Salam,
Tajuk tu sebenagnya adalah penunjuk kelajuan kereta yang kami bawa dari BBBangi ke Penang. Hari Sabtu kelmarin pi Penang. Jengok anak aku yang tengah dok tension nak periksa beberapa jam lagi dari sekarang. Ni dah masuk Selasa. Pagi pukul 8 sat lagi, anak aku yang sulung nak periksa besag, SPM.
Ya Allah, Permudahkanlah baginya untuk menjawab soalan soalan yang akan dihadapinya. Berjayakanlah dia di dunia dan di Akhirat..lebih lebih lagi di Akhirat.
Amiiinnn..
Anak aku yang sorang ni sensitip juga..Emosinya zuuuuup boleh naikk..ziiiinggg boleh turun. Kadang kadang aku pun tak tau nak buat lagu mana..Aku tak mau emosinya mengganggu kosentrasinya untuk mengadap periksa besar ni..
Anak sulung ni harapan..dan dia tahu itu. Dia kena set the standard sebab tu dia jadi lebih sensitip.
Tapi sebenarnya aku cuma mahu dia berjaya untuk kebaikan dirinya sendiri. Aku tak boleh nak bagi apa lagi. Hanya pelajaran..
Uangnya enggak moncah..Apalah ada pada aku yang ber anak ramai ini. Nak simpan uang pun enggak bisa lama lama. Ada ada saja sebab musabab yang terpaksa dikeluarkan dan digunakan. Baju seluar yang terpaksa diganti saban bulan..anak anak kan membesar..Duit belanja hari hari..Harga barang kan naikkk tak turun turun! Nak juga bawak anak sana sini jalan jalan..takkan nak memerap beku le otak kat dalam rumah. Semua guna uang ye..Uang bapaknya!! Uang ibunya yang secubit ini? Gunanya untuk tampung tampung baju baju yang lobang sana sini..
tapi aku tetap syukur..setiap anak yang dilahirkan ada rezekinya masing masing..I really believe in that. Alhamdulillah..walaupun scubit, ada berkahnya.
Anakku Aisyah, jawablah dengan baik..InsyaAllah Allah tolong. Mintalah pada Allah lapangkan dadamu. Ummi hanya boleh berdoa. Ummi pun hanya seorang hamba..Allah lah yang mengkabulkan doamu. Tiada lagi tempat meminta selain Dia.
.....................meleleh ayarkmata aku....hmmmm..
_________________________
Okay..saja nak cerita sikit perjalanan aku ke Penang. Kami pi berlima sahaja. Me, hubby dan 3 orang anak. Si Raudhah derjah 1, si Huda 5 tahun dan Mawaddah si kecil comel tuuu..
Muhammad dan kakak kakak lain tinggal sebab ada banyak aktiviti depa nak buat. hari kantin lah..PPS punya jamuan la. etc etc..lagipun makcik depa kata nak mai.
So..off we went.Zooomm..
suami aku sebenagnya baru balik dari Pahang. Pi hari Khamis, balik Jumaat. Dia letih gak. Sampai sekerat jalan takleh pi dah..letih lagi,ngantuk lagi..
Tukag drebar.
Aku pulak bantai...zooooommm sampai Ipoh. Pi kenduri anak pak Ngah dia kat Izuddin...Hah! sekolah lama dia. Pak Ngah la kerja kat Izuddin..so buat kat dewan Dato' Ghazali Jawi..wahhh..aku tak pernah sampai Izuddin ni. Ohh..Ni ka sekolah dia! Sekolah yang melahirkan banyak cendiakawan, ustaz ustaz, pemimpin etc..
Dipendekkan cerita, selesai makan kenduri..zooooom terus ke Penang. Hubby letih ngantuk..tukag drebar pulak. Sampai tol, tukag kembali drebar..hinggalah ke seberang dan sampai Balik Pulau. sampai solat zohor asar..cepat cepat ambik anak bawak keluag dari sekolah dia. Singgah sebentar rumah my ex schoolmate. Minum petang. Saudara Husni dan isteri x sains Penang jamu kami Lasagna dan bihun. Ambooi..sakan minum petang nyer.
Tup tup sampai pulak sorang lagi kawan sekolah lama aku, Mid Blues..ha ha ha...kawan aku yang ada taik lalat berbulu ni dari rumah dia..Weh..kampung sebelah menyebelah aku ngan dia ni. Dia orang Sg Kepag, aku Semanggol!
Memang bisingla kami ni..Suami aku boleh masuklah dengan depa berdua ni. Husni sekelas ngan aku waktu form 4 and form 5. Mid pulak dari form 1 hingga form three. Dengan Mid, aku boleh sembang sebab kami dah kenai dari derjah 5 lagi. Lawan kuiz penilaian derjah 5. Dia, wakil sekolah dia. Aku, wakil sekolah aku. Ngan Husni pulak..dia ni dulu kawan seperkelahian dengan aku. Kerja dok berkelai dalam kelas kami ni..Berkelahi mulut la..Tak pernah bertumbuk pulak!!
Malam pulak kami bawa kakak makan kat tepi laut. Ikan bakag..udang goreng..sup campur..bagi semangat kat kakak! Dia dok komplen makan ikan jaket goreng keraih ngan ayam keraih kat sekolah dia.( makanan macam tu..biasa jer bagi aku). tidog kat hotel..
Esoknya bawak shopping barang sikit kat Bukit Jambul. Pastu hantag kakak balik dengan penuh restu dan kemaafan..
(peluk peluk..hug hug..huggy bear ..kakak biasalah..mula la nangis..aku, ibu yang tabah..tak nangis pun he he he)
Lepas hantag kakak, kami rush pergi Bertam. Rumah kawan aku, Azman, yang anak dia kena bedah tang tengkuk ..tulang belakang bahagian atas sekali tu. Aku kena ziarah gak sebab kawan aku ni sekali dengan aku waktu English class. Rapat tu tak la sangat..but he is a nice guy so bila baca email yang dia hantag ke group kami, aku ni jenis tak senang duduk kalau tak ziarah. Tambah tambah dalam keadaan anak dia lagu tu. Aku kena pi jengok.
Alhamdulillah..anak dia beransur pulih. Kawan aku tunjuk gambar gambar pembedahan. Adik ipag dia pun doktor so boleh masuk dalam operation theatre tu. Dapat le ambik gambark. Yang aku ni pulak jenis seriau..Tengok sipi sipi je lah gambar yang ditunjukkan tu...
Kat rumah kawan aku tu, dia jamu kami nasi..lauk ayam goreng berempah, ikan termenung kukus berayark asam, pucuk janggus ngan sambal, kari ikan bawal, sambal udang..sayur mayur. Mak aih..banyak je lauk! Aku makan macam malu malu kucing tapi dua kali tambah gak la..
Terima kasih isteri Azman, Azimah (ex-SMSAH) ka apa nama dia..
he he he..nama isteri dia pun aku tak ingat. Masakannya aku bedal!
kemudian kami rush balik Bangi..singgah untuk solat sahaja dan zooommmm...sampai Bangi more or less pukul 11 malam.
LETIH weh..
apa apa pun SEMOGA BERJAYA ANAKKU!
InsyaAllah!
5 comments:
InsyaAllah anajk Hida akan lulus cemerlang....sebijak bondanya!
Mak ckLah dulu anak 10. Segala kepayahannya menguruskan kami puas kami rasai.Semua dok asrama dari Selatan (SM Sains Keluang) saaaampai paling utara MRSM Kulim dan Balik Pulau. Kami tak merasalah dikunjungi mak ayah bila hampir exam macam budak lain.
Tapi Alhamdulillah....kami sudah merasai hikmah di sebalik semua itu
"Anak sulung ni harapan..dan dia tahu itu."
Dok habaq lagu tu, mana la anak tu tak tension ..
"suami aku sebenagnya baru balik dari Pahang. Pi hari Khamis, balik Jumaat. Dia letih gak. Sampai sekerat jalan takleh pi dah..letih lagi,ngantuk lagi.."
Kalau letih, lain kali sebelum mula jalan tu, suruh husband tu pi pekena Kopi Ali Café Tongkat Ali. Boleh tejegil bijik mata sampai ke Balik Pulau nuh... Silap-silap kena singgah hotel mana-mana sat nak bagi kuyu sikit biji mata yang dok terjegil tuh.
:-D
Puan, memang kita perlu beri sokongan untuk anak menghadapi SPM, moga cemerlang anak puan.
Saya link blog puan. Sudikan bertandang ke blog saya.
kak hida weh....hari ni..aku taip komen ni la,,spm dah start dah..
moga anak sulong buat terbaik...dan letak piawai yg tinggi utk adik adik dia.
lepas tu adik2 dia lak tension nak ikut piawai dia yg tinggi...isk..isk...susah gak nak pikir kan...Tapi aku yakin, anak2 kak semua akan ikut jejak kak ngan bro...
(anak aku dua...pun ada rasa tension)
tapi bab sebut sek izzuddin, terus aku teringat cerita lama la...sapa la pak ngah tu?....dia dok dalam sekolah tu ka?
Cklah,
nanti saya cerita pasal kengkawan kat sekolah..
more or less macam cerita cklah la..
G.Jiwa;
1.Dak aih..kami tak kata pun gitu kat dia. Dia berperasaan begitu. Dia rasa bertanggungjawab sesangat. Kita sebagai ibubapa ni lagu ni sajalah...
2.errr..
brahimnyior,
terima kasih kerana berkunjung. Insyaallah saya singgah..
cikgooden,
pak ngah dia baru kerja situ jer..sepupu mak dia. one of the tukang kebun..
Post a Comment