Friday, November 07, 2008

Aaah..volcanoes!



Salam,

Nampak gerun tak itu...he he he..
Itu adalah volcanoes kami yang sedang menggelegak dan meletop!

Ha ha ..hari Rabu kelmarin aku dan anak anak 5 tahun buat volcanoes ni. 6 tahun masih sibuk dengan kerja mereka. Aku bahagikan kelas 5 tahun kepada dua group.Setiap group bekerjasama menyiapkan volcano masing masing. Setiap group diberikan 4 kotak platisin yang berwarna oren dan coklat untuk menghasilkan volcano mereka.

Sambil sambil mereka menekan dan membentukkan plastisin untuk bentukkan volcano tu mereka menyanyi,

" Apa yang penting kerjasama..."!

Errrr...tema lagu wonderpets tuuuuu!

Lepas tu ada juga yang beritahu,
" Cikgu, dalam wonderpets pun ada burung jinjang yang diselamatkan dari gunung berapi".

(yelah cikgu tahu..cikgu tengok cerita wonderpets tuuuu..dah jadi cikgu tadika! Homework!kena tengok cerita cerita terkini kanak kanak)

Kemudian hari ini pulak aku LETOP kan volvanoes yang telah menunggu selama sehari..bukan apa, semalam aku terlupa nak bawak bahan bahan penting dalam acara meletopkan gunung ini. Aku LETOP kan di hadapan semua orang waktu pepagi tadi..Acara kemuncak! Sebelum waktu makan.

Bahan untuk buat volcano :-

1.Plastisin ( 8 kotak- ni tak claim lagi ni..8 hinggit)

2. Baking powder (rm 2.50--sebenarnya aku beli ni nak buat kek tapi tak jadi pulak!)

3. Pewarna ros ( aku ambik baki baki buat sirap hari raya rumah aku..he he he)

4. Cuka - ambik jer cuka kat dapur Perdana ni!!

Ambik baking powder, masukkan dalam bekas kecil..contoh yang aku buat ni adalah bekas dadih kecil yang aku guna waktu masak dadih untuk kengkawan anak anak aku.

Lepas tu masukkan setitik dua pewarna ros merah..nak buat bagi gimik sikit!

Kemudian jauhkan kanak kanak dari tempat gunung berapi..sebab takut terkena larva yang HANGAT dan HANGIT..he he he...sebenarnya tak nak bagi depa kerumun dekat jer..

Seterusnya tuangkan pula cuka makan..KEBOBOMMMM!!??

"Eh! Kenapa tak dak bunyi pun cikgu?"..

he he he...

sebab hanya buih buih menggelegak tu lah saja hasilnya..takdak sound effect! Reaction antara sodium bikarbonat dan asid cuka makan!

(bagi ibubapa..jangan risau tak bahaya pun..inilah juga sedikit sebanyak cara orang kilang buat ayark gas tu..)

smile..



5 comments:

ibundo said...

haha.. klem. Jangan tak klem. Nanti jumaat jadi tak nak buat jamuan.

ASH said...

Buat hari Rabu!!
Takut Jumaat anak anak ramai yang dah GHAIB, tak datang sekolah..

Cikgooden said...

ha ha ha.....awat tak guna kabait..efek dia lagi true...bawak buluh sekali..ke boooom! buat meriam buluh...

buluh tebang kat belakang ukm bangi, jalan hala ke dengkil..banyak kat situ.

ckLah @xiiinam said...

Tentu excited budak-budak tu...nak-nak budak lelaki...!!!

ASH said...

cikgooden,
hang jangan dok penaya anak orang.

cklah,
memang pun..bab bab ni penuh excitement!