Tuesday, November 25, 2008

Sepetang di dapur..

Salam,
dah cuti cuti begini ada le masa sikit nak buat buat rajin kat dapur tuu..
Jom kita buat kek nak? Okay la diatas permintaan anak anak, maknya pun buat le kek yang ringkas ringkas ni. Amacam? Nak belajor..Meh sini nak perturun ilmu...
Tajuk kek...ooopps
Nama keknya : Kek Mentega Lembap..errr bukan kek mentega 'slow' ye!
Bahan bahannya :
225 gm mentega
225 gm gula
3 biji telur
210 gm tepung
12 gm serbuk penaik
120 ml susu segar.

Cara nak buatnya :
1. Mula mula korang sukat le bahan bahan di atas tu dulu.
2. Mentega sekian banyak. Gula sekian berat. Tepung dan sebagainya. kalau mentega tu satu bar dok ada 227 gm..okayla tuuu.
Sukat pakai timbang tau! hah kat atas tu penimbangnya..Tepung ngan serbuk penaik sila ayak dulu! Baru 'masuk angin'..he he he.
3. Susu pulak korang sukat la pakai penyukat cecair. Ala...tak berapa kupang jer reganya..
Jangan guna macam penyukat kat atas ni..he he he..Yang ini not for sale! Suami aku pi lawat kilang tempat depa buat syringe. Tapi kalau dah terdesak, boleh aje!!


4. Lepas dah habis kerja sukat menyukat, ukur mengukur ni, boleh le start kerja putar memutar. Mesin putar 'alam' ni korang gunakan untuk putar mentega dan gula. Putar sampai kembang, putih berseri dan gebu!! 5. Bila dah agak agak kembang dan berseri, masukkan telur sebiji demi sebijik. Telur telur tu keluarkan dari peti ais dulu tau. Room temperature... kalau tidak ,Chef wan kata," Nanti kek tak jadi gebu". Dongar tu sebab CHEF WAN YANG KATA!!
Errr jangan lupa cuci cuci dulu telur telur tu tau..Tak nak pulak kek korang bercampur dengan apa apa yang keluar dari tempat keluar 'you know what'..dan kalau korang susah sangat nak cari telur kat supermarket, cari jer dalam reban...( layari Cklah punya blog..he he he)

6. Bila dah masukkan telur, sampailah masa untuk masukkan tepung dan susu berselang seli hingga habis..khalas. Gambar takdak sebab tangan aku dah tak cukup bende nak pegang!!

7. Kemudian korang bolehlah mula membakor kek mentega lembap korang ni..bakar suhu 175 selama lebih korang 45 minit. Set time! Jangan tidur pulak. Terbakor rumah kang...Bakar lah dalam oven cam kat bawah ni. ( Oven tu banyak kupang jugak harganya. Pandai pandailah korang jet cik abang ye..Aku punya tu dah 14 tahun!! mak aiii..berjasa banyak dah tu..)

Dan finally...inilah dia rupa kek mentega yang enak dimakan begitu saja..hmmm...cedap,kata anak aku..
Oh ye...Sebelum bakar, kalau ada sisa sisa coklat chips dan almond flakes waktu buat kuih raya hari tu, tabur je lah atas kek korang tu...Nampak seri sikit..
AMACAM??
mai sepotong....





















12 comments:

Brahim Nyior said...

Nampak macam sedap. Nak order satu ya!

ckLah @xiiinam said...

Alat penimbang baru beli ye....canteeek je kotaknye...he...he...he.,..

arsaili said...

salam...wahhh sedapnyaaaaa....

Hamirdin b Ithnin said...

kak pah buat laaaagi sedap!

Cikgooden said...

cukup ka kek besaq tu?...ahakkkks!

ASH said...

Brahimnyok,
La ish..dah bagi resepi tu.Step by step lagi.. Suruh le mem 'bersilat' sikit kat dapur tu.

Cklah,
Penimbang umur 12tahun dah ranap.Muhammad timbang badan dia! Yang dalam gambor tu beli tahun lepas..

Arsaili,
wassalam..anak anak yang kata cedap!

Dr,
Ya saya tahu..
Errr.." Dua tiga kucing berlari.."kan kan kan?
macam seorang nenek kata kat cucunya " Ko sambung le sendiri pantun tu"

Cikgooden,
Hati gajah sama dilapah..
hati kuman sama di cecah..
Kek sebijik ko pandai pandai le rebut...

azza_irah said...

sodap...adehh..

Gurindam Jiwa said...

Weekend baru ni isteri saya pun buat kek juga, namanya Kek Hati Pari. Kononnya resepi dari Sarawak.

Prosedur terakhir membuatnya ialah perlu dikukus antara 4 hingga 8 jam.

KUKUS 4 HINGGA 8 JAM!!??

Elok sedang kukus tu, kena tukar tong gas yang baru. Bila dah siap kukus, humidity kat rumah naik sampai 500%!!! Menggelupur seisi rumah.

Pada hemah saya kek ni sesuai dibuat oleh orang Eskimo di Kutub Utara ataupun para penguin di Kutub Selatan sahaja.

Teringat masa kat US dulu, bila musim sejuk, onkan humidifier untuk tolong panaskan badan semasa dalam rumah, selain dari heater yang ada.

Sepatutnya masa tu lah belajar buat Kek Hati Pari ni...

ASH said...

Gj,
Ngape le susah susah nyiksa badan!!
he he he..

saya terbaca komen ni agak lewat. rasanya kek ni elok dibuat time cik Tipah dok dalam pantang..memanaskan badan se isi rumah!

Muhamad Ternak Tani said...

Sala puan
nak tanya kilang buat syringe kat mana yer?
terima kasih

Muhamad Ternak Tani said...

salam kak

nak tanya kilang buat syringe tu kat mana yer ? sedara saya nak buat praktikal dekat kilang tu. sebab sedara saya kena buat kajian termobendalir pada syringe. sekian terima kasih.

ASH said...

Kepada yang bertanya tentang kilang syringe itu...ianya terletak di taman peindustrian cheras jaya. nama kompeni Muzammal Sdn Berhad...try la cari website nya.