Salam..
Ditakdirkan aku menjadi kucing.....
maka malam tadi begitu indah sekali.
Aku telah merayap rayap berhampiran dengan sebuah rumah baru yang begitu indah di sebuah seksyen di Bandar baru Bangi ini. Rumah yang berharga mencecah angka juta itu adalah kepunyaan seorang hartawan beranak satu.
Mesti puas anak itu mendapat segala galanya.
Aku memerhatikan sahaja dari luar. Dari pagarnya yang telah diubahsuai dengan begitu indah sekali. Mungkin ribuan ringgit juga harganya
Ada bacaan Yasin rupanya di rumah itu...
Mereka menjemput sahabat handai dan saudara mara mengunjungi rumah itu.
Setelah puas aku merayau rayau mencari tikus..aku singgah di tepi pagar rumah ini.
Aku terhidu hidu keenakan bau makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah kepada tetamunya.
Hmmmmm
Ada bau ikan goreng. Juga bau ayam goreng.
Mungkin ada kalangan tetamu yang tidak menghabiskan makanannya.
Mungkin sisa sisa makanan yang tidak dihabiskan itu boleh menjadi makan malamku.
"Ibu..ibu..," tiba tiba suara seorang anak kecil memanggil ibunya.
"Tengok ni ibu..ada kucing lah...Warna putih..kesian dia ibu" sambung anak kecil itu lagi.
"Mari kita bagi dia makan ..Mesti dia lapar"
Anak kecil itu mengerti pandangan aku.
Aku memandangnya dengan rasa sayu.
Anak sekecil ini mengerti penderitaanku merempat ke sana ke mari mencari sisa sisa makanan..
Dia merapati daku.
Tangannya membelai belai kepalaku.
Aku mengiau perlahan..
Penuh harapan..
'BABY!!!!'
"Jangan main kucing tuuuu..KOTORNYA!!"
"Tapi buuu..kucing ni tentu lapar..Bolehkan ibu kita bagi dia makan? Bolehkan?" rayu si anak.
"Okay okay..tapi jangan pegang..jangan sentuh kucing tu. KOTOR!!"
Aku diberi seekor ikan kembung goreng yang besar. Aku makan dengan penuh selera dan lahap sekali. Inilah makanan terenak aku makan pada minggu ini.
Selesai makan aku melihat muka si anak kecil itu buat kali yang terakhir..
Moga dirimu diberkati wahai sianak kecil...
Dan di saat mentari terik sebegini...aku terasa begitu letih dan mengantuk sekali.
Izinkan aku ketiduran..
Biarlah lenaku dibuai mimpi yang indah seumpama semalam..
Berada di pelukan si anak kecil yang budi pekerti sungguh tinggi dan mulia..
Izinkanlah aku....
EH!!!
JANGAN KO BERANGAN NAK TERLOLAP MACAM KUCING TENGAH TENGAH HARI GHOMBANG NI!!
SIAP SEDIA!!
GI REWANG GHUMAH KAKPAH!!
AKU NGANTUK NI..
JADI CAM KUCING DAH NI....
7 comments:
umah kak pah kenduri ke?
kahkahkahhhhhhh!!!!
potang2 ni best tido kakkkk!!! pegi la keluar cr cendol sejuk ker...pastu blk tido...
*percubaan tijah utk menghasut nih. hahahahah
kalau ko jadi kucing... aku nk tariiiiiikkkkkk bulu ko kak! muahahaha...
:p
.
UK ALAAA...cikgooden!!
KO ni ketinggalan ker??
Tak baca blog kakpah ler tu.
Esok dia jemput sesapa yang rajin jengok blog dia. Kenduri kekah cucu sulong dia tu.
Dia dah jemput semua semua yang sudi...
Tijah..
aku memang tahu ko buat promosi cendol Kolo Pilah tu Tijah..nanti ko datang ghumah kakpah, ko bawak sekali..buleh??
aku terpaksa lawan hawa napsu tidurku demi menjaga persahabatan aku ngan kakpah..
jengok sekejap pun jadilah..
*tertewas jua bayangan bertanduk mu itu Tijah!!
TM!!!!
dan aku bertukar menjadi harimau kerana di sebalik bulu bulu itu terdapat belang belang yang terselindung...
ngeh ngeh ngeh!!
realistiknya ashley macam dari cetusan rasa yang dikeluarkan oleh kucing, kita yang bacapun rasa jilat jilat tapak tangan sambil lap lap kat muka, kat tengkuk, kat belakang, sampai part bawah gambar kucing berlengkar tu terus terkejang,potong stim lah pulak.he he he
Post a Comment