Salam,
Hari ini Selangor cuti. Cuti sempena Nuzul Quran. Pagi ini juga di Surau Assobah ada kuliah subuh. Alhamdulillah..aku tak tersandar di tiang atau di dinding terangguk angguk. Pagi ni sekelumit pun aku tidak tersengguk meskipun suara Ustaz Khusyairi dari Soghomban itu volumenya agak rendah. Sayup sayup..Rezeki aku gamaknya..
Topik kuliah hmmm..berlegar legar sekitar Ramadhan dan juga lebih kepada taddarus Al-Quran. Oleh kerana dalam Ramadhan ramai yang merebut membaca Al-Quran, dan hari ini pula cuti Nuzul Quran maka topik tentang pembacaan Al-Quran inilah yang difokuskan. Begitulah..
Di samping mengupas sedikit sebanyak tentang pembacaan Al-Quran, keperluan meningkatkan mutu bacaan, belajar dengan berguru dalam pembacaan Al-Quran, memuliakan orang yang mempunyai bacaan Al-quran yang bagus dan sebagainya maka tersebutlah nama Syeikh Jibril..
Dalam kuliah ini , Ustaz Khusyairi bercerita (seadanya..yang boleh aku kutip);
"Syeikh Jibril adalah seorang qari Al-Quran yang terkenal di seantaro dunia. Mutu bacaannya sungguh baik dan sewaktu Ramadhan beliau sering mendapat jemputan dari seluruh dunia untuk datang mengimamkan tarawih. Sukar untuk mencri kesalahan dalam pembacaan Syeikh Jibril. Lentuk lagunya pula begitu sedap dan kena pada bacaan sehinggakan bagi mereka yang memahami bahasa Arab boleh merasai getaran message yang hendak di sampaikan dalam Al-Quran".
Hmm..aku biasa juga berebut solat terawih di Masjid Bukhari, Alor Setar dalam tahun 2004 sewaktu aku di sana kerana pada malam tu Syeikh Jibril datang mengimamkan solat. Punya ramai orang, nak cari parking pun susah... Almost tiap tiap malam Ramadhan, aku solat terawih di Masjid Bukhari tu, parking biasa biasa saja tapi pada malam Syeikh Jibril datang..luar biasa jumlah orang yang datang..Nak cari space untuk solat pun susah...kena berebut.
okay..sambung balik cerita dari Ustaz..( sibuk nak cerita pasal cerita sendiri..he he..peduli apa..ini blog aku yang punya..selagimana tak kena sita..aku tulis jer..)
Oleh kerana menjadi kebiasaan bagi Syeikh Jibril ini mengimamkan solat di sebuah masjid( nama masjid aku tak catit) pada 10 malam terakhir maka Ustaz Kusyairi ni pun sama berebut pergi ke masjid itu untuk bersolat Tarawih pada 10 malam terakhir. Ketamakan dalam menunaikan ibadah dalam bulan Ramadhan sememangnya dituntut. Jadi ketamakan beribadah di kalangan orang orang Arab juga terserlah dalam bulan Ramadhan.
"Di masjid ini kalau malam malam biasa yang diimamkan oleh imam lain, masjid ini dapat memuatkan 30,000 jemaah tetapi kalau 10 malam terakhir Ramadhan ianya berganda sehingga mencecah 100,000 orang. Melimpahi hingga ke luar masjid dan kawasan sekitar."
Fulamak..kata aku dalam hati..ramainya.
"Bayangkan selepas selesai sahaja solat Isya', anda akan mendengar Pak Arab menyuruh anda berhimpit himpit kehadapan. Penuhkan ruang, penuhkan ruang dalam masjid walhal ruang dah memang penuh dan berhimpit himpit lagi..Maka bayangkan saya yang kerdil ini terpaksa sujud di antara dua tumit orang Arab yang memakai stokin. Dikepitnya kepala saya sewaktu sujud..Kawan saya pula sujud di atas bontot belakang Pak Arab..begitulah keadaanya ruang solat sewaktu Syeikh Jibril ini mengimamkan solat Tarawih di masjid ini pada 10 malam malam terakhir Ramadhan..Tamak halobanya orang orang Arab berebut beribadah.."
Well..macamana keadaannya pula di Malaysia.
Alahai..
5 malam pertama jer berkobar kobar semangat solat Terawih sehingga melimpah ruah. 10 malam terakhir Ramadhan pula, masjid dan surau kembali tenang..dan sebaik sahaja berakhirnya Ramadhan, surau dan masjid bukan sahaja tenang tetapi lengang..
Yang meriah dan imarah..depan TV dalam rumah sendiri...
alahai...alahai...
No comments:
Post a Comment