Monday, September 29, 2008

Beraya di perantauan..



Salam,

Aku besa beraya kat obersi 3 tahun. Waktu tu aku belajag kat sana. Posa kat sana kalau musim panas memang letih..(bebudak sana kata la). Tapi waktu aku dok kat sana, tak silap aku, bulan posa mostly waktu spring. Musim bunga..jadi tak la letih sangat aku puasa. Siang tak la panas sangat. Cuaca elok elok jer..

Dalam tahun pertama aku di sana, 1988, aku pi beraya ke rumah kawan sekolah lama aku kat Evansville, di Indiana. Entah berapa jauh dari Chicago..aku tak ingat. Tapi sebaik saja habis semester spring 1988 tu, dah dekat dekat nak raya. Kebetulan cuti pulak. Aku terus saja naik bas Greyhound sorang diri ala ala balik kampung turun ke Indiana.

Seronok juga dapat naik bas ala ala balik kampung. Tapi yang tak best nya, tiap kali bas tu berhenti singgah makan, aku dok telan ayag liog sebab masih berpuasa. Sampai pakcik omputih drebar bas tu heran tengok aku tak makan makan atau minum sepanjang perjalanan. Asyik mengholoh tidog jer. Bila dia tanya; "Why don't you eat something?" or "Don't you want to have something to eat"..aku senggih jer..
Aku jawab; "I am fasting".. tapi entah kenapa Pakcik ni masih tak faham faham, setiap kali berhenti, dia masih tanya aku nak minum ke tidak. Rupanya concerned juga pakcik Omputih ni. Jangan la dok kata omputih ni semuanya tak elok. Ada yang akhlak dan keperihatinan mereka lebih baik dari kita orang orang Melayu.

Oh ya..sebab apa pakcik drebar ni asyik tanya aku nak minum ke tidak, atau nak makan ke tidak...sebabnya aku dok belakang drebar waktu naik bas tu so dia tau aku tak turun makan melainkan pi toilet buang air ngan ambik wudu' solat atas bas..

Naik bas ke Evansville tu agak lama juga. Bas pulak tak dibawa laju macam bas express kat Malaysia ni. 9 jam aku tersadai dalam bas. Boring nak mampuih..Takdak tv. Takdak radio. Bas pulak singgah merata cherok. Lagu tu la bas depa ambik penumpang. Singgah merata..Aku sampai di Evansville dekat dekat nak waktu bukak posa. Pegrhhh..Kematu rasa pungkog dok lama sangat dalam bas. Boring sebab tak dak teman nak sembang. Yang ada cuma pakcik drebar bas tu jer sekali sekala.

Mujurk kawan aku dah masak sedap sedap bila saja aku sampai..Tengok dah ada nasi ayam, kawan aku masak. Ada juga puding jagung..Wah..apa lagi, masuk waktu buka posa jer, aku tibai sakan.

Aku sempat berpuasa 2 hari kat rumah kawan aku tu. Lepas tu kami beraya. Kakak kakak serumah kawan aku tu siap buat kuih muih dan kek untuk sambut raya. Aku tak ingat ada ketupat nasi atau tidak. Rendang ada atau tidak tak penting..Tapi kami bersolat raya di satu rumah. Semua budak Melayu berkumpul di situ untuk solat raya. Lepas solat, kami beraya. Kunjung sana, kunjung sini. Kira round semua rumah students.

Wah..masing masing buat juadah hebat hebat. Yang Kelantan dengan nasi kerabunya..Yang Johor, dengan laksa johornya..yang Penang dengan laksa penangnya..siap ada yang buat sate lagi.

Macamana dapat bahan?? Dan macamana depa buat??..mengikut kreativiti masing masing la..Dah nama pun di perantauan. Pandai pandai la buat. Sedap atau tidak, belakang kira..Semuanya students. Tak sedap pun kami tibai. Kalau sedap, tambah lebih sikit. Bukan senang nak dapat makan macam ni. Sekali sekala jer.

Memanglah tak boleh dibandingkan dengan masakan ibu di kampung. Tapi apakan daya. Dah merantau mencari ilmu..Begitulah seadanya..


Dan itulah kisah tahun pertama aku beraya di perantauan.



Sunday, September 28, 2008

Raya di mana?

Salam,

Soalan cepumas...Raya di mana tahun ini?

Seperti biasa biasa juga..seperti tahun tahun yang lalu juga..

Kalau aku balik sehari sebelum puasa, maka raya pertama di Ipoh rumah mak mertua, raya kedua di Semanggol rumah mak aku dan raya ketiga di Sg Petani rumah Pak mertua...

Kalau balik dua hari sebelum raya, maka hari memasak rumah mak mertua, raya pertama rumah mak aku, raya kedua rumah pak mertua.

Tapi kali ni rasa rasanya susah sikit nak adjust..sebab HARI SELASA (katakan hari Rabu raya), suami aku masih kerja LAGI!!

So hari rabu masih tersadai di Bangi..Mungkin lepas solat raya baru bertolak balik Ipoh...Tapi raya kedua nak ke rumah Semanggol agak leceh juga..

SURE PENUH SESAK..

Traffik nak masuk bilik air, sure jam pepagi...aaahhh leceh..

Raya KETIGA ada kenduri..kan kan kan...aku dah kata, Mak aku nak nikah semula!!
kalau raya kedua balik rumah mak aku, leceh nak cari tempat tidur dengan nak masuk bilik air..

Anak mak 7 orang, 5 menantu, cucu 25 orang...tambah kalau nak kenduri pulak ni campur ngan adik adik mak aku yang mungkin datang berpasangan dan keluarga masing masing..aaahh campur ngan abang mak aku +++ngan keluarga anak pinak masing masing..aaahh..sesak, for sure sesak...

Anak aku dah la perempuan belaka..Dah besar besar pulak tu...aurat kena jaga..takkan nak bersesak sesak tempat tidur ngan sepupu sepapat yang lelaki..

LECEH....LECEH...

Setiap kali ada kenduri nampaknya, bersepai lagi duit suami aku menyewa bilik di Bukit Merah Lake Town...

tapi aku rasa baik bertolak raya kedua...

Raya kedua rumah mak mertua..
Raya ketiga, lenggang kangkung pergi makan kenduri jerr..
ha ha ha..
( tak payah susah susah nak masak ke apa ke..ha ha ha..buat buat macam tetamu...)

Lepas tu balik ke Bangi semula sebab anak dah nak kena hantar ke sekolah asrama semula...dan nak mengelakkan jammed hari sabtu dan ahad..

kut kut la jumaat tu larat nak mengangkut anak pinak semula ke Bangi...

aaaahhhhh....senang nye hidup....kalau le boleh aku lakukan...


Saturday, September 27, 2008

Tudung..


Salam..

Antara hari raya yang aku tak boleh lupa ialah hari raya tahun 1981. Tahun 1981 adalah tahun di mana aku mula mula berjinak jinak menutup aurat. Dengan kata lain, pakai tudung.

Walaupun pada waktu itu aku rasa tudung aku tu tak lah sempurna mana tapi paling tidak aku dah berusaha meletakkan secebis kain untuk cover bahagian rambutku. Jika dibandingkan dengan kawan kawan sekolah aku yang rata ratanya masih tak bertudung hatta masih ber'short' sewaktu riadah petang, keputusan aku untuk bertudung bukanlah suatu perkara yang mudah buatku.

Maka pada hari raya tahun 1981 itu, aku mula menggayakan fesyen bertudung ke mana sahaja aku pergi. Aku bersama kakakku yang telah bertudung juga mula mencari cari kain tudung yang sesuai untuk digandingkan dengan baju kami. Sewaktu itu mencari kain tudung bukanlah perkara yang mudah kerana kaum wanita dalam masyarakat rata ratanya tak bertudung.

Bagi kakakku yang bersekolah agama di Ipoh, memakai tudung adalah suatu kemestian bagi pelajar sekolahnya lantas memakai tudung buatnya adalah suatu perkara yang normal ketika itu. Tudung sekolah pula terpaksa di jahit sendiri. Di kedai memang tidak di jual.

Tapi bagi aku yang bersekolah SAINS di Perlis sana, memakai tudung adalah perkara yang ODD dan dipandang sebelah mata oleh kebanyakkan guru aku sewaktu itu. It was quite hard for me to deal with the teachers especially cikgu P.E and cikgu Sains rumahtangga.

Masalah dengan cikgu P.E yang garang dan non-muslim itu ialah pelajar perempuan under 15 diWAJIBkan memakai short sewaktu P.E class sedangkan waktu itu aku baru berusia 13+ jadi aku sering dilabelkan sebagai pelajar paling ketegag dan suka bertekak dengan cikgu..
Excuse me..tapi aku mempertahankan prinsip agama aku ye..Oh well....aku mungkin agak rebellious sikit ketika itu..

Dengan cikgu Sains Rumahtangga pula, yang paling tak tahan sekali ialah (tak tahu prinsip mana dia pakai ) dia memaksa kami semua memakai Pinnafore..baju skirt berwarna biru muda (yang sekarang ini hanya dipakai oleh pelajar non muslims) ketika kelas memasak sewaktu subjek Sains Rumah Tangga. Cikgu ini pula bukannya non muslim tetapi MEMAKSA kami pakai pakaian sebegitu. Dengan cikgu ini pun, nama aku naik sebagai pemprotes.
Tapi akhirnya kelas kami rata ratanya memakai baju kurung sewaktu memasak..Alhamdulillah..( alasan yang aku beri..mak kami semua masak di rumah pakai kain batik pun cekap lagi sedap masakannya..tak payah pakai PINNAFORE pun)


Sekarang ini kebanyakan anak anak muda dah tak pelik atau janggal, bertudung. Dibandingkan dengan tahun tahun yang aku terpaksa lalui di sekolah dulu, anak anak sekarang sepatutnya merasa lebih beruntung dapat bertudung ke sekolah, ke kolej atau ke mana saja.

Soalnya sekarang, aku rasa ada baiknya anak anak muda sekarang memikirkan juga cara terbaik untuk cover their body dengan pakaian yang sesuai untuk matchkan dengan tudung yang menutupi kepala...

Err..Mungkin kerana aku lihat kebanyakan pakaian yang anak gadis sekarang pakai, macam tak berapa muat dengan tubuh badan mereka..Walaupun rata rata mereka ini memakai tudung di kepala..

Entahlah..
wallahualam..




Friday, September 26, 2008

Kriiinggg..kringggg..hellooo


Salam,

Semalam aku dapat missed call dari satu nombor. Aku pun call balik nombor yang familiar tu..

"Hidayah..husband hidayah kerja bank kat head office kan?"

Aku tau sangatlah maksud seterusnya kehendak si pemanggil inginkan selepas itu...
Ha ha ha..WEH..Nak tukag duit raya baru RM singgit!!

Minggu dah last iminute ni wehh...kat mana mana branch bank pun beratur panjang..Dah le tu..tak semestinya dapat..Staff bank pun jenuh mencari kalau dah last last minute ni...

Orang semua dah dapat gaji..Faham faham aje le..
Minta maap..tak dopet le den nak nolong...

smile...

Wednesday, September 24, 2008

Libang libong..

Cerita yang aku nak sampaikan kat hangpa semua adalah sebuah cerita rekaan semata mata tapi mungkin pernah dilalui oleh hangpa juga..

Di dalam sebuah kampung ada sebuah rumah yang didiami oleh seorang makcik dan keluarganya. Makcik ni namanya Makcik Piah. Makcik Piah sangat terkenal di seluruh kampungnya. Bukan terkenal kerana kecantikkannya sebab dia bukanlah lawa mana pun, bukan juga terkenal sebab kebecokan mulutnya sebab makcik ni agak tak ramah, bukan bukan bukan..... akan tetapi makcik ini terkenal dek kerana kebakhilannya..kira macam kelaku Hj Bakhil dalam cerita P Ramlee lah gamaknya..

Makcik Piah ini sungguh berhati hati dengan hartanya. Setiap sen yang dibelanjakannya akan dicatitkan dalam buku kecil yang sering dibawanya ke sana dan ke mari. Aku kata setiap sen makna kata sekupang ka, dua kupang ke, kalau dia beli apa apa pasti dia catit..Kira baguih juga makcik ni sebab dia boleh jadi meticulous accountant tau..
Buku kecilnya itu sentiasa berada disisinya saban waktu.

Makcik Piah ini kerjanya taklah begitu susah, kerjanya hanyalah menjual kelapa. Dia mempunyai ladang kelapa yang agak luas kira kira 3 ekar. Kiranya jadi towkey jual kelapa la..Ada kelapa tua yang dijualnya untuk santan. Ada juga kelapa muda yang dijualnya untuk air kelapa.

Tetapi apa yang buat dia terkenal ialah perangainya yang susah nak berlebih kurang. Kalau dengan duitnya susah sangat nak dilebihkan sikit pada pekerjanya. Kalau pekerjanya bekerja lebih masa mengutip buah buah kelapanya, gaji yang diberikan tetap sama.

Kadangkala pekerjanya merungut juga..keringat peluh mengalir keluar..letih penat tak dihargai..Buah buah kelapa yang berlebihan tak terjual juga, tak diberikan walau sedikit pun pada sesiapa sebaliknya katanya hendak dibuat benih..Kepada pekerjanya juga tak diberikan..memang albakhil bt kedekut benarlah si Makcik Piah ni.

Makcik Piah tak mempunyai ramai anak tetapi mempunyai agak ramai cucu. Tetapi anak anak makcik Piah yang bertiga itu pun sudah masak benar akan perangai makcik Piah. Cucu cucunya pun sudah maklum benar dengan perangainya yang amat berkira.

Pada satu hari raya, Makcik Piah pernah memasak dua ketul nasi impit dan sejemput kuah kacang untuk dini'matinya seorang diri. Dia tak peduli untuk memasak atau menjamu anak anak dan cucu cucunya. Pada hari raya makcik Piah lebih senang menutup pintu dan mematikan diri seorang diri dari kunjungi oleh anak anak jiran kelilingnya.

"Menyusahkan.."katanya.
"Budak budak ni nak duit raya ja..Bukan nak mai makan.Habis duit aku nanti.."katanya lagi.

Anak anak dan cucu cucu Makcik Piah juga tidak senang dengan perangai sombong lagi kedekut Makcik Piah ini tapi alangkah malangnya mereka terpaksa menghadapi kerenah ibu mereka sendiri.

Entah macamana nak dijadikan cerita..suatu hari Makcik Piah jatuh sakit. Sakitnya pula menyebabkan dia terpaksa dibawa ke hospital. Maka melolong lolong lah Makcik Piah ni tak nak dihantar ke rumah sakit.

" Aku tak nak mati kat hospital. Aku tak nak pergi hospital..Menyusahkan aku..Siapa nak jaga rumah aku.." jerit makcik Piah pada anak anaknya.

Setelah puas dipujuk oleh anak anaknya maka mereka mengambil keputusan untuk menjaga Makcik Piah sendiri. Tetapi makcik Piah terpaksalah mengikut salah seorang dari mereka ke rumah anaknya.

Walaupun bersungut, makcik Piah akhirnya bersetuju untuk dijaga buat sementara waktu di salah sebuah rumah anaknya.
Maka dikemaskan barang barangnya sehingga pelik benar anak anaknya melihat diri Makcik Piah. Dikemasnya barang barangnya seolah olah nak diangkut semua harta benda yang berada di rumahnya itu ke rumah anaknya.
Maka ditanya oleh anaknya,

"Mak ni nak pindah terus ke atau nak dok sat jer kat rumah kami?"
"Aku nak dok 3 hari ja.." jawab makcik Piah.
"Habis tu, awat yang mak berkemas semua barang mak macam nak pindah semuanya sekali?" tanya anaknya lagi.
"Aku takut sat lagi ada pencuri ka sapa ka ambik barang aku..Ni semua ada harga belaka ni.."

Terdiam anak makcik Piah..

"Mak toksah la dok angkut semua barang barang tu..Takkan talam, pinggang mangkuk pun mak nak angkut..Nak letak kat mana kat rumah saya tu..Mak berkemas baju sudah lah."

Setelah puas memujuk makcik Piah maka dibawalah serba sedikit bajunya tetapi puaslah anak anaknya mendengar rungutan dan bebelan makcik Piah yang sayangkan hartanya itu.

Tibalah saat anak anaknya mengangkut barangan ke dalam kereta pula. Ada satu beg makcik Piah beratnya mengalahkan membawa ketulan batu. Berdeih deih anaknya mengangkat beg yang kecil tapi berat. Rasa macam nak putuih urat belakangnya.

"Apa dalam beg mak tu bang.Berat sangat nampaknya.." tanya si isteri.
"Entahlah..Nanti abang tengok"

Maka dibukalah beg yang berat itu oleh anak makcik Piah tadi. Maka terkejutlah dua suami isteri itu melihatkan apa yang terkandung di dalam beg itu tadi. Didapati oleh kedua duanya, beg itu sarat dipenuhi dengan duit syiling yang berbagai. dari syiling satu sen hinggalah ke syiling RM 1....

Hmmmm....

soalan saya " Adakah anda pun begitu jua?"...



Tuesday, September 23, 2008

Maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan..

Salam,

" Ar-Rahman..(Yang Maha Pemurah), Yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia menciptakan manusia, Mengajarnya pandai berbicara.... )"

petikan maksud dari Surah Ar-Rahman ayat 1-4.

Semalam Imam muda yang mengimamkan Solat Terawih di Assobah sudah membaca ayat sehingga ke Surah ArRahman. Surah ini adalah antara surah yang paling menyentuh hati aku. Entah kenapa..Mungkin sebab ayat pertanyaan direct dari Allah tentang ni'mat ni'mat yang telah di berikan kepada makhluk yang bernama manusia ini diulang ulang dan diulang ulang beberapa kali .

Allah menyatakan ni'mat begini begini..ditanya pada manusia...Dari pada ni'mat ni'mat ni, yang mana yang kamu dustakan..Ditanya lagi ..ditanya lagi..ditanya lagi..

Eh..tak tersentuh ke hati kita? Allah bertanya direct..

Ya..
Allah dah bagi kita macam macam..
Ni'mat bernafas, ni'mat berkata kata, ni'mat hidup ..

dengan segala macam tanaman,pokok pokok..bunga bungaan,buah buahan yang dapat kita ni'mati...

Allah bagi kita ni'mat berjalan ke sana ke mari..dengan berkenderaan darat, laut dan udara..untuk kita pergi ke seluruh dunia..tak cukup bumi, lewat angkasa kita jelajahi..

Allah dah bagi segala jenis perhiasan..dari batu arked yang macam tak de herga sehinggalah kepada batu berlian yang mahal berkilauan. Tak kurang juga perhiasan dari mutiara yang tersembunyi dalam lautan...ada mutiara hitam, putih, putih susu,
perak dan sebagainya...

Allah jadikan adanya air masin dan air tawar..dan kita boleh ambil banyak ni'mat ni'matNya dari kedua duanya dan Allah pertemukan di antara kedua duanya tetapi yang satu tidak mempengaruhi yang satu lagi..

Eh..Alangkah hebatnya Allah!!

dan seterusnya dan seterusnya Allah bertanya lagi;

"Maka ni'tmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Alangkah bebalnya hati kita kalau kita masih tidak tersentuh dengan surah ini..Allah bertanya tanya..Takkan kita ni tak boleh nak jadi hamba yang bersyukur kalau begitu banyak dan luasnya kejadian Allah untuk kita ni'mati.

Allah jadikan seluruhnya untuk kita ..untuk kesenangan kita di dunia dan akhirat..
Takkan nak patuh suruhan Allah masih kita ingkari sebab nun di sana...Allah dah sediakan..berjuta ni'mat khusus untuk kita..???

Ish..ish..masih bebalkah kita ini? Masih tak tahu diuntung??
Ke bebalnya kita sebab tak terlintas nak menyelak nyelak erti kandungan yang tersembunyi dalam Al-quran??


wallahualam..

Monday, September 22, 2008

Beratnya tugas cyber security..

Salam,

Aku saja try search kut kut ada blog adik beradik aku dalam bloggers ni..Almaklum..semuanya celik IT. Pakar IT memang dah ada dah..Sebab tu aku diam diam jer buat blog ni..Aku buat ni pun sebab aku tak tau nak buat apa dalam tahun 2006 dulu..Time tu pulak aku dapat line free..

He he..macamana aku boleh dapat signal free tu, kira rezeki aku la kan..6 bulan dapat free. Lepas tu dah kena block!! Gamaknya tuan punya signal dah perasan ada parasit menumpang sekaki kut..

Adik ipar aku memang boleh track down blog aku ni..tapi itupun kalau dia ada masa nak track la..Dah tugas dia pun men'track' bloggers, hackers, virus bla bla bla..macam polis cyber jer tugas dia..Kira SB in cyber world..

Dia pernah kasi warning dulu..jangan dok reveal too much in cyber world sebab nanti hackers ke menda menda ke, orang yang bijak pandai menipu ni cukup ramai gak dalam cyberworld ni katanya..Yang rajin tapi ada udang di sebalik mee kerajinan dia tu, sampai habis ke lubang cacing dikumpulnya maklumat kita..Dia boleh track sampai ke nombor account.

Aku kata okaylah..

Tapi yalah..kita kalau dah menulis tu, suka juga mereveal lebih sikit...aku kira, janji tak ada account bank aku yang kena hack sudah..

So sesapa pun jua out there..beware lah ye..

dan oh ye...

Siapalah gamaknya adik ipar aku tu?..
Ehmmm..siapa siapa pun lah namanya..


Saturday, September 20, 2008

Me and my mom..

Salam..

sebenarnya saya tak suka menulis dalam bahasa Inggeris..I prefer to write in Malay Language. I can express my feeling better in my own language..but entah macamana teringin pula nak jot down dalam bahasa Inggeris pulak..sorry if I make some grammar mistakes. It was such a long time ago that I really wrote an English essay..Lamanya la aku tak nulis dalam bahasa ni....bila agaknya aku pun dah tak ingat.

I read newspapers, books, essay in English and understand them very well but unfortunately, I hardly do the writing..ha ha ha...jenuh aku punya English..dah tonggang langgang..topsy turvy..

Anyway..this is my short story of "Me and My mom"..enjoy..:-

................................................

My mom is 'one in a million'. She is an extremely self-reliant and diligent person. In fact, when she was young, she not only cooked for her family but also grew the 'padi huma' herself!

I was on my way out one morning when mom's words, like bullets, suddenly struck me.

"Where are you going?" asked mom.
"To buy nasi lemak, of coz," I replied.
"Beg your pardon?"said mom.

At first, I thought mom had not heard me but the look in her eyes told me she meant something else.

"You are not going anywhere young girl. Let's go straight to the kitchen and learn how to make nasi lemak and sambal tumis. Period!"

The words stunned me but I stayed on and helped my mom preparing the dishes. I measured some pots of rice, pressed some grated coconut until its milk came out, cooked the coconut milk with the rice, pounded some dried chilies and finally made sambal tumis.

The chores, of course, were tough especially for a sixteen-years-old teenager but to be honest, I felt really proud and great that morning.
We both had yummy-and-tasty nasi lemak sambal tumis and I ate it quietly , felt a little difference inside me.

I was keeping an eye out for my younger brother to instruct him to do the dishes after that when I spotted a big 'NO' in one of my mom's eye and 'SELF-RELIANCE' in the other.

Finally, half-heartedly, I went to the kitchen myself and did all the dishes including the pot and the wok.

Later that night, I went to my room, sat on my bed and thought about what my mom had done to me that morning: she had taught me an important lesson; "BE SELF RELIANT whenever you can and always be DILIGENT."

It is a lesson I will treasure all my life.

"Mom, 'thank you' is all I can say...quietly...."


sekian..




Friday, September 19, 2008

Ramadhan oh ramadhan

Salam,

Hari ini terasa letih benar..
Hujung hujung Ramadhan ini benar benar menguji.

Panas terik..Aduh..

Ya rabbi, berilah aku rahmatMu..
Ya Allah, berilah aku kekuatan meneruskan ibadahku..
Ya Rahim..Ya Rahman..Ya Zal Jalali wal Ikram..



Wednesday, September 17, 2008

selitan cerita dari kuliah subuh.. Syeikh Jibril

Salam,

Hari ini Selangor cuti. Cuti sempena Nuzul Quran. Pagi ini juga di Surau Assobah ada kuliah subuh. Alhamdulillah..aku tak tersandar di tiang atau di dinding terangguk angguk. Pagi ni sekelumit pun aku tidak tersengguk meskipun suara Ustaz Khusyairi dari Soghomban itu volumenya agak rendah. Sayup sayup..Rezeki aku gamaknya..

Topik kuliah hmmm..berlegar legar sekitar Ramadhan dan juga lebih kepada taddarus Al-Quran. Oleh kerana dalam Ramadhan ramai yang merebut membaca Al-Quran, dan hari ini pula cuti Nuzul Quran maka topik tentang pembacaan Al-Quran inilah yang difokuskan. Begitulah..

Di samping mengupas sedikit sebanyak tentang pembacaan Al-Quran, keperluan meningkatkan mutu bacaan, belajar dengan berguru dalam pembacaan Al-Quran, memuliakan orang yang mempunyai bacaan Al-quran yang bagus dan sebagainya maka tersebutlah nama Syeikh Jibril..

Dalam kuliah ini , Ustaz Khusyairi bercerita (seadanya..yang boleh aku kutip);

"Syeikh Jibril adalah seorang qari Al-Quran yang terkenal di seantaro dunia. Mutu bacaannya sungguh baik dan sewaktu Ramadhan beliau sering mendapat jemputan dari seluruh dunia untuk datang mengimamkan tarawih. Sukar untuk mencri kesalahan dalam pembacaan Syeikh Jibril. Lentuk lagunya pula begitu sedap dan kena pada bacaan sehinggakan bagi mereka yang memahami bahasa Arab boleh merasai getaran message yang hendak di sampaikan dalam Al-Quran".

Hmm..aku biasa juga berebut solat terawih di Masjid Bukhari, Alor Setar dalam tahun 2004 sewaktu aku di sana kerana pada malam tu Syeikh Jibril datang mengimamkan solat. Punya ramai orang, nak cari parking pun susah... Almost tiap tiap malam Ramadhan, aku solat terawih di Masjid Bukhari tu, parking biasa biasa saja tapi pada malam Syeikh Jibril datang..luar biasa jumlah orang yang datang..Nak cari space untuk solat pun susah...kena berebut.

okay..sambung balik cerita dari Ustaz..( sibuk nak cerita pasal cerita sendiri..he he..peduli apa..ini blog aku yang punya..selagimana tak kena sita..aku tulis jer..)


Oleh kerana menjadi kebiasaan bagi Syeikh Jibril ini mengimamkan solat di sebuah masjid( nama masjid aku tak catit) pada 10 malam terakhir maka Ustaz Kusyairi ni pun sama berebut pergi ke masjid itu untuk bersolat Tarawih pada 10 malam terakhir. Ketamakan dalam menunaikan ibadah dalam bulan Ramadhan sememangnya dituntut. Jadi ketamakan beribadah di kalangan orang orang Arab juga terserlah dalam bulan Ramadhan.


"Di masjid ini kalau malam malam biasa yang diimamkan oleh imam lain, masjid ini dapat memuatkan 30,000 jemaah tetapi kalau 10 malam terakhir Ramadhan ianya berganda sehingga mencecah 100,000 orang. Melimpahi hingga ke luar masjid dan kawasan sekitar."

Fulamak..kata aku dalam hati..ramainya.

"Bayangkan selepas selesai sahaja solat Isya', anda akan mendengar Pak Arab menyuruh anda berhimpit himpit kehadapan. Penuhkan ruang, penuhkan ruang dalam masjid walhal ruang dah memang penuh dan berhimpit himpit lagi..Maka bayangkan saya yang kerdil ini terpaksa sujud di antara dua tumit orang Arab yang memakai stokin. Dikepitnya kepala saya sewaktu sujud..Kawan saya pula sujud di atas bontot belakang Pak Arab..begitulah keadaanya ruang solat sewaktu Syeikh Jibril ini mengimamkan solat Tarawih di masjid ini pada 10 malam malam terakhir Ramadhan..Tamak halobanya orang orang Arab berebut beribadah.."

Well..macamana keadaannya pula di Malaysia.

Alahai..
5 malam pertama jer berkobar kobar semangat solat Terawih sehingga melimpah ruah. 10 malam terakhir Ramadhan pula, masjid dan surau kembali tenang..dan sebaik sahaja berakhirnya Ramadhan, surau dan masjid bukan sahaja tenang tetapi lengang..

Yang meriah dan imarah..depan TV dalam rumah sendiri...
alahai...alahai...






gula dan semut..

Salam,

Si kecil Mawaddah makan biskut bergula..bertaburan biskut di atas lantai. Gula pasir di biskut pun bertaburan. Bersepah..dan tak sampai lima minit datanglah sang semut hitam berkerumuni taburan gula yang bersepah di lantai.

Hmm..sememangnya sang semut menyukai gula. Manisan yang cukup menggamit rasa. Tapi wahai sang semut berhati hatilah. Kematian kau juga mungkin disebabkan oleh gula yang menggamit ini. Aduhai..mati semut kerana gula, kerana semut gula terbuang..

Kuasa bagaikan gula bagi manusia.. Imbuhannya juga bagaikan gula bagi manusia.
Perebutan kuasa antara manusia umpama perebutan gula antara semut semut. Manisan yang mengasyikkan boleh menjadi sebab musabbab terkorbannya sang semut. Imbuhan juga boleh menyebabkan terkorbannya jiwa manusia dalam perebutan kuasa..

dari itu, wahai manusia..fikirkanlah..

Apakah nilai harga dirimu sama seperti nilaian sang semut yang tidak berakal dan melata di muka bumi itu?

Tuesday, September 16, 2008

Abah..aku merinduimu..

Salam..

Entah kenapa, semenjak ibu menyatakan persetujuan untuk meneruskan hasrat hatinya bernikah dengan Pak Ak, jiran aku tu, hatiku semakin sayu dan sering terkenangkan abah. Sememangnya kami anak anaknya juga telah bersetuju..tetapi hatiku tetap sayu..


Kekadang aku terpaksa keluar melihat sekitar tercari cari di mana abah sekarang..

Abah..Ida teringatkan abah..
Mungkin terlalu rindu pada suara abah..Mungkin juga terlalu rindu dengan jenaka abah..Mungkin terlalu rindu dengan masakan abah..Terlalu rindu dengan masakan mee udang abah, dengan bingka bawang abah, mungkin juga dengan bubur jagung abah..nak nak dengan ketupat yang abah selalu balutkan setiap kali menjelang syawal..dan kini kami semua tiada lagi merasa mencicah ketupat pulut abah dengan rendang..

Abah..
Ida menulis dengan deraian airmata..tersedu mengenangkan abah..Tangisan kerinduan yang teramat sangat..

Abah..Imbauan Ida terus menerus mengingati saat saat di mana abah mendukung Ida. Di saat Ida terjelepuk demam panas akibat kecacingan. Abah, ingatan itu terus menerus umpama menayangkan filem dalam kotak fikiran ini. Abah, mana mungkin aku melupaimu..Mana mungkin aku melupai saat aku mengeluarkan segala isi perutku di dalam dukunganmu Abah..Muntah hanyir yang dikeluarkan membasahi baju kerjamu. Kau tetap mengayuh basikal membawaku ke klinik kerana aku sakit kuat waktu itu..Engkau bermandikan muntah hanyirku..tetapi kau tetap mendokan kesihatanku..

Abah..kuharapkan Allah mengampunkan segala dosamu abah..Abah, segala pegorbanan terhadap kami semua. Segala nasihatmu buat kami semua anak anakmu..Abah..aku mengharapkan Allah mengasihanimu sebagaimana dirimu mengasihani kami semua terutamanya semasa kami masih kecil..

Ya Allah..berilah belas kasihanMu terhadap abahku..Dia tidak pernah merotani, memukuli.. jauh sekali mencedari dan menderai anak anaknya..Ya Rabbi..kasihanilah abahku di alam sana...oooohhh...berikan kedamaian buatnya di sana..

Monday, September 15, 2008

Terjumpa Blog AZIZI ABDULLAH

Salam,

Entah setelah menyusuri Blog siapa pun aku tak tahu, tiba tiba aku terjumpa pautan untuk ke Blog seorang penulis lama yang aku begitu minati. Blog penulis Azizi Abdullah, novelis, cerpenis yang termasuk dalam senarai MUST READ aku sewaktu di bangku sekolah dulu. Dulu aku benar benar kegilaan mencari cerpen karangan beliau.

Seorang lagi cerpenis, novelis yang menjadi kegilaan aku ialah Khadijah Hashim...Ahhh..aku benar benar asyik masyuk bila membaca cerita cerita karangan beliau juga..Kenapa? Aku pun tak tahu..

Aku pernah menangis tersedu sedu membaca cerita" TERSUNGKAP", "NASINYA TUMPAH", "BILIK ATAS SEBELAH KANAN" cerpen cerpen koleksi Khadijah Hashim..Bahasa yang digunakan..menarik... seolah olah aku berada di tempat kejadian..melihatnya sendiri dan mengalaminya..

"Seorang tua di kaki gunung" novel karya Azizi Abdullah juga menyentuh hatiku..mengingatkan aku pada rumahku di kampung yang juga terletak di kaki gunung...

Aaahh...itu, belum aku sentuh karya karya Puisi Usman Awang..aaahh...menangis aku membacanya..

Indahnya bahasa...dapat menyentuh hati, menusuk ke sanubari...

Saturday, September 13, 2008

cerita kat Mekah lak..

Salam,

Ini pula adalah cerita yang berlaku kat Mekah yang seakan akan sama ngan cerita makcik jual tapai tadi..cerita ni berlaku pada diriku dan suami.

Aku dan suami pergi ke Mekah buat umrah dalam tahun 2001. Itulah sekali..setakat ini. Haji belum lagi..Entah bila agaknya.. wallahualam..InsyaAllah semoga sempatlah dalam hayatku ini untuk menunaikan rukun Islam yang ke lima itu. Hopefully, biarlah aku pergi di saat aku masih muda dan kuat lagi..

Okay berbalik kepada kisah waktu buat Umrah ini...

Aku mengandungkan anak yang ke..hmmm berapa hmm.. enam waktu tu..Si Raudhah yang kini dah darjah satu. Aku pergi menunaikan umrah bersama dengan suami dan Tok Manis ( nendanya suami aku).

Sewaktu di Mekah, hotel yang kami diami itu terletak di bahagian atas sedikit dari bukit Marwah. Di belakang kawasan deretan kedai emas di kawasan Bukit Marwah.
Berhampiran kedai emas itu juga terdapat kedai menjual roti canai dan teh tarik ala mamak dan juga kedai sup soto bakso kepunyaan orang Endon yang dah lama menetap di kota Mekah.

Di atas daripada kawasan bukit Marwah ini juga terdapat puluhan/ratusan kedai kedai ala bazaar yang menjual berbagai jenis barangan..pakaian, sejaddah, mainan, makanan, alatan keperluan harian dan bermacam macam lagi benda yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

Setiap waktu solat kami berdua akan melalui deretan kedai kedai ini. Dan kiranya mataku bersilau melihat banyaknya emas di deretan kedai kedai emas, maka suami aku bertanya padaku..

" Nak ke?"..
dan aku seperti biasa menjawab, " takyah..berabih duit jer.."
walaupun dalam hati aku berkata, " kalau bagi pun, apa salahnya..he he he"

okaylah..dipendekkan cerita..

Sewaktu penghujung hari hari kami di Mekah, barulah terasa hatiku ini untuk membeli pakaian buat anak anak yang kami tinggalkan di rumah nenda mereka di kampungku. Maka suamiku mengajak untuk pergi pada suatu hari selepas solat Asar. Nenda suamiku juga berpesan menyuruh kami berdua belikan sejaddah sehelai dua, tudung sehelai dua untuk di hadiahkan kepada jiran dan saudara maranya.

Jadi selesai sahaja solat Asar, maka kamipun menyusuri deretan kedai dan bazaar yang begitu mengelirukan untuk kami berdua. Aku takut juga sesat di dalam deretan kedai yang begitu banyak itu.

"Hajjah, hajjah, murah murah..sini sini..mari mari.." kata peniaga peniaga Arab, India, Pakistan, Myammar, Afghan yang nampak sahaja kelibat potential customers dari Malaysia...

Eh!sapa kata orang Arab tak tahu cakap Melayu?
Orang yang kata orang Arab Mekah tak tahu cakap Melayu tu, orang yang tak sampai Mekah lagi...kut la..

Dua minggu kami dok kat Mekah dan Madinah, sembang ngan orang Arab yang meniaga.. boleh jer cakap Melayu..Ala, cakap Melayu sekadar pasar la...okay le tu..

Entah macamana kaki kami ni berjalan keluar dan masuk kekedai seolah olah mencari sesuatu barangan. Satu menda pun kami tak beli lagi. Puluhan kedai yang kami lalui tiada satu pun yang kami singgah dan beli..

Aku terdetik juga dalam hati sewaktu itu, suami aku ni apasal.Selalunya dia yang cepat cepat nak beli dan balik. Aku dah tak larat nak berjalan lagi dah..maklumlah aku mengandung enam bulan waktu itu. Rimas aku berjalan jalan dalam deretan kedai yang dipenuhi pelbagai barangan. Dan barangannya pula hampir sama semuanya. Jubah, tudung, sejaddah, kurma, rempah ratus, kismis, minyak zaitun, kacang kacang, etc etc etc..

Hinggalah kaki kami ini berhenti di satu kedai kecil yang tersorok dari laluan utama. Entah bagaimana aku meminta suami aku duduk melepas lelah sebentar..Dan kesempatan itu juga telah menarik seorang peniaga berketurunan Myammar yang boleh bertutur bahasa melayu dengan agak baik.

"Jemput tengok tengok barang Hajjah.. ada jubah ada tudung, ada sejaddah."

Maka suami aku pun meminta keluarkan jubah jubah untuk anak anak. Dibelikannya beberapa helai. Diminta juga dikeluarkan tudung. Dibelikannya beberapa helai. Begitu juga sejaddah...Maka kesemuanya hampir RM 300 dihabiskan di kedai itu sahaja.

"Alhamdulillah" kata peniaga itu.
"Syukran, saya tak dapat jual apa apa hari ini melainkan haji juga orang pertama yang beli di kedai saya. saya sudah solat hajjat waktu zohor tadi tapi tarak siapa datang. Waktu habis solat asar tadi saya doa..Allah kabulkan doa saya" katanya lagi..

"Alhamdulillah..syukran" katanya berkali kali..

terkejut kami mendengarnya...rupa rupanya kami adalah pelanggan pertamanya untuk hari itu. Selepas waktu asar. Bayangkan ..kedainya yang terpencil dan tersorok dari laluan utama itu kami singgahi adalah dek kerana doanya yang tak putus putus selepas solat zohor dan asar...

begitulah doa dan rezeki seorang hamba...

walllahulam..

selitan cerita dari kuliah subuh..

Salam,

Subuh Ahad lepas ada kuliah Subuh di Surau Assobah. Ustaz yang memberi kuliah subuh tu Ustaz muda..Namanya apa ye..syed something..orang ganu (pernah masuk Oasis katanya..bawa ibunya buat Umrah). Oleh kerana pergi nak solat subuh dalam keadaan cepat selalunya aku tak bawak pensel, pen juga kertas so tak dapat catat apa apa melainkan mendengor ajelah..mujur tak mendengkor...

Kuliah lepas solat subuh ni menarik juga..tambah tambah kalau nengok orang yang ramai menggangguk faham...he he he..kira okay la tuu..
Aku berazam benar pagi Ahad tu untuk tidak 'menggangguk faham'. Azamku untuk mendengar butiran kuliah dan mengambil apa apa iktibar yang boleh dikutip.

Hari sabtu sebelum tu, ada kuliah subuh juga. Tafsiran surah Al-Fatihah. Dari mula kuliah sampai habis..aku tersandar kat tiang..tersengguk sengguk..tanda faham...


Kuliah Ustaz Syed ni berkisar tentang pengertian doa, peraturan, adab, masa dan tempat mustajab doa...kira topik 'doa' lah tu.

Apa yang menarik nak aku sampaikan di sini ialah selitan cerita yang dimasukkan dalam kuliahnya untuk diambil iktibar. Aku bab bab cerita ni seronok sikit dengar..Sekurang kurangnya tak ada le aku ngantuk...kalau serius jer manjang kuliahnya..alamat tersandor le aku kat tiang pulok..mujur bukan tiang 'jin' macam kat Mekah...

(kat Mekah pun mula mula sampai, aku tersandor juga kat tiang...entah tiba tiba jer 'jet let'...ngantuk sengguk sengguk lepas Maghrib nunggu waktu Isya'...aku tak pi buat haji...UMRAH tahun 2001 dulu..itu le sekali)

Eh eh dah melalut pula aku ni..
Nak baca selitan cerita dari kuliah subuh dak ni?

Begini;

Di kampung Ustaz ni di ganu sana, ada le seorang makcik yang buat Tapai. Tahu tapai? Bukan tupai le cik adik... TAPAI..sejenis makanan yang dibuat dari beras pulut atau ubi kayu..dimasak dan diperamkan ntah macamana aku pun tak arif sehingga keluag manisan..(aku jenis yang tak SUKA makan TAPAI).

Bagi Makcik ni, inilah pekerjaannya sehari hari..menjual tapai di pinggir pasar dan itulah juga sumber rezeki untuk menyara hidupnya sehari hari. Bak kata orang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Suatu pagi, sebagaimana biasa makcik ni pun bersiap siap hendak ke pasar membawa tapai yang ingin dijualnya.Dan sebagaimana biasa, dia pun menguji salah satu tapai yang hendak dijualnya itu terlebih dahulu samada menjadi atau tidak tapainya..

Alangkah cemasnya hati makcik ini bila mendapati Tapai yang sepatutnya menjadi tapai yang manis masih tidak menjadi lagi..(kira mentah lagi la tapainya..tak dak ummm lagi). Walaupun begitu dia tetap terus ke pasar sambil berdoa di dalam hati kut kut sampai kat pasar nanti, tapainya dapat bertukar menjadi tapai yang elok dan tidak mentah lagi..

tetapi...alangkah sedih dan sayunya hati makcik ni, sesampai saja dengan berbasikal di tapak pasar tempat dia berjual, didapatinya tapainya itu masih tidak menjadi lagi..

Terlintas juga hatinya untuk menjual tapai yang tidak menjadi lagi itu kepada pelanggan pelanggan biasa yang meminta tetapi oleh kerana hati makcik ni kata tak sanggup maka setiap kali ada pelanggan yang minta nak beli, maka dia pun beritahu keadaan sebenar tapainya itu..maka sampailah habis waktu berniaga sehingga ke tengahari maka tak berusik satupun tapai yang ingin dijualnya itu..

namun begitu makcik ni tidak putus putus membaca ayat seribu dinar..( tahu tak??) sambil berdoa semoga ada tapainya yang masih mentah itu dibeli orang..

entah bagaimana, Subhannallah.. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, maka sekonyong konyong makcik ni dah nak berkemas balik tetiba datang seorang hamba Allah menanya hal tapai kat makcik ni.

" makcik ada tapai lagi dok", tanya si hamba allah itu.
" ada, banyak lagi..tak berusik pong" jawab makcik tu.
" buat pe nye, tak berusik belake", tanya si hamba allah.
"tapai makcik ni mentah belake...dok jadi lagi hari ni..," jawab makcik tu
"elok benar lah tu, saya ni pong nak cari tapai mentah yang dok jadi lagi. anak nak bawa bekal gi balik belajar ngan saing. malam ni nak buat kenduri pulak"..

maka habis lah diborong oleh hamba Allah itu dengan tapai yang masih mentah yang tak laku dijual oleh makcik tu sepagi itu...maka terjual semuanya lah tapainya itu untuk hari itu.....

moral of the story :

Ada masanya Allah menguji hambanya...maka berdoalah untuk lulus UJIAN itu..
aaah....aku kena ambik IKTIBAR ni...


psssstttt..aku ada gak cerita seakan akan cerita makcik ni yang terjadi sewaktu aku gi Mekah dulu..
nak tahu?..
nantilah, kalau aku rajin, aku cerita..



syukur dan kufur

Salam..

Sebentar tadi aku selesai membaca lembaran terbaru yang ditulis oleh Raden Galoh. Aku termenung memikirkan diriku sendiri. Betapa kurangnya syukurku kepada Allah di atas nikmat nikmat yang telah diberikanNya kepadaku..

Ya Allah, ampunkan dosaku terhadap segala kejahilan dan kesilapanku yang telah aku lakukan selama ini.

Hatiku tersentuh dengan perjuangan Raden dalam menghadapi kemelut penyakit kansernya. Perjuangan dalam menghadapi tekanan emosi, fizikal dan mental. Aku juga kagum dengan usahanya yang tidak mudah mengenal erti kalah. Bukan mudah menghadapi semua itu.. bukan mudah kalau tiada kecekalan di hati.

Hatiku menangis untuknya..hatiku menangis mengenangkan diriku sendiri..

"Datin",

I tell you..Somehow you manage to give some positive energy to others that I hope will bounce back to you in greater amount.

"Datin",

Allah is Great, He knows you and your strength. This is ONLY a test....the test for a strong person like you.

Ya Allah, berilah ketabahan hati kawanku ini sebagaimana tabahnya Nabi Ayub alaihis salam..dan engkau limpahkan juga kekuatan jiwa dan hati itu kepadaku..

Aku benar benar memerlukannya... amiin..

Tuesday, September 09, 2008

Orang memberi, kita merasa..

Salam,

Di bulan bulan puasa begini, ramai jiran jiranku yang sering memberi itu dan ini pada keluarga kami. Alhamdulillah..syukur aku kepada Allah kerana mendapat jiran jiran yang baik baik belaka. Jarang sangat aku dengar ada jiran jiran di keliling kelalangku yang bergaduh. Selama 13 tahun aku menetap di sini, tak pernah sekalipun rasanya aku dengar. Kalau ada pun mungkin tersilap faham sedikit.. Itupun tak ada yang berlama lama. Tambahan pula setiap tahun persatuan kejiranan Pinggiran Assobah yang sebanyak 50 pintu ini, sentiasa membuat keraian menyambut hari raya. Dan ketika itu jugalah kami semua berkesempatan untuk bersemuka untuk meminta maaf dan bersembang mesra.


Surau Assobah yang terletak dipinggiran jalan ini juga memainkan peranan besar menyatukan kami semua. Bukan sahaja jemaah Persatuan penduduk Pinggiran Assobah dapat berjemaah bersama, tetapi juga dapat berjumpa dengan jemaah sekitar yang tinggal berhampiran.


Alangkah indahnya bila aman damai begini. Itulah yang membuatkan aku tidal mahu berpindah ke mana mana. Sukar mencari kejiranan yang sebaik begini.


Kelmarin, Kak Z sebelah rumah aku memberi sehelai kain sekolah yang begitu elok kepada anakku, Raudhah yang masih darjah satu itu. Kain sekolah itu sememangnya kain terpakai tetapi masih elok benar.Mungkin kerana anak perempuannya hanya seorang dan sudah besar pula. Gamaknya dilihat pakaian sekolah anakku teruk benar...ha ha ha ..maklumlah Raudhah pakai kain turun temurun dari kakak kakaknya..


Hari apatah kelmarin, aku dapat buah tembikai pemberian Kak Zah depan rumah. Hmm...sedap sungguh buah tembikai takkala berbuka puasa. Nak nak pula diberi oleh orang.. Tapi aku tak dapat membalas apa apa lagi untuk kak Zah. Tengoklah kiranya ada kuih muih yang rajin aku buat sikit hari ni..


Beberapa hari sebelum bulan puasa pula, orang gaji Makcik Bibah hujung jalan bawa banyak sayur mayur. Ada sawi China, ada lada benggala, ada kobis, ada kacang panjang, buncis dan sejenis dua lagi. Anaknya bekerja di ladang sayur. Maka banyaklah sayur mayur yang tak habis dijual yang diperolehinya dari tuan punya ladang..Maka aku sekeluarga pun turut merasa sama..


Itu belum cakap tentang musim buah..Aku tak payah beli rambutan,rambutan,cempedak...Ada ada saja jiran dan kawan kawan yang memberi.



Al maklum rezeki anak ramai. Beginilah...Alhamdulillah...

Sunday, September 07, 2008

kenapa blog mereka?

Salam,

Ada beberapa blog yang selalu aku ziarahi..
Nak tahu kenapa?

1.Mr mazle's blog : sebabnya mr Mazle yang mula mula memberi cetusan idea untuk aku berblog. aku belajag menerusi idea dia. his blog is also very informative.apa apa berita kat bangi boleh tengok kat blog dia.


2.luqman punya blog: okob, dia ni schoolmate my hubby suatu ketika dulu..plus orang tepeng plus blog dia menarik dengan cerita cerita yang pelbagai...somehow cerita yang paling aku kagum..dia punya usaha untuk sambung belajo dan meneruskan cita cita...salute u bro..


3. dr hamirdin : blog dr ni, aku dapat menerusi mr mazle. Tq bro... selalu baca sebab he is the "tuan punya kedai" tempat aku kerja sekarang. plus his writing buat minda kita berfikir..plus ada ala ala subky latif punya stail..well..


4. radin galoh : "onebreastbouncing" aku nak tahu keadaannya...membuat kita berfikir..


5.jowopinter : like the stories. like the pictures...indah bahasanya..cantik gambarnya..well done..


6. cikgooden : wah..cantik kartun kartun yang dilukisnya. suka orang yang pandai melukis kartun..well dah kerja saya pun ngan kanak kanak..

Friday, September 05, 2008

menu apa hari ini?

Salam..
Bulan puasa ni memang aku lebih rajin memasak sikit berbanding hari hari lain. Kebanyakan masakan aku masak sendiri. Kuih kuih memang ada dibeli juga untuk tambahan sedikit sebanyak. Almaklum.. rakyat ramai. Makanan jarang sekali tak habis..Tak cukup? Selalu..Itu kalau menu yang sedap la..
Kuih muih yang dibeli selalunya dari tempat biasa. Yang dah memang tahu rasanya sedap. Jarang sangat aku beli kuih dari orang yang 'luar biasa'. Maksud aku, yang tak biasa aku beli darinya..Orang yang terjun jadi penjual kuih time time bulan puasa ni selalunya amatur..so rasa kuihnya pun kadang kala tak consistent. Hari ini sedap, esok mungkin tidak. Hari ini garing, esok mungkin benyai. Hari ini manis, esok mungkin tawar..etc etc..
Dan apa menu untuk hari ini?
1. Agar agar
2. Cucur jagung
3. Char Kuew tiaw...
(menu ini sewaktu berbuka sahaja...untuk makan nasi selepas terawih, ikan siakap goreng masam masam manis ..sahur?nantilah fikir fikirkan!)
Jadilah kan...seadanya.

Apa nak jadi dengan kampungku..

Salam,

hari Rabu kelmarin aku membeli akhbar Kosmo! Sebenarnya aku bukanlah peminat akhbar ini. Jarang jarang sangat aku membelinya. Entah..dalam tahun ini ada dua tiga kali sahaja aku membelinya. Aku sekadar ingin membaca berita yang aku memang mahu baca.


Muka depan Kosmo! terpampang tajuk berita "Lambaian Akhir". Berita tergempar mengenai seorang bekas ketua kampung yang mati ditembak setelah menghantar dua anaknya ke sekolah. Kebetulan kejadian berlaku di hadapan sekolah anaknya sendiri. Yang menyeramkan aku, segala barang barang yang berkemungkinan besar kepunyaan pembunuh dijumpai hanya beberapa meter sahaja dari rumah ibuku di kampung Bukit Putus itu. Soalnya sekarang, bagaimana perasaan ibuku yang tinggal keseorangan di kampung. Kalau aku, pasti aku tidak senang duduk di rumah itu. Dan pastinya ibuku juga begitu..


Kejadian kejadian samun rompak semakin berleluasa. Kenapa? Aku pun kurang pasti. Apakah keadaan yang membuatkan manusia tidak berfikir panjang? Atau apakah nyawa manusia sudah semakin murah, lebih murah daripada harga minyak? Entahlah..


Pada hari yang sama juga aku menerima sms dari adikku. Ibuku terjatuh sewaktu berkejar turun daripada bas yang dinaikinya dari Taiping. Aku membalas sms adikku bertanyakan kenapa ibuku menaiki bas sedangkan selalunya ibu memandu kereta sendiri.


Adik memberitahu, ibu dari rumah kakakku. Sewaktu pergi, ibu menumpang kereta adikku. Cumanya aku musykil kenapa dan mengapa ibu terburu buru turun dari bas hingga terjatuh.

Adik menjawab, " Mak nak turun cepat sebab ada perompak yang acu pisau kat penumpang lain".



Hmm...apa nak jadi dengan kampungku sekarang..?

Wednesday, September 03, 2008

keluarga unik


Salam..

Kalau bercerita pasal keluarga ni, aku rasa keluarga belah suami aku ni agak menarik.
Walaupun dari satu sudut nampak macam suami aku ni anak tunggal tapi sebenarnya dia ramai adik beradik..lebih ramai daripada aku.
Nak tahu kenapa?
Hmmm..
Suami aku ni tunggal kalau dari mak dan pak yang sama. Meaning that mak dengan ayah kandung dia berpisah ( bercerai ) ketika mana dia umur 3 bulan.( kesian ..)
Tapi yang menariknya ayah dia berkahwin lain..so dari ayah yang sama ni, dia ada lagi 4 orang adik (sebapalah kiranya). Yang bestnya pulak, ayah dia ni pasang mak lagi satu..( meaning that ber 'istwo' ). So dapat adik sebapa lagi satu.
Bila dah berpisah ngan ayahnya, mak kandung suami aku ni pun (setelah 7 tahun keseorangan) dia pun kahwin lain..dengan seorang duda yang dah kematian isteri.
Dengan pak baru ni, mak kandung suami aku ni dapat anak dua orang. So suami aku ada adik seibu seramai 2 orang.
Yang menariknya, pak tiri suami aku tu ada 3 orang anak. Jadi suami aku ada adik beradik tiri seramai 3 orang lah..( ni faham dak ni..??? confuse??l)
Jadi over all, bila campur semua, suami aku punya adik beradik ialah :-
adik sebapa dari mak tiri 1 = 4
adik sebapa dari mak tiri 2 =1
adik seibu dari pak tiri =2
adik beradik tiri = 3
4+1+2+3 = 10 orang juga lah...kalau masuk suami aku, jadi 11.
aku pulak dulu ada, 3 mak mertua = 1 mak suami, 2 mak tiri suami
2 pak mertua = 1 pak suami, 1 pak tiri suami
hmmmm...
bayangkan berapa hinggit duit suami aku nak melayang ( hampir kesemua adik beradik dia ni anak boleh tahan ghamai) time ghaya yang nak mai ni.....he he he..
1. kak maria = anak 10
2. abang din = anak 8
3. abang lan = anak 7
1. pun = anak 5
2. ilah = anak 4
3. lan = anak 2
4. chu = anak 1
1. izzati = mujurk tak kahwin lagi..
1.sarida = anak 2
2. pak su = mujurk tak kahwin lagi..
smile...
p/s(kalau tak faham, go through one more time)

baca blog 'datin'

Salam,
Alhamdulillah setelah baca blog 'datin', my mind rasa lega sikit. Well..kita lebih appreciate kehidupan ini bila kita rasakan hidup ini akan berakhir. But then, you will never know..when is the TIME?
Siapa yang akan pergi dulu?
Dia..aku..atau awak yang membaca..?
Macam Tok mertua aku, dia sering dok bercakap pasal umur dia yang dah masuk 80 an tu.
"Tok ni tak berapa hari jer lagi nak hidup,"..itulah ayat yang selalu dia lafazkan semenjak kehilangan suaminya dalam tahun 1993.
Tapi semenjak tahun 1993 tu, kami melalui beberapa kematian yang mana mereka yang meninggal itu lebih muda dari Tok.
1. Suami kak Maria - meninggal kerana accident dalam tahun 1998 tak silap aku..jauh lebih muda dari Tok..(kak Maria ni anak tiri mak mertua aku..confuse??tak pa..aku pun confuse jugak..)
2. Suami mak Mertua aku ( dengan kata lain Pak Mertua tiri aku..confuse??memang pun ).Pak mertua tiri aku ni meninggal tak berapa lama selepas menantu dia meninggal. Waktu suami kak maria meninggal, pak mertua tiri aku ni dok tengah sakit teruk. Sakit batu karang dalam buah pinggang...Suami kak Maria selalu dok ziarah pak mertua dia ni..tapi dok tak dok, dia yang pergi dulu.
3. Pak aku sendiri..meninggal dalam tahun 2006. Diabetes.
Semua yang bertiga di atas ni, umurnya lebih muda dari Tok mertua aku.
Tapi semuanya dah mengadap Penciptanya.
Yang pasti kita semua akan mengadap Pencipta. Cuma bila, kat mana dan bagaimana....itu kerja Allah. Soalnya, kita dah bersedia tak? Apa bekal kita?
Hmmm..