Friday, May 22, 2009

Seorang BAR-TENDER itu..

Salam,
Ini sebuah kisah benar yang pernah menyentuh hatiku.
Kisah ini ku selitkan demi menyedarkan kita bahawasanya Allah Maha Mengasihi hamba hambanya..seiring dengan sebuah rangkaian kata kata.Bahawasanya selangkah kita hampiri kepadaNYA maka SERIBU LANGKAH DIA mendekati kita.

Pada suatu hari di satu cuti semester, rumahku didatangi oleh seorang jejaka yang tidak aku kenali. Jejaka ini bertanyakan ayahku. Oleh kerana sewaktu itu ayahku tiada maka dia pun bertanyakan bila ayahku akan berada di rumah.

Pada malamnya si pemuda ini datang semula ke rumahku dan bersemuka dengan ayah.
Aku tertanya tanya di dalam hati siapakah si pemuda itu..
( ha ha ha risau gak la kannn..entah sapa pulok nak masuk minang ni..ha ha ha..)
Lantas setelah selesai urusannya dengan ayahku, aku pun sibuk sibuk bertanyakan ayahku apa yang dikehendaki oleh lelaki tersebut.

Ayah memberitahuku bahawasanya lelaki tersebut ingin datang berguru dengannya dan juga dengan sesiapa saja yang sudi menyampaikan ilmu kepadanya.
Tidak puas hati dengan jawapan ayahku maka aku bertanya lagi kenapa tiba tiba ayahku pula yang menjadi gurunya sedangkan kami semua tidak mengenali lelaki asing itu.

Ayahku berkata pemuda itu ditemuinya di sebuah hotel sewaktu ayahku berkursus di sana. Oleh kerana ayahku jenis yang peramah maka dia bersembang sembang dengan salah seorang pekerja Islam di hotel itu. Dalam perbualannya dengan ayah, tahulah ayahku bahawasanya pekerjaan lelaki ini adalah sebagai seorang BARTENDER..kurang lebih bekerja sebagai pembancuh arak-coctail-sekaligus menjamukan kepada mereka yang berkehendak.

Sedihnya lelaki ini beragama Islam..maka ayahku pun menasihatinya sedaya mungkin untuk dia melepaskan pekerjaan yang tidak bersesuaian langsung dengan kehendak agama itu.

Jika sekiranya Allah mengkehendaki HIDAYAHNYA meresap masuk ke jiwa seseorang maka tiada apa yag boleh menahannya..begitulah yang terjadi kepada pemuda ini.
Walaupun setelah sekian lama dia telah hidup bergelumang dengan arak serta menjadi pembancuh dan penghidangnya namun kiranya Allah kehendaki maka ada jalan keluar baginya..

Lantas semenjak hari itu si pemuda telah berjaya mencari cahaya dalam hidupnya yang sekian lama di dalam KEGELAPAN serta hanyir dengan kepuraan nikmat dunia..
Beliau berjaya melepasi penghalang dan keluar dari kepompong yang hanyut dan tidak bererti itu..
Alhamdulillah...

Ambillah kisah benar ini untuk menilai diri kita...dan jangan menghina mereka yang terawang awang dalam kegelapan sebaliknya hulurkanlah tangan..kembalikan mereka ke sinar itu..
Mungkin cahaya yang mereka perolehi lebih terang dari kita..

..............sekian............wallahulam..

7 comments:

Nizam.Ariff said...

Betul tu. Tugas kita memberitahu. Hidayah bukan urusan kita...

Nukilan ida said...

yup agree...

Nukilan ida said...

kener banyak sabar.. kadang2 kesabaran teruji

aza ni said...

ashley:sesungguhnya orang yang mendapat hidayah dari Allah adalah orang yang beruntung,dia menjual dunianya untuk membeli akhiratnya.ayah ashley juga beruntung kerana usahanya diperkenankan Tuhan.

ASH said...

nizam,
ye benar..

jcmI,
'dan bukanlah kuatnya sesorang itu kerana fizikalnya tetapi kerana kesabarannya menahan marah'....sesekali kita bengang juga..tapi..kita juga tidak tahu siapa yang bakal mendapat rahmat Allah kelak!

Azani..
I really hope that..insyaALLAH.

Cikgooden said...

kenapa aku terlepas n3 nih?..ha ha ha...


ya...aku ada kawan yg kerja macam ni..kenal kawan atas kawan senonya(aku berkawan tak kira org...) la ni dah okey...kerja lain dah...

moga dia mendapat hidayah juga...maksud aku hidayah tuhan.
Bukan hidayah.blogspot.com..haih!

PerantauSepi1306 said...

bertuah jejaka tu mendapat hidayah dan petunjuk dariNya yang maha mengasihi kan ashley