Sunday, May 10, 2009

Macam mana nak diet?!!

Salam..
Hari ini sambutan hari IBU.
jadi sempena menjadi IBU kepada anak anak yang 9 orang ini
maka
sang suami men'treat' aku ke RESTOREN LIMAU NIPIS kat Bandar Baru Bangi ni.
hei..tak per..tak FANCY pun okay what.
JANJI makanan tengahari nya MANTOP!!
Tengok gambar gambar kat bawah ni.
Cik kak ni sedang membakor ikan ikan wehh.
Ikan pari, siakap, keli, kembong..
..ada belaka.
pastu pulak kerapu..wulamak..meleleh ayor lior!


ikan pekasam goreng pun sodap!
apemende yang aku pilih pula?..
err sapa hari tu yang nak kan makan masak lemak nangka muda.
meh sini..aku TOLONG MAKAN!!
siap ada ikan masin sekali...aduh duh duh..
bismillahirahmanirrahimm..

bab bab sotong bakar ni
serah kat aku
Meh sini aku tolong...
errrr..tolong MAKAN gak!

ya rabbi..awat gambar tu kelabu.
hmmm...
dah tak sabor nak makan le tu..


selepas membaham semua sotong sotong di atas..
nikmatilah ais limau nipis blended ni..
YANG SEPESEL kat RESTOREN LIMAU NIPIS NIII..
hanya kat sini jer TAU!!
lain tempat tarak jumpa lagi.



SLURPPPP SLURPPPP SLURPPPP
jangan JELESSSSSSS...

mak aiiiii..jom timbang..
dah DOT DOT KG?!!
macamana nak KURUIH?!!
ngeh ngeh ngeh..
alhamdulillahilazi at a mana wa sa qo na wa jaalana minal muslimin..
lepas makan jangan lupa baca ye...
p/s
kepada yang ingin ke Restoren LIMAU NIPIS ini, aku rekomenkan datang waktu tengahari start jam 12 tgh. Waktu sarapan dan malam ada gak tapi specialty nya lebih pada makan tengahari.
Macamana nak pergi?..ohhh tak susah.
sesiapa yang luar dari BBBangi ikut Hiway Plus, exit tol kajang. Terus sampai hujung jalan yang ada Trafic lite. Ambil kiri. Trafic lite satu lagi ambil kiri juga. Restoren ni berada seberang jalan yang berhdapan PKNS di seksyen 8 BBBangi. Ada dua shoplot yang digunakan. Satu lot untuk smokers. Satu lagi untuk non smokers..Everything is green colour..WARNA limau nipis..
JANGAN LUPA try ICE BLENDED SPECIAL tu.. sedaapp.

sekian.





18 comments:

aza ni said...

Terimakasih Ashley, dan selamat hari ibu kepada ibu anak 9, produktifnya.Alhamdulillah, juga kepada semua ibu ibu,
Dapat tengok gambar pun jadiklah,kalau ada rezeki InsyaAllah aku akan cuba ice blended limau nipis tu .

ASH said...

Wahhh..
Azani..laju jer kalau bab makan ni...he he he.

Cikgooden said...

ha ha ha....aku tak suka gi restoran nih..

selalu gak makan nasik beriani ghazal..dekat dekat situ gak..

Tijah said...

i know! i know der ples! (angkat tangan)

next week harus aku merempit ke sana nati kak....

ASH said...

cikgooden...
beriani ghazal tu aku pi try sekali dua..pastu asyik dah habis jer..malas nak pergi dah. sekarang ni macam macam beriani dah kat BBB ni. hang tak suka pi limau nipis pasai apa?
PARKING?
ke sebab HARGA?

ASH said...

Tijah,
Mat REMP-it suka gak lepak tempat ni time malam hujung minggu.
Beware..

Brahim Nyior said...

Pergh.... terliur dibuatnyer.

Kak, moga tambah ceria dan bahagia.

SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU..

tasekM said...

selamat hari ibuuuuuuuu....

sotong bakor sungguh menggoda. tak tahan betol!

.

Nizam.Ariff said...

Aku tak tahan bila dengar pekasam goreng... peehhh!

Hari tu aku tepon akak ipar keturunan banjar Perak, minta dia buat setempayan. Dia kata bkan musim ikan pulak. Kalau tak, sebulan tak payah beli lauk...

tasekM said...

nizam, banjar2 jgn sebut. aku sensitip. hahaha...

;p

DrSam said...

isshhh...terliur lah pulok apabila dipsycho sebegini rupa. lagilah sedap kalau orang Bangi belanja :)

first time dengar perkataan TOKAK tu. Apa maksud?

Selamat meyambut hari ibu. Ibu-ibu memang insan yang hebat!

Nizam.Ariff said...

Hah! Elok la tu.
Tasek Merah, buatkan aku pekasam setempayan... hahaha

ASH said...

Berahimnyok,
Tak per..mai Bangi try test tengok..

TM,
sotong bakar tu lembut, terasa manis..lazat..dan hmmmmmmmm..segar.
moh la try.

ASH said...

Nizan,
pekasam kalau makan nasi panas kena cubit sikit sikit..ada pulak masak lemak pucuk paku ngan kulat pokok getah..aduiii..terasa nikmatnya..

TM,
Aku gemar KUIH PERIA buatan seorang makcik Banjar kat Pekan Selasa, Gunung Semanggol..

Dr Sam,
ha ha ha..
kena mentelaah lagi bahasa UTARA.
TOKAK = gigit
cth ayat :
Tangan Nizam Ariff ditokak kucing liar sewaktu berada di bawah pokok ketum kerana dia tak membasuh tangan selepas makan pekasam.

..komplikated nyer ayat!

Nizam,
tumpang sikit ye kalau dapat..bak le barang 3 empat ekor...
(dengan muka belas kesian..)

NJ@Goboklama said...

yeayy,sukerr gak air limau nipis tu!! tapi tak skerrrr dgn rega makanan kat situ. :p

ASH said...

NJ,
jom kita pakat suruh dia turun sikit rega...

Nizam.Ariff said...

kak, tokak itu bukan sekadar menggigit tapi lebih kepada 'kerkah' yakni menggigit dengan cara membaham dengan geram dan ganas, tapi sekali sahaja. COntohnya, mengkokak sebiji epal... err betul ke tu?

Aku pun tengah ngidam ikan pekasam buatan orang banjar. Org kata, org banjar pandai buat pekasam... ni tengah tunggu Tasek Merah ni...

ASH said...

nizam,
baik nyer ko hari ni..

contoh:- mengokak epal!

aku ingat kut lain contoh yang ko nak bagi..

Mengokak tangan TM sebab tak buatkan ikan pekasam...contoh jer...contoh...contoh!