Tuesday, September 09, 2008

Orang memberi, kita merasa..

Salam,

Di bulan bulan puasa begini, ramai jiran jiranku yang sering memberi itu dan ini pada keluarga kami. Alhamdulillah..syukur aku kepada Allah kerana mendapat jiran jiran yang baik baik belaka. Jarang sangat aku dengar ada jiran jiran di keliling kelalangku yang bergaduh. Selama 13 tahun aku menetap di sini, tak pernah sekalipun rasanya aku dengar. Kalau ada pun mungkin tersilap faham sedikit.. Itupun tak ada yang berlama lama. Tambahan pula setiap tahun persatuan kejiranan Pinggiran Assobah yang sebanyak 50 pintu ini, sentiasa membuat keraian menyambut hari raya. Dan ketika itu jugalah kami semua berkesempatan untuk bersemuka untuk meminta maaf dan bersembang mesra.


Surau Assobah yang terletak dipinggiran jalan ini juga memainkan peranan besar menyatukan kami semua. Bukan sahaja jemaah Persatuan penduduk Pinggiran Assobah dapat berjemaah bersama, tetapi juga dapat berjumpa dengan jemaah sekitar yang tinggal berhampiran.


Alangkah indahnya bila aman damai begini. Itulah yang membuatkan aku tidal mahu berpindah ke mana mana. Sukar mencari kejiranan yang sebaik begini.


Kelmarin, Kak Z sebelah rumah aku memberi sehelai kain sekolah yang begitu elok kepada anakku, Raudhah yang masih darjah satu itu. Kain sekolah itu sememangnya kain terpakai tetapi masih elok benar.Mungkin kerana anak perempuannya hanya seorang dan sudah besar pula. Gamaknya dilihat pakaian sekolah anakku teruk benar...ha ha ha ..maklumlah Raudhah pakai kain turun temurun dari kakak kakaknya..


Hari apatah kelmarin, aku dapat buah tembikai pemberian Kak Zah depan rumah. Hmm...sedap sungguh buah tembikai takkala berbuka puasa. Nak nak pula diberi oleh orang.. Tapi aku tak dapat membalas apa apa lagi untuk kak Zah. Tengoklah kiranya ada kuih muih yang rajin aku buat sikit hari ni..


Beberapa hari sebelum bulan puasa pula, orang gaji Makcik Bibah hujung jalan bawa banyak sayur mayur. Ada sawi China, ada lada benggala, ada kobis, ada kacang panjang, buncis dan sejenis dua lagi. Anaknya bekerja di ladang sayur. Maka banyaklah sayur mayur yang tak habis dijual yang diperolehinya dari tuan punya ladang..Maka aku sekeluarga pun turut merasa sama..


Itu belum cakap tentang musim buah..Aku tak payah beli rambutan,rambutan,cempedak...Ada ada saja jiran dan kawan kawan yang memberi.



Al maklum rezeki anak ramai. Beginilah...Alhamdulillah...

No comments: