Salam,
Aku menulis ini sebaik sahaja selesai solat Maghrib. Sambil sambil bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir ini, aku teringat penulisan kak Pah mengenai cara menggalakkan anak anak membaca. Cara untuk mereka dapat mengenal perkataan, membaca serta memahaminya.Tak kisahlah samada perkataan yang hendak dibaca itu dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Tekniknya lebih kurang sama saja..di Aulad kita menggalakkan phonic.
Ini adalah kaedah belajar membaca di Aulad.
Kalau tak boleh kaedah ini, aku rasa kaedah lama macam kita dulu dulu, mengeja pun boleh cuba dibuat. 'B.U'-bu, 'K.U'-ku = buku. Tapi kaedah ni agak lambat..well..bagi aku kadang kadang " better late then never"!
(walaupun bila bos aku baca ni, dia mesti kata..lain yang kak Pah suruh buat niiiii..he he he)
Okay, dalam kaedah phonic, anak anda akan diperkenalkan bunyi huruf lebih daripada dia mengenal nama huruf itu sendiri. Pun begitu, kita di Aulad pastikan dia juga mengenal nama nama huruf.
Contoh : huruf vokal a-a-a-a, e-e-e-e, i-i-i-i, o-o-o-o, u-u-u-u
Bunyi bunyi ini penting kerana apabila berkawan dengan huruf konsonan lain maka akan membentuk suku kata yang berlainan bunyi.
contoh : huruf b yang bunyinya beh berjumpa dan berkawan dengan huruf vokal 'a' akan menjadi
'ba' maka bunyikan ba-ba-ba-ba...
Oleh kerana bunyi adalah asas pertuturan bahasa maka memperkenalkan nama huruf tidaklah begitu penting. Yang penting bunyi huruf itu!
Kalau kita mengaji al-quran pun, bagaimana cara kita membunyi dan mengeluarkan huruf daripada mulut kita adalah lebih penting daripada nama huruf itu sendiri. Kita perlu kenal tempat keluar huruf atau yang dipanggil Makhraj huruf untuk membunyikan huruf huruf Al-Quran dengan betul. Jadi tidaklah bunyi sin dan sod sama sahaja. Atau zal, zai dan zho' tiada bezanya. Atau alif dan ain seakan akan sama sahaja.
Pun begitu..mengenal nama huruf juga adalah satu penambahan ilmu kepada kita.
(Eh...dah terkeluar topik pulak ke aku punya entry ni..?)
Sebenarnya apa yang aku nak beritahu dan ingin tekankan dalam entry ini adalah peranan ibubapa terutamanya yang menghantar anak anak ke Aulad atau di mana mana tadika yang menggunakan kaedah phonic seperti kami. Bantulah kami menggalakkan anak membaca. Kami mungkin boleh mulakan dan perkenalkan serta galakkan sedikit sebanyak tetapi kiranya anda ingin melihat anak anak anda membaca buku buku cerita sendiri lebih awal dan lancar maka ada usaha sebagai ibubapa yang perlu anda mainkan di rumah.
It is for your own good!
Thank you..
2 comments:
Tahun ni ckLah dapat budak form 3 yang masih tak tau baca tulis. ckLah guna buku "Bacalah Anakku"...bolehlah sikit2. Hari ni boleh, esok lupa! Melentur buluh biar dari rebung, ni dah jadi buluh kasap!
Sadisnya, bapa budak tu datang sekolah marah ckLah sebab ajar anaknya cam tu. Ya sudahhhh!
Masa PMR, pengawas tolong tulis nama dia..
he he he..
dulu waktu ayah saya jadi cikgu form three dan mengajar kelas ujung ujung, sayalah yang jadi tukang rite kertas periksa anak murid ayah saya tu. Waktu tu saya darjah empat, lima jer..
mana tidak nyer.tulis nama dan salin soklan jer..jawapannya tak dak! ayah kata bagi 5 per 100 jer..sebab hantar kertas dan hadir..!
Yang hantag kertas kosong tak dak nama pun ada..lukis kartunnnn orang lidi..
bayangkan anak anak murid tu dah umug berapa sekarang?
Post a Comment