Salam,
Ini sambung sikit kisah yang sebelum ni..Entry tajuk 'adakalanya kita rasa tak berdaya'.
Entry sebelum ni memang menggambarkan kepahitan jiwa aku sewaktu di Chicago. Ada banyak lagi kisah pahit yang juga melibatkan rakan rakan tapi biarlah aku tinggalkan sementara waktu. Aku sekadar menggambarkan segelintir kisah pahit itu sebagai panduan kepada adik adik atau anak anak yang mungkin terbang ke sana.
Aku mahu kalian sedar kehidupan kita ini akan dipenuhi dengan kisah suka duka, pahit maung. Jangan terlalu terpesona ketika kalian berada di negara orang. Dalam cantik, ada buruknya. Dalam manis, ada pahitnya. Dalam suka, ada duka..Begitulah juga sebaliknya!!
Ketika kita berada dalam kegembiraan..ingat Tuhan, Allah yang kita sembah. Ketika berduka juga, mengadulah padaNya kerana waktu itu hati kita akan lebih syahdu dan terasa Dia begitu hampir dan begitu memahami. Walaupun mata zahir kita tidak dapat melihatNya tetapi mata hati kita merasa kehadiranNya dan di situ kita akan dapat kekuatan untuk berdiri kembali. Percayalah dengan sepenuh hati!!
........di saat aku memerlukan kasih sayang.....dan apa apa yang diperlukan.
....aku begitu bersyukur di temukan dengan tiga orang kakak kakak yang sambung pengajian MASTER mereka di U aku tu. Aku berdoa kakak bertiga ini di lindungi Allah setiap masa dan berada dalam Redha Allah hendaknya..walaupun di mana jua mereka berada.
Kak Nor,
orang Jawa Muar Johor ni, si baik hati, lembut mesra namun penuh ketegasan dan prinsip ini sangat aku kagumi. Selalu memberi motivasi yang berguna. Memberi teguran kiranya aku tersalah langkah. Menceriakan tika aku berduka....aah..kak Nor..anak dah berapa sekarang?? he he he..
Kak Wani,
orang Taiping tempat aku ni, peramah mesra, kelakor,dan yang penting...COMEL DAN BANYAK benor peminatnya..( kak wani..menyalah guna kuasa kecantikan gak tau kekadang!!)
perkara penting ialah...'aku tak kisah engkau nak berhutang ngan aku...janji engkau bayorrrr..'..kak wani was my mastercard !! kah kah kah..( hutang hutang aku ngan kak wani dah langsai semua kan kan kan kan..harap harap nye gitulah...) Aku dengor kabar kak Wani pun boleh tahan gak 'deretan keretapi'nya...
Kak Aya,
orang Penang yang pandai masak ni..Mak aii, kalau kak Aya dah masuk dapur...hah! ketepi ketepi semua orang. Chef dah masuk gelanggang ni. Hangpa tunggu je apa aku masak. Tok sah dok kacau aku.
Taraaaaa...Mai pajeri nenas se dass..
Taraaa... ayam goreng berempah wangi ...
taraaa..naik segala rendang itu ini..
Dan kami bebudak junior buat buat telipon dengan muka tak malunya bertanyakan siapa masak hari ini kat rumah kakak kakak ni. Kalau kak Aya yang masak, habis kami serumah pergi especially time lunch!! Nak nak pulak kat rumah dah kekurangan supply dan semua kering pokai!! ( Uikk..biasiswa bebudak MASTER jauh lebih banyak dari kami yang junior ni tau!! Sebab tu they all loaded jer manjang..depa layak jadi tutor lak tu kat U..hah tambah lagi uangnya!)
Mereka bertiga ni memang memahami kami. Sayang kakak kakak ni. Hanya Allah sajalah yang membalas budi baik mereka. I really missed them dearly...aduii..sedihle pulok.
Cuti sekolah ni agak agak aku boleh ke Johor tak?
hmmmm...
pergi serang hendap kak Nor dan Kak Wani di sana.
he he he...
1 comment:
sesekali terimbau kan kenangan dulu..buat hati jd rindu..pengalaman tu mematangkan kita sebenarnya..a
Post a Comment