Salam,
Zaman aku belajar kat universiti dulu, handphone masih tidak ujud. Window pada komputer juga masih TIDAK ADA. Zaman aku belajar kat U, zaman 80'an.
Komputer MONOCHROME..Warna hitam putih..DOT DOT!
Warna warni di komputer masih sesuatu yang UNDER CONSTRUCTION.
Ingat balik macam kelakar..
Dulu nak buat repot kena guna WORDSTAR!!
Hanya orang DULU DULU zaman aku sahaja yang faham guna WORDSTAR.
Kalau nak taip essay atau buat report siksanya nak mengingat COMMANDS.
Nak besarkan tulisan, ada command tertentu.
Nak tukar font, ada command yang lain pula.
Nak tukar tulisan senget camni..ada lain command pulak.
Dulu dulu, aku sampai ada buku nota untuk ingatkan command command ni.
KOMAN betuiiii..ha ha ha..
tapi waktu tu..siapa yang pandai mengggunakan komputer pun, dah okay dah..
sebab masih ramai lagi yang tak pernah tengok komputer.
Masih ramai lagi yang tak tahu ujudnya komputer.
Masih ramai lagi yang tak tahu guna komputer.
....nak BELI? Jauh sekali....
dan aku pun guna komputer kat Lab Komputer di University sahaja.
Beli sendiri? hmmmmm...
yang mampu dibeli hanya CAKERA LIUT..5"..kui kui kui.
Dulu, kalau orang kata ada Video conference kat telefon mesti orang akan TERNGANGA?
ape menda..telefon ada TV..gila? mereng? ape ke menda??
sebab telefon zaman aku ialah telefon bercord kat DINDING tanpa camera, tanpa LCD.
Itu sahaja! Sekadar boleh dial, tunggu sehingga orang di sana angkat kemudian cakap.
No sms. No MMS. No video conference whatsoever..
Gamaknya kalau Alexander Graham Bell terus reka telefon bergambar macam sekarang ni...
orang nak bakar dia ke tidak?
Hei...Mat Salleh pun percaya gak menda menda WITCH-CRAFT / supernatural ni..
Kalau supernatural jer...depa kira nak bakar orang..
........dan kalau Alexander Graham Bell terus dapat idea telefon bergambar...apa agak agaknya yang akan terjadi pada dirinya??
hmmmmm.....
* tetiba aku teringat entry Nizam!!
sekian..
13 comments:
Masa aku kat U dulu buat assignment pakai typewriter jer. Kelakar betul.
Au pernah kerja kat bank kejap lepas HSC. Kerja kat bahagian current account. Setiap customer ada kad gedabak sebesar kertas lukisan. Tiap-tiap hari kitaorang kena taip kat taipwwriter besar gedabak juga untuk enter semua duit keluar masuk. End of the day, kena buat balancing pulak. Semua guna mesen manual. Haih... serik betul.
Apasal lah masa tu komputer tak ada.
Kakpah,
Budak sekarang buat ADDMATH guna calculator..
Zaman aku scientific calculator dah ada tapi kami yang ambik ADDMATH disuruh menggunakan BUKU LOGARITHM!!
alahai...betapa jenuh mencari nombor nombor kecik kecik dalam buku LOG tu!
Manusia perlu bertatih, baru boleh berlari. Teknologi pun cam gitu le gamaknya. Kalau budak terus berlari, terkejut mak bapak budak tu. Otak manusia secara kumulatifnya juga perlu bertatih sebelum boleh berlari. Gamaknya
Nizam,
hang tau tak kenapa bila aku buat entry ni aku teringatkan entry hang?
Apa sebenarnya yang aku nak sampaikan?
....Ada menda yang tak logik pada masa tertentu atau masa lalu, akan jadi LOGIK bila tiba waktunya..
Dalam al_quran, kalau baca pasal kiamat...susah gak akal masa kini nak terima..macam tak logik jer kan?
tapi..quran banyak menerangkan menda yang advance..yang akan datang..yang akan tiba..
jadi hal hal akan datang itu mungkin tak logik dan tak dapat diterima akal pada masa sekarang kerana otak kita tak boleh nak bayangkan menda yang tak ada depan mata..tetapi menda menda itu akan jadi logik bila tiba masanya!
gitulah kira kiranya..
..entry aku ni kiranya macam perumpamaan lah..
masa saya kat u anak orang kaya je yang mampu ada komputer. kebetulan roomate ada komputer tapi tengok je la dia guna komputer buat assignment bagai.... saya guna typewriter je nasib baik masa tue lecturer bagi pilihan guna komputer atau typewriter. gie lab kena rebut2 jadi guna typewriter
Akak ada gak typewriter waktu kat Shah Alam...tapi lebih suka taip guna komputer sebab kalau silap taip boleh delete berbanding guna type writer..
Tapi kalau sesak sesak dan assignment pun sikit jer, taip guna typewriter jugaklah..
ooo gitu...
Abih akak tulis sekerat jalan, jenuh aku teka pasal apa la teringat kat aku... hehehe
Memang betul kak, kalaulah orang dari masa depan datang sini cerita pasal teknologi masa tu, tentu dah kira sihir dah tu.
Sama juga dengan nabi-nabi dulu, dia orang tahu yang advance dari zaman itu tapi satu kesukaran nak bagi orang faham, Agaknya, tu sebab Tuhan beri mukjizat supaya orang boleh percaya... Tuhan pun ada firman, Dia lantik Nabi dari golongan kita sendiri supaya mudah nak terangkan....
Aku selalu fikir, apsal la Henry Ford dulu tak cipta terus kereta macam Ferrari F50? Dia tak terfikir ke?
Saya pun buat laporan projek masa buat Diploma Sains 1977 dulu guna mesen taip aje. Begitu juga masa tulis tesis Biology tahun 1985 pun guna mesen taip aje. Bayangkan bila salah kena taip semua dari mula. Saya kenal komputer dengan wordstar tahun 1986 apabila balik mengajar dikampung. Ini kerana Pengetua saya sangat advanced dalam penggunaan komputer. Sekitar tahun 1990 kami mula guna profesional write (PW) dan tahun 1998 mula guna window.
Saya beli komputer (desk top)peribadi tahun 1989. Harga RM 3000.00
Depa terfikir dah nak buat semua menda bagi lajuuuu...lebih laju daripada kuda depa...tapi tak dak sponsor!!
La ni sponsor cam Petronas tu ada...
ngeh ngeh ..
Al-berangque,
Window dah ada sejak bila ye..rasanya apple kenalkan pada mulanya sebelum microsoft..
entahlah..
tapi pada tahun 1989, kawan saya kat U lain telefon,beritahu pasal window ni..
1991 saya beli computer yang dah ada guna CD...
siap warna warni lagi...
window pun dah ada time tu..
well..computer tecnology ni memang cepat bebenor berkembang sampai tak dan nak keep track..
even mereka yg dalam bidang ICT ini.
jgn kata zaman ko kak... zaman aku pun typewriter guna lagi. tapi hok canggih sikit la.. hok ada screen tu... ha ha.
budak2 la nih... blom masuk sekolah dah kenal komputer kan...?
:)
saya sempat lagi zaman pakai kaset player nak run program dalam komputer, language Basic,gambar masi DOS 3.1, widows pun belum wujud,masa download/install tu bunyi macam macam,sampailah habis baru skrin pemula akan terbit, banyak pasal games,Tolkien Loard of the Ring, Cloak and Dagger,Dungeon Master dsbnya.
TM,
anak aku si Mawaddah tak dan umug 2 tahun sibuk nengok internet..
aduiii..
azani,
ko sezaman jer dengan aku..ko lebih setahun jer..kalau dah spm 83 tu...kira sama lah tu..
zaman kita zaman PAC MAN dok bunyi tet tet tet tet..
game tetris pun baru diperkenalkan..
ha ha ha.
Post a Comment