Saturday, May 09, 2009

Kerjaya seorang doktor..

Salam,

Aku tahu aku tak layak bercakap mengenai kerjaya ini.

Sebab utamanya ialah aku bukan pun seorang doktor.
Kedua..sebagaimana yang kawan kawan sedia maklum hospital adalah tempat yang aku paling last sekali nak pergi.
AKU PHOBIA ngan hospital.

Takut tengok doktor dalam kot putih. Seriau tengok darah. Tak suka bau DETTOL yang cukup kuat kat hospital especially hospital kerajaan. Ngeri tengok patient yang berbagai rupa bentuk dan penyakit.

Jadi sepatutnya kita kena kagum dengan mereka yang mempunyai kerjaya ini.
Walaupun adakalanya memang tak dinafikan..(aku juga pernah kena..) ada doktor marah marah..Nurse yang tak friendly..Dan sebagainya..

Tapi oleh kerana aku ramai gak ahli keluarga yang ada kaitan ngan hospital ini maka aku agak memahami kerjaya mereka.

1) Kakak aku seorang doktor..dulu doktor kerajaan tapi sekarang dah buka klinik sendiri.
2) Aku ada sepupu yang jadi doktor gigi..
3) Pak sedara yang dulu jadi attendant dan kemudian jadi drebar ambulan. Tapi dah pencen la..
4) Seorang mak saudara aku juga dulu seorang nurse gigi...dah pencen gak
5) Seorang adik sepupu yang jadi nurse desa..macam bidan gak aku rasa dia ni!

Depa ni semua kerja yang ada kaitan ngan mengubati orang sakit.

Sakit nak beranak. Sakit gigi berlubang. Sakit itu..sakit ini..
Bekerja dengan orang yang sakit memang tak fun.
Kalau hangpa nak cari keseronokan, kegumbiraan, gelak ketawa, kekek kekek..
baik tak yah jadi doktor..

Kalau kerja ngan budak budak yang sakit lagi pening.. Tak caya hangpa masuk wad pediatrik. Tengok samada budak budak tu dok melompat riang gembira ke atau dok keriau waaaa waaaa? habag mai kat aku!

Kalau waktu anak sakit masuk wad..muka mak pak riang gembira ke..atau muka monyot?!
Doktor, nurse bukan sahaja kena deal ngan karenah anak yang sakit, depa kena deal lagi dengan mak ayah yang muka macam GHIMAU nak telan orang...tak berseri..he he he. Betui tak?

Hangpa rasa nurse yang aku pernah TOKAK tangan dia waktu aku sakit dok wad kat BATU GAJAH dulu ada lagi ke tidak?
Sian dia kan?
Bukan setakat kena tokak tangan..kena tendang tendang lagi ngan aku yang waktu tu dalam darjah satu.

LA NI PADAN MUKA AKU!!!
Sebagai balasan..anak murid aku PERNAH TOKAK SAMPAI LEBAM tangan aku waktu dia mula masuk sekolah!! he he he

Bila ingat balik kejadian aku menokak tangan nurse dan menendang nendang semua orang yang cuba MENGINJECT aku kat P****G**G waktu, aku rasa ishhh kerjaya seorang doktor dan jururawat ni kerja yang memerlukan kesabaran, ketabahan dan kecekalan yang tinggi.
Kalau kena deal ngan karenah dan perangai aku tu, tak leh marah marah. Tak leh nak lepuk lepuk patient tak ketahuan hala. Tak boleh nak piat piat telinga budak yang tengah sakit tu.. TAK BOLEH NAK bagi UBAT BATUK berlebihan..nanti gol teruih patient tu!!
( aku tak leh bayangkan kalau TIJAH jadi NURSE yag kena TOKAK tu...Jah..jangan marah jah...he he he)

Dahsyatkan tahap kesabaran depa!!
Hangpa tak kagum ke?

oh ye..aku bukan nak bodek doktor ke ape ker..Tak dak niat pun. Tapi aku harap wartawan macam Mazidul yang bagi liputan berat sebelah tu..HAVE A HEART sikit la..

Mazidul,
hang jadi bidan sat..sehari!! nak??

sekian

19 comments:

aza ni said...

brutal juga ashley masa kecik kecik,aku ingat dulu sampai satu hospital pegang aku masa nak kena injek, meronta ronta macam orang kena sawan..he he he.

Farish said...

terima kasih kerana sokong kami menentang mazidul keparat..

farish aka hubby dr.ida
@nukilanida.blogspot

Cikgooden said...

hang tokak org no?.....ha ha ha..brutal betui Azani kan..

Unknown said...

salam..minta pendapat/komen/nasihat dan etc untuk isu kes anak drhaka/siapa brsalah/punca terjadinya sempena sambutan hari ibu nanti di blog saya...tq

rizhan said...

tq for ur comment...sejuk hati kalau ramai pesakit yang tahu bersyukur cam ashley...biar kena kokak tangan pun he hehh

ASH said...

Azani,
Aku terlalu takut kena inject..Aku nampak jer nurse bawa bekas mangkuk yang keluli tu, aku mesti agak dia nak inject aku!Mula la...wa wa wa wa..satu wad boleh dengark!

farish,
hidup ini macam macam ada..
orang pun pelbagai..

Nizam.Ariff said...

Aku pernah berdialog dgn doktor aku dulu. Aku kata aku minat biologi. Jadi, bila dia cerita pasal sakit dan ubat aku senang faham, malah dia boleh cerita detail dan aku masih bokleh faham. Dia tanya aku, kenapa tak jadi doktor? Aku cakap balik, dulu niat memang ada tapi aku batalkan sebab semua yg jumpa doktor adalah orang yang sakit-sakit! Hari-hari jumpa orang sakit. Lama-lama aku pun boleh ikut sakit. Aku kata lagi, aku nak jumpa orang sihat-sihat tiap-tiap hari...

ASH said...

Cikgooden,
kiranya brutal BERTEMPAT..okay la tu.

anak pendang sekeluarga,
nanti la saya tengok ye..InsyaAllah.

rizhan,
kut terserempak ngan Dr Ahmad Murad Zainuddin pakar OnG kat Kuantan tu, kirim salam ye.. dari sorang makcik Blogger anak 9 orang kat BBBangi...smile.

ASH said...

Nizam,
aku tak berapa minat BIOLOGY..dan aku belajar sekadar untuk pengetahuan. Susah nak ingat terms kalau hati tak berapa nak minat.Tapi seingat aku waktu sekolah dulu,bab Reproduction,semua orang jadi CERAH bijik mata nak belajark kan?

Elok la pun hang tak jadi doktor..kalau jadi pakar OnG, habis lahhhhhhhhh....

Brahim Nyior said...

Kak Hida,

Adik sepupu saya doktor di sebuah hospital di Selangor. Katanya, kebanyakan doktor memang tersinggung dengan kenyataan seorang Timbalan Menteri baru-baru ini, berkenaan doktor 'curi tulang'. Hakikatnya, kebenaran sudah pun didedahkan. Doktor pelatih tersebut hanya membelek akhbar yang ditinggalkan pesakit.

Saya bukan nak bela doktor, tapi saya pernah menjaga arwah ayah selama hampir dua bulan di Seri Manjung. Doktor dan jururawat di sana, pada hemat saya amat komited. Memanglah ada doktor yang melampaui batasan tugas, tapi bukan semua.

Saya tetap anggap kerjaya doktor perlu diberi penekanan untuk masa depan anak-anak. Ia sangat mulia, dan memberi pulangan yang agak lumayan. Cuma, bebanan kerja di hospital kerjaaan, memang tak dapat dinafikan.

Kita masih kekurangan doktor sebenarnya..

ASH said...

Benar!!Teruskan BERJUANG wahai doktor doktor di luar sana!!termasuk KAK AKU!!The sky is the limit!

ASH said...

Berahimnyok..
sayu rasa hang panggil aku kak Hida..
teringat adik adik kat sekolah dulu.

yang aku dok buli sekali sekala..

rizhan said...

salam ashley...
saya kenal dr murad tu....teman saya main tenis masa hujung minggu...cuma lately both of us agak sibuk so lama tak jumpa....i will send ur regards,..
take care

Nizam.Ariff said...

Salam Kak Hida !
:)

Anonymous said...

Assalam mu alaikum wr wbt
Saya kalau bab orang kerja di hospital ni, saya memang tabik habis, kerana mereka orang yang sabar dan berani hadapi situasi yang mencabar dan mengerikan.
Masa saya menjaga anak saya di Hospital Temerloh awal tahun ini saya sangat respect seorang Doktor Pelatih (Dr Mohd Izzuan Ishak). Semasa membawa anak saya ke wad jam 6.00 petang dia ada bertugas, semasa saya nak hantar anak saya ke bilik bedah jam 11.45 malam dia ada di wad dan mengiringi kami ke wad bedah. Semasa saya balik dari bilik menunggu wad bedah jam 1.00 pagi dia masih ada di wad. Pagi esok ketika saya menziarahi anak saya jam 8.00 pagi dia ada di wad itu. Hebat kesabarannya. Doktor bedah dan pakar bius juga sanggup bekrja sehingga lewat malam. Saya memang tabik kepada kesungguhan mereka buat kerja.

ASH said...

Rizhan,
Dr murad tu orang TEPENG tu..kenal dia semenjak aku umur 13 tahun lagi tu.

nizam..
ha ha ha..kekonon nak bagi aku sayu le tuuu..


Pak usop-Alberangque,
memang mereka manusia yang diberi kelebihan oleh Allah...
kalau saya, boleh COLLAPSE.
Tengok darah membuak jer pun dah macam gelap gelap berpinau mata..

5 'so' bersaudara... said...

Mak Ngah!

Sapa ni:
5) Seorang adik sepupu yang jadi nurse desa..macam bidan gak aku rasa dia ni!
(kami tak kenal...)


Kirim salam pada kak ecah.. selamat belajor.. rajin2.. cemerlang..

arsaili said...

salam..hanya manikam yg kenal jauhari...kalau yg tak paham tugas doctor ni..memang sedap jer cakap...kalau nak cakap, buat la homework, ikut mereka kerja, on call lepas tu sambung keje balik..kerja 36 jam tak berhenti...tak di nafikan memang ada juga doc yg 'defect' tapi terlalu ramai yg ikhlas bekerja kerna nak tolong org lain...
selamat hari ibu moga dirahmati ALLAH selalu

ASH said...

Anak sedara berempat,
Anak To' Teh le sayang oooiii..
Mak long Azilatusshima...anak Tok teh yang SULONG tu..takkan tak kenai. Sebaya jer ngan mak abah korang tuu. Dia nurse.
InsyaAllah..salam disampaikan.esok gi LONDON..err wat I mean LONDANG...he he he.

Arsaili,
betul tu..bagi sesiapa sahaja di dalam apa saja bidang..
tak kira bidang perubatan, perguruan, perbankan, perkhidmatan awam ..hatta kewartawanan sekalipun serta segala galanya.. kalau bekerja kerana Allah dan bersungguh sungguh akan diberkati. Mereka akan dihormati dan disanjungi MASYARKAT..yang orang marah ialah yang sambil lewa dan menyalahgunakan kuasa bila BERJAWATAN..tak kira di bidang apa.
that's my 2 cents..