang seorang lagi hanya pakai tudng dan jilbab tanpa purdah sebab purdahnya ada satu jer..

he he he..

Kami pun pergi PKNS, naik bas mini..pergi maybank..keluor duit..jalan jalan..( bukan ada menda pun kat PKNS SHAH ALAM waktu tu)...last sekali kita orang pergi la restoren nak makan.....

ooopss..

Kata aku " Eh...camana nak makan ni? Sat lagi kalau makan buka muka..macam tak menjadi pulak misi aku?" ( dah tak reti tu, buat cara tak reti kan??)

Jadi kami hanya tapau ayam goreng dan minuman untuk di bawak balik.

Hmmm... agak menarik juga pengalaman itu.

Dari pengalamn singkat aku selama beberapa jam keluar BERPURDAH dan BERJILBAB SERBA HITAM itu, reaksi orang ramai tak kira perempuan atau lelaki kepada kita ialah mereka kebanyakannya akan AVOID eye contact dengan kita..

Agak agak la kan..Sebab apa ek?

sekian

10 comments:

kucingorengemok said...

kan ke senang gitu... takyah jawab soalan2 seperti, anak brp? dah kawin ke belum? hehe

ASH said...

KOG,
ha ah kan..
kalau tidak asyik kena jawab SALAMMMM je kan?

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Mereka yang pakai purdah paling beruntung masa musim H1N1 ni. Tak yah la sibuk cari mask cam kita ni. Betul tak? Akak tengah sakit tekak ni, suruh pakai mask degil. Cam no nak elak anak 2 orang dah kena demam, batuk dan selsema kat dalam rumah. Relevan lagi ke pakai mask ni ek?

ASH said...

Damai Impian,( k yati)
check suhu badan kak..
orang yang demam tu kuarantinkan jer..jangan kuar rumah!

umi_e said...

ashley ada gak pengalaman tu eekkkk

* kak e pernahlah berangan nak 'menyamar' tapi tak ada pulak jubah & purdah orang yang agak2 satu size untuk dipinjam hehehehehehe

Insyirah said...

Kak Ashley, saya pernah terfikir gak macam akak...nak try berjilbab dan berpurdah keluar ke mana-mana, nak tgk reaksi org lain treat orang berjilbab and berpurdah ni mcmmana. Tapi tak jadi, cancel niat ni sebab saya fikir, kalau nak pakai...kenalah pakai betul-betul. Tak nak la pakai bersahaja hanya kerana nak tgk reaksi orang lain.

So far, kebanyakan muslimah yg berjilbab and berpurdah yg saya jumpa...semuanya lawa-lawa. Walaupun hanya menampakkan mata, tapi mata mereka saja dah cukup lawa dan mengancam! Tu belum lagi tengok wajah mereka.

ASH said...

kak umi-e,
he he he..kena pinjam mak arab punya.

Insyirah,
lawa atau tidak terpulang pada mata yang melihat..
akak ada pengalaman macam macam dengan wanita/lelaki purdah ni..

lelaki purdah?
itu lagi bahaya kan?

apa pun terpulang pada setiap yang wanita yang mengenakannya..

tapi waktu akak pakai tu memang niat nak try jer..
okay?

Gurindam Jiwa said...

Tu la kat fesbuk tu. Mula letak gambaq anak. Sekarang letak gambaq mata. Esok tak tau letak gambaq apa pulak.

La bila dah mata bertentang mata,
Lidah pun kelu untuk berkata.

Itulah sebabnya ada,
Setengah oghang pakai kaca mata,
Tiap haghi dan masa.

Ghamai oghang bertanya,
Mengapakah sebabnya.

Bukan aku melawa,
Atau untuk bergaya.

Tetapi aku malu,
Melihatkan matamu.

Mata bertentang mata ku tak tahan,
Dengan ... (isi sendiri tempat kosong ni).

Kan ku pakai selalu,
Kaca mata hitam ku.

Biar oghang mengata,
Aku ingin melawa.

Senikata digodam dari lagu "Kacamataku," nyanyian Effa Rizan, dari Album "Kacamata," keluaran 1975.

Gambar cover album tu kat sini: http://tinyurl.com/lejmxn

Gurindam Jiwa said...

Link cover album tu sekali lagi, klik je kat SINI, insya'Allah. Terima kasih.

ASH said...

GJ,
Tu dia haih PAKCIK ni!!
Sekali sekala dia komen,cakap pasai MATA PULAK!
ha ha ha

GJ,
Tq..