Salam,
Minggu lepas sebelum Kak Aisyah di hantar ke Londang, aku pergi ke Tabung Haji di Bandar Baru Bangi ini. Tujuan aku ialah untuk memasukkan duit gaji kak Aisyah yang terakhir yang diperolehinya hasil daripada kerja sementaranya di sebuah restoren di Seksyen Empat Tambahan. Tak banyak mana pun...
Elok sahaja nomborku dipanggil, kerani TH yang mesra itu berbual sebentar dengan aku.
" Akak nak masuk duit ye?" sapanya.
" Ye." jawab aku ringkas.
"Kalau nak keluarkan duit ke bila bila nanti, hati hati ye.." katanya.
"Akak nampak suami isteri di sana tu," sambil menuding mulutnya ke arah sepasang suami isteri yang berada di hadapan pakcik guard di meja pertanyaan.
"Mereka baru sahaja kena ragut.." tambahnya lagi.
Perkataan 'ragut' di sini bukan bermakna meragut rumput seperti kambing dan lembu yang selalu buat tu yer..ha ha ha..
Perkataan 'ragut' di sini bermaksud telah di ROMPAK secara merampas! ( tapi bukan rampasan kuasa..ini rampasan harta..yakni disamun! )
" Berapa jumlah duit yang kena ragut tu?" sibuk sibuk aku menanya.
" Dua puluh RIBU ringgit"....kusss semangat.
" Isterinya keluarkan sepuluh, suaminya keluarkan sepuluh. Beg tu dipegang oleh suaminya..tapi masih kena ragut juga" sambung kerani itu.
Ini bukanlah pertama kali aku mendengar cerita ragut ini. Dah banyak kali. Ada yang kena ragut sebaik sahaja keluarkan wang dari ATM. Ada yang kena ragut sebaik sahaja meletakkan beg dalam kereta. Ada yang kena ragut beg dari atas motor. Yang aku cerita ni dari kalangan rakan rakan kenalan aku. Bukan yang dalam surat khabar..Dalam surat khabar lagi lah banyak!!
Kes ragut yang melibat kematian adalah kes ragut yang paling menyedihkan...
Alhamdulillah aku tak pernah kena ragut..tapi pernah mengalami suatu detik yang agak mencemaskan suatu masa dulu di kawasan perpustakaan Bandar Baru Bangi ini.
Ceritanya begini..
-------------------------------------------------------------
Pada suatu hari di masa suami aku buat rawatan 'root canal' pada giginya, aku membawa anak aku Rahmah yang ketika itu berusia enam tahun ke perpustakaan. Waktu itu anak yang kecil sekali ialah Huda. Mawaddah dan Muhammad masih tiada lagi. Aku membawa Rahmah dengan niat supaya dia tidak mengganggu adiknya si Huda yang tidur petang serta juga Abahnya yang ingin berehat kerana sakit gigi.
Kami membaca buku serta bermain komputer di perpustakaan sehingga perpustakaan di tutup pada lebih kurang pukul 5.00 petang. Sebaik sahaja kami masuk ke dalam kereta UNSER ku, tiba tiba ada dua orang pelajar UKM berketurunan Cina menegur aku.
"Kak! Berhenti.. Berhenti.. Ada minyak mengalir bawah kereta.." kata mereka.
Pelajar yang seorang lelaki dan seorang wanita ini sebenarnya sedang bersiap sedia untuk menaiki motorsikal mereka.
Aku memberhentikan kereta dan melihat apa yang ditegur mereka. TERKEJUT besar aku apabila melihatkan memang ada minyak yang tumpah begitu banyak dari bawah keretaku!!
Kusss semangat..sangkaku minyak dari tangki. Macam mana pula tangki minyak boleh pecah..dan kenapa pula alirannya dari bawah enjin di hadapan.
Tidak semena mena datang seorang hamba ALLAH entah dari mana asalnya..seraya berkata..
"Eh eh..kenapa kak? kenapa? Kereta akak ada masalah ke? Biar saya tolong! Saya ni mekanik"
Tiba tiba sahaja di perpustakaan yang masih tidak berapa ramai orang itu ADA SEORANG MEKANIK yang SUNGGUH BAIK HATI hendak menolong aku...
( mekanik yang layak DIPANGGIL PENYANGAK sahaja kalau dari paras rupanya)
dan si MEKANIK ini terus sahaja berada di bawah enjin kereta sambil menunjukkan satu saluran paip yang telah terputus.
" Ohh...ni hah .Akak punya SALURAN MINYAK BREK ini telah putus..MUNGKIN dah lama ni..Jom akak ikut saya naik kereta saya ni beli saluran baru.." ( kut ye pun nak berlakun...sila masuk AKADEMI dulu laaa)
( Taik minyak dia!!..kereta UNSER aku waktu tu baru LIMA BULAN sahaja di beli..)
Tiba tiba adik adik UKM yang berbangsa Cina itu datang kepadaku seraya berbisik,
" Kakak..saya rasa saluran itu bukan putuslah kak. Macam kena potong sahaja..Kakak jangan ikut itu orang!"
Ya Rabbi..Mujurlah ada adik adik UKM tu di situ. Mereka saksi UTAMA kalau jadi apa apa kat aku waktu tu. Aku dah kecut perut. Aku suruh adik adik UKM tu tunggu aku. Jangan balik lagi sementara aku menelefon suami aku YANG KEBETULAN ada di rumah..
Si Mekanik GILA ni beriya iya mengajak aku naik keretanya..
NAK TOLONG KONON!!
Dipendekkan cerita setelah suami aku tiba, Si MEKANIK GILA ini masih beriya iya mengatakan yang terputus ( atau sebenarnya yang dipotong) itu ialah saluran minyak brek...
Blueeekkk...
Bila suami aku bawak pi kedai kereta, mekanik kat kedai kereta beritahu saluran yang terputus itu sebenarnya saluran automatic transmission fluid..(minyak transmisi)..sebab brek memang tak de masalah. Yang semput ialah apabila kereta hendak berjalan..Terbatuk batuk kereta aku tu..Terhenjut henjut...mujurlah masih ada saki baki minyak yang membolehkan kereta itu dibawa sehingga ke kedai servis kereta. Bila saluran diganti dan minyak transmisi dibubuh semula, kereta aku pulih seperti sediakala. Melihatkan pada saluran yang terputus itu...mekanik kedai itu mengakui saluran itu DIPOTONG!! Dia kata susah saluran itu terkoyak atau terputus kerana kereta UNSER kami sewaktu itu masih baru lagi..LIMA BULAN. TAK LOGIK benar dek akal!
Aku selepas itu agak serik juga hendak ke perpustakaan walaupun anak anak mengajak.
Igauan itu masih baru dalam ingatan..
Kejadian ini adalah pengalaman untuk dikongsi bersama anda semua...jadi berhati hati selalu di mana jua anda berada. TAKE CARE!!
sekian.
11 comments:
aduyai.. aku masih phobia kena ragut hampir sepuluh tahun dulu. Cilakak punya orang. makan lah hasil yang haram tu. Biar muntah belilah. Biar terbakar usus-usus dan seluruh tulang temulang dengan api neraka. Aku memang doakan orang yang merampas hasil titik peluh orang lain macam tu.
Bangi ni memang dah banyak cerita rompak. Ada yang pasang kaki dalam bank. Pastu roger kat kawan yang nunggu kat luar nun. Cehh...
penyanggak dan penyamun memang merata-rata. Kemana kita pergi memang selalu kena waspada dan hati-hati. Lalai membawa padah.
Doakan semoga penyanggak dan penyamun serta bakal-bakal malaon akan dibukakan hati, sedar dan insaf diatas perbuatan yang tidak bermoral dan terkutuk itu.
sebelum terlupa....
Selamat hari cikgu!
kakpah..
semoga bila dah sakit perut dan muntah tu..
dia INSAF bebanyak..
pastu entah macamna dia datang kat kakpah..
jadi servant seumur hidup..
he he he..sabor kakpah sabor..
Dr Sam,
semoga pengalaman ini menjadi pengajaran dan panduan serta peringatan pada pembaca..
errrr..
thank you..
may Allah bless you and you family!! InsyaAllah.
Kawasan hadapan Bank Islam di jalan 16( bagi aku la..) adalah kawasan yang paling kerap kejadian ragut.
Sekarang ini di kawasan sekitar Kompleks Diamond (WARTA-Bintang) juga adalah kawasan yang panas dengan kejadian begini..
sekadar informasi...
Saya pernah 2 kali kena rompak. Sekali di Mobil Branford I-95, sekali di Bridgeport Jiffy Lube.
Kira nasib baik lah dua-duanya duit kampeni, boleh claim...
Di Mobil kena dengan Negro, di Jiffy Lube kena dengan Puerto Rican.
Yang Mobil tu terus dapat tangkap oleh polis. Yang Jiffy Lube tu geng-geng staff situ jugak rasanya, sebab hari tu hari gaji. So melepas la...
Saya heran juga ramai orang keluarkan cash puluhan ribu dari Tabung Haji. Tak boleh ke Tabung Haji keluarkan cek untuk mereka? Rasanya lebih selamat.
Apa-apa transaksi nak buat pun menggunakan duit Tabung Haji tu, kalau sampai puluhan ribu, rasanya cek tentu boleh diterima. Masukkan aje dalam akaun bank yang nak duit tu. Hmm...
Kita beringatlah sesama kita,
Di negara tercinta ini bukan sahaja beg duit diragut, Kerusi Menteri Besar, Kerusi Speaker juga di ragut. Penyangak ada merta-rata, penyangak juga ada yang bertaraf profesional. Oleh itu berhati-hati dalam menghadapi kehidupan. Ingatkan juga kepada anak-anak yang masih muda dan kurang pengalaman. Blog menjadi medium penyampai maklumat kepada yang lain. Selamat Hari Guru!!
GJ,
Entah lah GJ....
mungkin nak kahwinkan anak kut..
bayar duit hantaran ke..mungkin nak beli barang barang kenduri ke..
MUNGKIN..
mungkin juga nak renovate ghumah..
begitu banyak kemungkinannya..
wallahualam..
-kat US ada 3 kejadian yang saya tak mungkin lupakan..nantilah, bila ada masa, saya ceritakan..
Entahlah. Saya tengok nak buat kabinet dapur yg tak sampai tiga ribu ringgit pun orang boleh terima cek.
Tapi ada juga yang tak boleh cek-cek ni. Semuanya nak cash belaka. Risiko tanggung sendiri la kan.
Walau bagaimanapun ada juga keperluan cash ni (yg pada saya tak berapa munasabah juga). Contohnya YB sahabat kita tu. Kalau nak berjalan, kalau tak dua tiga ribu ringgit dalam poket, dia akan serba salah.
Sebabnya? Bila jadi orang politik ni, terutamanya di kawasan kampung, orang nampak aje mesti ada yang datang nak minta duit. Kurang-kurang pun rm100-rm200 seorang. Pam air telaga rosak lah, atap bocor lah, yuran SPM anak lah, dan sebagainya.
Dan ini berlaku sejak dia belum jadi YB bertahun-tahun sebelum ni lagi.
Kesian. Kepada orang susah tu, dan juga kepada YB.
root canal tu aku baca roti canai. haih... teruk benar dh mata nih... ha ha.
.
GJ,
ingat dulu watu kat US as a student ..pakai personal cheque memanjang..
sampai nak bayar harga pencil colour rega 7 dolar pun pakai cheque..h ha ha
TM..
hang dok baca lajuuu tara bullet train kut...tu yang huruf jadi lain tuuu..bertukag habis..
Post a Comment