Tuesday, October 06, 2009

Habis sunat, buat wajib?..Yang mana dulu?

Salam,

Semalam dah selesai puasa sunat enam hari dalam Syawal. Hari ni aku sambung puasa lagi..QADHOAN yang wajib pula..ada LAPAN HARI WEHH!!
Ada sesetengah kata elok selesaikan yang wajib then baru buat sunat puasa enam.
Ada pulak kata buat wajib pastu dapatlah pahala sunat puasa SYAWAL yang enam tu AUTOMATICALLY..
.
.
Tapi yang aku belajor dari Ustazah Fatimah Azzahrah kat surau, dia kata kalau nak puasa SUNAT enam tidak mengapa di dahulukan kerana masa dalam bulan SYAWAL adalah TERHAD.
Dan nak qadho pun tak pe dibuat dalam bulan SYAWAL cuma takut terlepas pulak masa nak buat sunat yang enam itu.
Cumanya tak ada dalam kamus FIQH untuk PUASA yang diniat DUA DUA???...wajib dan sunat SERENTAK!
Tak de! tak de! tak de!
mana ada solat sunat taubat diniat SERENTAK ngan sunat TERAWIH?
mana boleh kan??
sama lah juga dengan BERPUASA..
nak diniat wajib, buat wajib.
nak diniat sunat, buat lah sunat...
.
.
nak MENGQADHO puasa wajib masa ada panjang lagi sebelum tiba RAMADHAN yang akan datang tetapi BERTANGGUH TANGGUH dalam menyelesaikan perkara yang WAJIB tu ditakuti JATUH makruh pula hukumnya.
Lagipun terdapat BANYAAAAAKKK puasa sunat yang terdapat sepanjang tahun.
Kalau tak selesai MENGQADHO puasa dari sekarang, macam mana nak kejar yang sunat sunat tu, betul tak?

Jadi dengan kefahaman inilah maka aku buat sunat enam SYAWAL dahulu. Kemudian aku turuti dengan 8 yang wajib secara segera supaya aku dapat kejar, KUT KUT nak buat puasa puasa sunat di masa masa akan datang. Lagipun tak suka tangguh tangguh selesaikan yng wajib ni.
BUATNYA terputus nyawa dari badan kang...
TAK SELESAI utang dengan ALLAH!
ADA BETUI ka??
Al maklum..umur pun dah PETANG PETANG gini..mana le tahu kan?
he he he...

sekian

4 comments:

cheryna zamrinor said...

hmm...kak...sha dulu buat yang dua2...ustazah sha cakap boleh sekalikan puasa 6 dgn ganti puasa...

boleh kot gitu?

ASH said...

Sokla ni dah ditanya pada ustaz Harun Din juga..jawapannya..asing asingkan.

Nizam.Ariff said...

Senja kerana nak malam... bila malam ada bulan.. masih terang.. hehehe

ASH said...

Yo lah tu Nizam oooii..kut tak nampak bulan kang..amacam?