Wednesday, November 05, 2008

Bakat turun temurun..

Salam,

Kelmarin ada sambutan Hari Kanak Kanak kat sekolah rendah anak aku. Si Raudhah, anak aku yang derejah 1 tu, cikgu dia pilih masuk acara menari. Si kakak dia, Rahmah, yang derejah 3 tu kecoh mecoh time balik.

"Raudhah menari keras macam robot, Ummi.." Rahmah reported.
(tak tanya pun)..dalam hati jer..
"Kenapa?" aku bertanya.

"Orang lain semua nari lembut jer..Raudhah dah la keras..tangan seterit..cepat daripada orang lain pulak tu" sambung lagi kakaknya.

(eh eleh..hai..)..dalam hati juga..
"Alah..dia baru derejah satu. Lagi pun ummi tak kisah dia tak pandai menari pun..Suka dia la."

" Ha ah..biarla le orang tak tak tahu menari pun," Raudhah menyokong.

So far tak dak siapa lagi dapat bakat terpendam ini..( tak dapat pun aku tak kisah..)Yang pandai menyanyi dan bernasyid dah ada.
Yang pandai bercerita (si tukang report tu) pun dah ada.
Yang pandai bersyair pun dah ada.
Yang pandai mengaji pun dah ada.
Tak dak siapa lagi yang boleh mempamerkan kebolehan bersajak.
Tak dak siapa lagi yang boleh mempamerkan kebolehan berlakon.
Tak dak siapa lagi boleh mempamerkan bakat bersyarah.
Tak dak siapa lagi boleh mempamerkan bakat berdebat.

yang aku maksudkan ialah yang datang dari kalangan anak anak aku la.. Tak termasuk dari kalangan anak anak sedara..Itu lain cerita la..

2 comments:

Gurindam Jiwa said...

Acara menari tu, zapin ke joget? Atau inang?

Yang tangan keras straight tu mungkin ikut Michael Jackson kot. Beat it! Beat iiiiiit! ...

ASH said...

Ntah le...suruh dia nari depan mak dia, dia tak mahu.
Saya rasa dia main kibas kibas jer..