Friday, May 15, 2009

Cam berkenan jer..

Salam,
aku tak leh tengok kamera..
Dari dulu sampai yang lah sekarang. Kalau diberi pilihan antara gelang emas sampai ke siku dengan kamera, aku lebih rela pilih kamera..

begitulah sekira kiranya..

tapi..
aku sebenornya tak suka tangkap gambar muka sendiri..
Ye lah..aku kan TAK fotogenik..gambar tak se indah rupa sebenar!!
ha ha ha..

Aku suka tangkap gambar gambar pemandangan..
berkoyan koyan dah aku ambik gambar pemandangan.
Sekarang ni yang bestnya ada digital kamera..tak suka jer, boleh delete!
Kalau dulu memang berabih duit lerr..sebab pakai film.
Kena cuci kat kedai..melayang duit.

Oh ye..kat bawah ni kamera Nikon D80..
ade sesiapa boleh bagi komen kat aku tentang NIKON yang ini..
Cam berkenan jerrr..
Mana le tahu...kut kut aku mampu beli NANTI!!

nanti laaaa...

Tak pun...
ada tak di kalangan mak bapak anak anak murid aku yang nak bagi HADIAH HARI GURU kat aku si NIKON ini??
ha ha ha...(PADAM SIKIT..berangan lah ko!!)

smileeee...

17 comments:

Cikgooden said...

perghhh, kak!..kamera ni tahap jurugambo2 profesional nih..

aza ni said...

terkenang bangkai kamera digital saya yang murah keleput dulu, apa nama pun tak ingat dah....memang seronok dapat kamera ii, sebab kalau saya pandai melukis,saya tak bawa kamera, saya bawa buku sketch.
saya ada seorang kawan, dia ni memang hantu kamera, tapi tak minat dgn digital, kata dia tak asli,saa sini usung zoom lense dengan SLRnya, mungkin Ashley kenal kot,nama dia Mohd. Azli Jamil, selalu ada kat majlis.

ASH said...

Cikgooden,
berCITACITA le sikit jadi PRO!!

Azani,
nama Azli tu macam kenal..tapi nama paknya mungkin kena selidik dulu...err Dia dok SHAH ALAM ker la ni?Kalau yang tu..mungkin GJ pun kenaiiii..

Brahim Nyior said...

Kak,

NIKON banyak siri. Saya pun minat gak, siri D. NIKON D40, paling murah dan paling awal. NIKON D60, D70, D80 dan latest D90. Harga bergantung kepada model, tapi penting untuk kita tawar menawar.

Saya dah survey NIKON D60, setakat kemampuan, harga dalam RM2200.. Tauke tu boleh beri kad 4GB, tripod dan beg. Tawaran yang menarik, tapi saya terpaksa tangguh dulu, baru amik JVC Camcoder 30GB yang lebih perlu.

Hehehe...Kalu dah ada Nikon ni, mesti boleh amik foto cantik punyer.

Brahim Nyior said...
This comment has been removed by the author.
ASH said...

Berahimnyok..
Itu harga kat KL ke atau kat Ipoh tu??
Mungkin boleh turun lagi tuuu.
Bodek bodek sikit tokeh kedai.

kalau dapat less RM2000 kan bagus!

Gurindam Jiwa said...

1. Yg Ahli MBSA tu ialah Azli Yusof, xMISNA.

2. Kamera ni dah beberapa tahun. Memang bagus la kalau mampu, terutamanya kalau first time nak guna dSLR. Review di sini.

Bab fotogenik ni, sekarang dah ada Photoshop. Tak fotogenik pun boleh jadi fotogenik dibuatnya.

Sekarang ni Nikon punya populariti memang top.

Cuma kalau boleh sediakan juga peruntukan untuk beli flash berasingan. Flash yang built-in tu lebih kepada buat syarat je, kerana nak capture market yg tak mampu nak beli dSLR.

Flash tu belilah yang sama jenamanya dengan kamera tu.

Flash berasingan ni jauhlah lebih baik. Boleh bounce dan rotate.

Atau pun beli je dulu kamera tu dengan flash yg built-in. Lepas sebulan dua puas ambik gambar, beli pulak flash yang berasingan.

Nanti rasa macam orang dah tua baru kahwin. Menyesal tak kahwin muda. He he...

tasekM said...

kak, ko hadiahkan ler aku kemere tu kak... hehehehe...

pssttt... aku discover something pasal buah prune n buah plum... nnti la aku post n3. ha ha.


.

Nizam.Ariff said...

Aku tengok je la... tak mampu nak bela...

ASH said...

GJ,
hah ni dia..
PRO dah tolong komen..
he he he..
terima kasih banyak banyak!
Komen GJ sesangat dinanti nantikan.

Kalau nak ambik gambar bulan penuh waktu malam..camner nak bagi cantik? ( wah.. ni dah kena ambik kelas dah ni...ha ha ha.. )

TM,
mak aaiii..aku ikat perut nak beli kamera ni, TM wehh..belum pun beli lagi ni.
ha ha ha..

Nizam,
Ke sajer tak nak kongsi ILMU..
aku tengok gambar ko kat FLIKR tu cam pro jer..

ASH said...

GJ,
FRASA 'Nanti rasa macam orang dah tua baru kahwin. Menyesal tak kahwin muda'.

errr..aku kahwin agak MUDA.
22 tahun dah kahwin..

Agak agak siapa yang dimaksudkan dalam frasa tersebut?

hmmm???? musykil!

Gurindam Jiwa said...

1. Bulan ni main ambik je. Ada tripod boleh membantu. Lepas tu experiment lah.

2. Cantik ni ikut mata. Kalau dah suka, sombeng pun nampak ketawa.

3. June nanti ada Muktamar, boleh ambil gambar bulan ikut suka hati...

4. Gambar pro tak semestinya perlu kamera mahal. Kamera ni hanya alat. Cuma... ye la kan... setiap alat itu ada kekangannya sendiri, kelebihan dan juga kekurangan. Jadi pandai pandai lah.

Nizam.Ariff said...

kat Flickr tu pakai Olympus murah je. Tapi, lense dia ok sebab kawan-kawan ada pesan lense Olympus antara yang ok untuk kamera automatik.

Lagi satu, sebelum ambik, kamera tu aku dedahkan dengan suhu ambien (suhu persekitaran) dalam setengah jam, biar suhu luar dan suhu dalam lense tu lebih kurang sama. Orang kata untuk gambar jadi tajam.

ASH said...

GJ,
ha ha ha..sombeng?? kira cam RONGAk ler..

eh..tak baik tau!!

oh bulan mana bintang..
atas pucuk kayu ara..
ngeh ngeh ngeh.

Nizam,
Tip jemur lense tu boleh pakai ker..?
ko ni biar betui..
aku ni kadang lurus gak

jemur punya jemur
cair lak kang..dengan suhu persekitaran sekarang ni.

Tijah said...

happy teacher's day kak..

ASH said...

alaaa...terharunyerrr...
terima kasih TIJAH..
susah susah ajer..
Moga Tijah murah rezeki, sentiasa comel dan diberkati Allah!!

arsaili said...

salam...saya pun meminati photography..saya suka D80 nih..tapi kesibukan jarang dapat polish my skil yg memang tahap zero..harap bila berakhir jihad sy, saya nak belajar photography plak..ahahha...ni camera dok dalam beg jer