Monday, November 17, 2008

adakalanya kita rasa tak berdaya...

Salam,

Aku memang tak pandai nak bagi motivasi kat kengkawan atau adik adik atau anak anak di luar sana. Well..tapi dah dok 'sebandar' dengan Pakar Motivasi- Datuk Dr Fadhilah Kamsah maka kenalah berbicara sedikit sebanyak pada anak anak yang ada di luar negara sekarang atau yang akan ke luar negara.

Aku tulis ni melalui pengalaman. Mungkin ada yang sesuai bagi yang membaca atau mungkin tidak. Mungkin juga boleh diambil panduan atau mungkin juga tidak.

Pengalaman belajar selama 3 tahun di luar negara memberi seribu kenangan. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang maung, ada yang ngeri..dan ada yang ingin dilupakan. Tapi itulah sebahagian kisah hidup yang membentuk diri ini.

Aku dulu belajar di bandaraya Chicago, the 'Windy City', Amerika Syarikat.
Wahhhhh..bestnye belajo luar negara.!! Itulah reaksi yang selalu orang cakap.

Best ke?? ha ha ha..Entahlah bergantung pada setiap suasana, keadaan, tempat,students yang engkau jumpa, university yang engkau pergi..
Aku?? Jawab aku..so-so la..tapi engkau akan jadi lebih tough bila ke luar negara. Sebab tulah bila students yang balik dari oversea ni, penampilan dan keyakinan mereka lebih matang dari students yang belajar dalam negeri..
(Maaf le ye..tapi realitinya begitula)

Sebab musababnya banyak...

salah satu sebabnya ialah engkau akan teruk 'dikerjakan' oleh mat mat salleh yang tinggal dikelilingmu. Maksud aku ialah realiti prejudis akan ketara sesangat bila engkau berada di tanahair mereka. Ha ha ha..baru kau tahu siapa mat mat salleh ini sebenarnya..
(Well!! memanglah walaupun ramai yang baik baik. Dan yang buat baik nak mengena pun tetap ramai juga..)

Salah satu contoh kehidupan yang boleh aku bagi kat sini ialah time engkau nak mencari rumah sewa.
Fulamak!! kadang kadang bila engkau dah set time elok elok dengan tuan rumah nak jumpa, tetiba bila dia nampak muka engkau jer depan pintu rumah yang dia nak sewakan tu terus dia kata dia lupa bawak kunci..
Bukannye dia lupa bawak kunci..sebetuinya dia tak nak sewakan rumahnya kat foreign student macam engkau! Habis cerita..cari lain le...

Lepas tu pula, kalau foreign student macam kita ni, bila masak bau sikit, neighbour mari ketuk pintu rumah, buat ribut..Silap silap dia panggil polis, kata kita bawa bendasing ..bla bla bla..Walhalnya..dia masak pun keluar bau juga dari rumah dia..ade kita kepoh?? hanya diSEBABkan kita ni foreigner!!Buat macamana? tempat dia..(Dia mari tempat kita, tak bebaju berseluar mabuk mabuk ada kita kejar dan ajar??Ciss..aku pulak nak bercis cis nii he he..datang tak pa..beradab le kan kan kan??)

Satu hal lagi, kalau tinggal kat kawasan Mat Salleh yang jenis KLU KLAX KLAN ni, siap engkau!! Ada ada jer yang tak kena. Silap silap pepagi lagi engkau dah kena simbah dengan air..Patah balik salin baju..keluar balik kena simbah lagi..last last engkau pergi kelas dalam keadaan basah kuyup bersama deraian airmata. Musim salji pulak engkau kena 'hujan' dengan snowballs yang berisi batu.( aku, kalau ingat mende mende ni memang menyumpah ngan Mat salleh giler ni..yang giler warna kulit ni lah..)

Eh!! Aku rasa tak nak tulis lagi lah..Takut termasuk dalam kategori menghasut pulak. Tapi inilah sebahagian realiti kehidupan aku di luar negara. Manis ke??
he he he..manisnya tetap ada. Manisnya bila engkau dapat bertahan dengan perangai mat mat salleh yang perasan bagus ni. Engkau buat selambe dek je...
Teruskan kehidupan...dan biarkanlah mereka dengan prejudis warna kulit yang akan membunuh jiwa mereka sendiri..









12 comments:

etomyam said...

he he, ironinya org kita anggap apa yg ada kat negara mat saleh tu best.....tu yg pulun dok ikut sampai lupa serba serbi tu...minda masih dijajah he he

azza_irah said...

salam kak...
itulah mahalnya pengalaman..
tak semestinya kita kena pandai bercakap degung degang baru kita dikatakan boleh mberi motivasi pd orang..menceritakan pengalaman kita jua satu cara yg berkesan utk memberi semangat dan kekuatan pd org yg mbacanya..

Gurindam Jiwa said...

Alhamdulillah, masa saya susah dulu ada juga mat salleh dan mat puerto rican yang tolong saya. Ada tu tanpa bertanya atau minta kad pengenalan saya. Pertahankan saya dari kena belasah pun ada.

Melayu pun ada juga yang tolong saya.

Manusia ni lebih kurang je. Ada yang baik, ada yang sangat baik, ada yang kurang sikit baik: tak kira bangsa.

Cuma kita yakin Islam ni agama yang sebenar. Itu saja.

Saya pernah kena tipu dengan orang kafir, dan juga orang Islam. Dengan mat salleh dan juga orang Melayu.

Kalau dah sampai KKK tu, versi kita pun ada juga. Kena pandai cari le...

Kena pandai bawa diri.

Cuma kalau di luar negara tu, apa-apa hal kita tak boleh nak lari berlindung bawah ketiak mak bapak dan keluarga. Kena redah juga macam mana susah pun.

Sebab tu bila di sana, sahabat-sahabat lah saudara mara kita. Sebab tu bila dah balik sini, ada sahabat-sahabat dari sana tu yang persahabatannya lebih akrab dari saudara-mara kita sendiri.

Cikgooden said...

tak ama reka laa..saieng ngan dak se jeeid...!( filem budak kelantan)

ibundo said...

I gave birth to my first child in US. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Doktor yang merawat dari mengandung sampailah bersalin dah berumur orangnya. He was a good man. Nurse yang jaga kakpah lepas bersalin tu pun tak lekang dengan senyum. Mungkin pengalaman pertama ni menyebabkan kapah phobia nak bersalin kat hospital kerajaan kita. Lebih-lebih lagi bila dengar banyak cerita nurse garang-garang. So, anak-anak yang tujuh lagi tu semua bersalin kat private clinics. Husband boleh tengok sama.
Kakpah tanya doktor tu apa makanan yang tak boleh makan. Maklumlah mak-mak kita kan banyak pantang larang. He said, You can eat anything you like. Hehe.. lepas tu bersalin yang lain-lain pun tak de pantang-pantang. Lanyak je.
Bila dah ada anak,State bagi green stamps. Stamps ni boleh tukar dengan susu dan lain-lain baby food. Memang tak perlu keluarkan duit sendiri.
What I am going to say is, there are good people and there bad people. Tak kira di mana bumi dipijak.

Gurindam Jiwa said...

Seorang sahabat saya, 4 anak-anaknya dilahirkan di sana.

Anak kelima dilahirkan di sini. Seronoklah tok wan masing-masing dapat cucu di Malaysia. Mulalah tak boleh makan ayam, tak boleh makan udang, dan sebagainya.

Mengeluh sahabat saya ni, "Empat dah anak aku beghanak kat sana. SEMUA boleh makan!"

Tapi bagi seorang yang kesemua sepuluh anak-anaknya dilahirkan dan seorangnya dah berkahwin di sana, nenek dan atok di sini kira surrender le...

ASH said...

etomyam,
lapor tomyam la pulok....
biase la..kaum dalam dunia ni kat mana mana pun, ada baik ada tak. pepandai le kita

azza,
ye betul tu.

g.jiwa,
saya akui itu..nanti saya sambung lagi kisah di sana..ini yang pahitnyeeerr..beranak?? hmmm ada insuran boleh cover cost okay la tu..

cikgoodeen,
mu ghoyak gapo dio nye??

k.pah,
lain padang lain belalang..
pens is a nice place to stay, I guess..
South Chicago?? every 5 minit gua dongar siren polis...sampai gua punya telinga pun naik lali..

ckLah @xiiinam said...

Kajang tuan kajang berlipat,
Kajang saya musafir lalu;
dagang tuan dagang bertempat'
dagang saya musafir lalu....


Psst: sila baca pantun ini dengan intonansi Nordin Ahmad...he...he...he..

Gurindam Jiwa said...

1. ...
Kajang saya mengkuang layu...
...
...

;-)

2. Salah satu kisah orang luar tolong saya ada saya selitkan sedikit di sini.

3. Beghanak? Kalau student biasiswa, otomatik ada insurance cover. Yg tak de biasiswa, pandai-pandai le. Contohnya pi kerja, isteri beghanak boleh cover. Dsbnya...

ckLah @xiiinam said...

eh...ha..ahh lah...salah!
terima kasih gurindam jiwa!

ibundo said...

Kajang saya ada jual sate Samuri haha.. salam perkenalan.

ASH said...

G.jiwa,
beghanak??jadi student? insuran tak cover lerrrrrr...JPA tak suruh beghanak kat sana tu. JPA suruh engko belajo.apa daaa...he he he..

nikah kahwin pun dia tak suruh.