Saturday, September 27, 2008
Tudung..
Salam..
Antara hari raya yang aku tak boleh lupa ialah hari raya tahun 1981. Tahun 1981 adalah tahun di mana aku mula mula berjinak jinak menutup aurat. Dengan kata lain, pakai tudung.
Walaupun pada waktu itu aku rasa tudung aku tu tak lah sempurna mana tapi paling tidak aku dah berusaha meletakkan secebis kain untuk cover bahagian rambutku. Jika dibandingkan dengan kawan kawan sekolah aku yang rata ratanya masih tak bertudung hatta masih ber'short' sewaktu riadah petang, keputusan aku untuk bertudung bukanlah suatu perkara yang mudah buatku.
Maka pada hari raya tahun 1981 itu, aku mula menggayakan fesyen bertudung ke mana sahaja aku pergi. Aku bersama kakakku yang telah bertudung juga mula mencari cari kain tudung yang sesuai untuk digandingkan dengan baju kami. Sewaktu itu mencari kain tudung bukanlah perkara yang mudah kerana kaum wanita dalam masyarakat rata ratanya tak bertudung.
Bagi kakakku yang bersekolah agama di Ipoh, memakai tudung adalah suatu kemestian bagi pelajar sekolahnya lantas memakai tudung buatnya adalah suatu perkara yang normal ketika itu. Tudung sekolah pula terpaksa di jahit sendiri. Di kedai memang tidak di jual.
Tapi bagi aku yang bersekolah SAINS di Perlis sana, memakai tudung adalah perkara yang ODD dan dipandang sebelah mata oleh kebanyakkan guru aku sewaktu itu. It was quite hard for me to deal with the teachers especially cikgu P.E and cikgu Sains rumahtangga.
Masalah dengan cikgu P.E yang garang dan non-muslim itu ialah pelajar perempuan under 15 diWAJIBkan memakai short sewaktu P.E class sedangkan waktu itu aku baru berusia 13+ jadi aku sering dilabelkan sebagai pelajar paling ketegag dan suka bertekak dengan cikgu..
Excuse me..tapi aku mempertahankan prinsip agama aku ye..Oh well....aku mungkin agak rebellious sikit ketika itu..
Dengan cikgu Sains Rumahtangga pula, yang paling tak tahan sekali ialah (tak tahu prinsip mana dia pakai ) dia memaksa kami semua memakai Pinnafore..baju skirt berwarna biru muda (yang sekarang ini hanya dipakai oleh pelajar non muslims) ketika kelas memasak sewaktu subjek Sains Rumah Tangga. Cikgu ini pula bukannya non muslim tetapi MEMAKSA kami pakai pakaian sebegitu. Dengan cikgu ini pun, nama aku naik sebagai pemprotes.
Tapi akhirnya kelas kami rata ratanya memakai baju kurung sewaktu memasak..Alhamdulillah..( alasan yang aku beri..mak kami semua masak di rumah pakai kain batik pun cekap lagi sedap masakannya..tak payah pakai PINNAFORE pun)
Sekarang ini kebanyakan anak anak muda dah tak pelik atau janggal, bertudung. Dibandingkan dengan tahun tahun yang aku terpaksa lalui di sekolah dulu, anak anak sekarang sepatutnya merasa lebih beruntung dapat bertudung ke sekolah, ke kolej atau ke mana saja.
Soalnya sekarang, aku rasa ada baiknya anak anak muda sekarang memikirkan juga cara terbaik untuk cover their body dengan pakaian yang sesuai untuk matchkan dengan tudung yang menutupi kepala...
Err..Mungkin kerana aku lihat kebanyakan pakaian yang anak gadis sekarang pakai, macam tak berapa muat dengan tubuh badan mereka..Walaupun rata rata mereka ini memakai tudung di kepala..
Entahlah..
wallahualam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Pada tahun 1973 seorang junior di stf mula-mula pakai tudung. Kami pandang serong. Kami cakap budak ni songsang. Habis budak tu kami kutuk-kutuk. Betapa jahilnya kami ketika itu.
Post a Comment