Salam,
Si kecil Mawaddah makan biskut bergula..bertaburan biskut di atas lantai. Gula pasir di biskut pun bertaburan. Bersepah..dan tak sampai lima minit datanglah sang semut hitam berkerumuni taburan gula yang bersepah di lantai.
Hmm..sememangnya sang semut menyukai gula. Manisan yang cukup menggamit rasa. Tapi wahai sang semut berhati hatilah. Kematian kau juga mungkin disebabkan oleh gula yang menggamit ini. Aduhai..mati semut kerana gula, kerana semut gula terbuang..
Kuasa bagaikan gula bagi manusia.. Imbuhannya juga bagaikan gula bagi manusia.
Perebutan kuasa antara manusia umpama perebutan gula antara semut semut. Manisan yang mengasyikkan boleh menjadi sebab musabbab terkorbannya sang semut. Imbuhan juga boleh menyebabkan terkorbannya jiwa manusia dalam perebutan kuasa..
dari itu, wahai manusia..fikirkanlah..
Apakah nilai harga dirimu sama seperti nilaian sang semut yang tidak berakal dan melata di muka bumi itu?
No comments:
Post a Comment