Thursday, October 15, 2009

Treat or trick?


Salam,

Kat USA kalau masuk bulan Oktober je, maka rancangan rancangan TV mula la tayang cerita hantu. Aku tengok ASTRO dan TV3 pun dah mula terikut ikut..
Hujung bulan Oktober di USA ada hari perayaan Halloween.
.
.
.
Halloween ni adalah hari meraikan hantu?
Hantu pun dapat hari perayaan?
Ceh!
.
.
Dan mula lah mereka membeli topeng topeng dan kostum kostum yang pelbagai rupa! TERUTAMANYA kanak kanak.
.
.
Pengalaman aku sewaktu mereka ini merayakan Hari Halloween ini tidaklah begitu ketara sangat kerana selalunya pada waktu beginilah pelajar sekolah aku akan mula cramp dengan assignment di akhir akhir semester.
Dan selalunya yang meraikan hari halloween ini adalah anak anak pelajar yang tinggal di apartment kelamin sekolah kami itu.

Pada suatu malam di Hari Halloween ini, ada anak anak datang ke apartment kakak senior dengan memakai kostum pelbagai rupa. Ada yang memakai topi witch serta berjubah hitam, ada yang memakai seperti pirate dan ada yang memakai topeng drakula beserta pakaian tuxedonya.
Mereka mengetuk pintu...

" TREAT OR TRICK ?" kata mereka beramai ramai.

Kami yang tidak mahu di ganggu pun berkata " It is a trick!!"

ha ha ha....KEJAM kan? Tak yah bagi cekelat atau gula gula..

Oleh kerana pada malam itu, pintu apartment kami itu diketuk quite a number of times sebab ramai juga kanak kanak yang datang berkunjung maka kami ( aku dan kak aya) buat satu TRICK lagi...( btw..aku selalu LEPAK kat apartment diorang ni waktu tu!)

AKU pakai tudung hitam terbalik...(sebenagnya aku punya idea!!)

Bila depa mai ketuk pintu, kami tak jawab apa apa...sebaliknya muka pintu tu pelan pelan dan keluar dengan muka yang bertutup dengan tudung werena HITAMMMMMM..
he he he he...

IT IS A TRICK!!!
ngeh ngeh ngeh...merapak bebudak tu lari!!

HADOOIIII!!!.kui kui kui

KAMI (errr sebenangnya aku sorang je yang buat trick tu tapi telah dipersetujui oleh kakak kakak apartment tu) buat untuk dua tiga kunjugan kanak kanak dan selepas itu tak dak sapa lagi nak ketuk pintu rumah kami dah...he he he he!

Mungkin hari pun dah agak lewat malam...atau mungkin juga trick kami itu telah tersebar di kalangan kanak kanak yang lain.
.
.
.
Dan kini bila aku dok tengok iklan cerita cerita hantu dah mola tersiar kat ASTRO maka peristiwa pekena anak anak orang putih ni KEMBALI semula!
he he he...

sekian

4 comments:

cheryna zamrinor said...

memang kita tak meraikan...tp sha teruja plak tgk martha stewart masak2 dan hias umah style haloween.hehe...

tp kat tpt keje lama dulu diorg celebrate. bila diorg catwalk pakaian beragam...sha catwalk ngan telekung sha..pastu masuk surau. semua gelak...(dah mmg utk pakaian solat kan, yg nak bawak haloween buat apa)

Nizam.Ariff said...

Apa yang seronoknya dapat gula-gula tu yek? Aku tak faham sangat dengan budaya ni...

DrSam said...

dulu-dulu masa dok kat kandang kambing terikut mengembek sama. Kalau tak dilayan, sampai malam buta pintu kena ketuk. Anak-anak aja yang seronok bagi gula-gula. Mula-mula ingat nak menyakat juga, tapi takut pula lain jadinya...

ASH said...

cheryna,
akak rasa budaya ni tak payah dilayan sangat..bukan budaya kita la..

Nizam,
aku tak tak tahu pasal halloween ni sampai la aku pi US..
tak faham sampai ke sudah...

DrSam,
Tahun tahun berikutnya kita orang tampal kat pintu " We don't celebrate HALLOWEEN so please don't knock the DOOR"...jadi aman lah.