Friday, September 05, 2008

Apa nak jadi dengan kampungku..

Salam,

hari Rabu kelmarin aku membeli akhbar Kosmo! Sebenarnya aku bukanlah peminat akhbar ini. Jarang jarang sangat aku membelinya. Entah..dalam tahun ini ada dua tiga kali sahaja aku membelinya. Aku sekadar ingin membaca berita yang aku memang mahu baca.


Muka depan Kosmo! terpampang tajuk berita "Lambaian Akhir". Berita tergempar mengenai seorang bekas ketua kampung yang mati ditembak setelah menghantar dua anaknya ke sekolah. Kebetulan kejadian berlaku di hadapan sekolah anaknya sendiri. Yang menyeramkan aku, segala barang barang yang berkemungkinan besar kepunyaan pembunuh dijumpai hanya beberapa meter sahaja dari rumah ibuku di kampung Bukit Putus itu. Soalnya sekarang, bagaimana perasaan ibuku yang tinggal keseorangan di kampung. Kalau aku, pasti aku tidak senang duduk di rumah itu. Dan pastinya ibuku juga begitu..


Kejadian kejadian samun rompak semakin berleluasa. Kenapa? Aku pun kurang pasti. Apakah keadaan yang membuatkan manusia tidak berfikir panjang? Atau apakah nyawa manusia sudah semakin murah, lebih murah daripada harga minyak? Entahlah..


Pada hari yang sama juga aku menerima sms dari adikku. Ibuku terjatuh sewaktu berkejar turun daripada bas yang dinaikinya dari Taiping. Aku membalas sms adikku bertanyakan kenapa ibuku menaiki bas sedangkan selalunya ibu memandu kereta sendiri.


Adik memberitahu, ibu dari rumah kakakku. Sewaktu pergi, ibu menumpang kereta adikku. Cumanya aku musykil kenapa dan mengapa ibu terburu buru turun dari bas hingga terjatuh.

Adik menjawab, " Mak nak turun cepat sebab ada perompak yang acu pisau kat penumpang lain".



Hmm...apa nak jadi dengan kampungku sekarang..?

No comments: