Friday, May 08, 2009

hai anak..

Apalah daya aku..
Seorang ibu
Ingin mengasihi
dan dikasihi
Andai tak cukup
cinta
untuk dibahagi bahagi
Apalah dayaku..
Seorang ibu
Ingin membelai
dan dibelai
Andai tak cukup
kasih
untuk di tabur satu satu
Apalah dayaku..
Seorang ibu
Ingin merindui
dan dirindui
Andai tak upaya
jasad
yang satu
untuk ke sana dan ke mari
kasih ku ditagih..
cintaku dipinta..
rinduku dirayu..
hanya doa mengiringi semua..
selamat hari ibu!


6 comments:

Tijah said...

err...hari ibu senarnyer bila eh kak? heheheh

aza ni said...

sekadar nak turunkan jejak bukti lawatan ke laman.

selamat hari ibu yang patutnya sepanjang masa bukan satu hari.

walaupun ashley bukan ibu ku, tapi title ibu memang layak untuk mu,kerana telah melahirkan insan, anugerah dari Tuhan kepada hambaNya yang terpilih.Bukan semua manusia jadi ibu,walaupun lahir dari kaum ibu.

ASH said...

Tijah,
sejak Hawa melahirkan Qabil dan Nabil...ooo mak ekau..Habil..

Azani,
kelu lerrr..hingga tak terkata.

Nizam.Ariff said...

Selamat hari Ibu kepada kakak yg telah berjasa melahirkan anak watan untuk agama dan bangsa... syabas!

ibundo said...

huwaaaaaa...........

ASH said...

Nizam,
cam dapat anugerah le pulak..he he he..
to sei to sei..
gracias..

kakpah,
sapa yang nanges tu..
Faris ke UWAN??