Salam,
Kayu manis atau cinnamon mempunyai sejarah yang tersendiri sejak daripada zaman dahulu lagi. Haruman yang dikeluarkan oleh kulit pokok dan daun daun pokok ini telah digunakan sebagai pengharum masakan, perasa makanan, minyak wangi dan juga ubat ubatan.
Bagi aku pula, pokok kayu manis yang terpamer dalam gambar di bawah ini mempunyai sejarah tersendiri dalam keluarga kami. Ini adalah pokok kayu manis yang berasal dari sebuah belukar di Batu Gajah, Perak.
.
.
.
Suatu hari semasa aku dan kakak ku berumur sekitar 7 dan 8 tahun, kami merayap rayap di sebuah kawasan semak. Di sana, kami mengambil daun daun dari sebuah pokok yang agak tinggi dan rimbun daunnya. Yang menarik perhatian kami ialah daun daun dari pokok ini sungguh wangi sekali. Kami tidak tahu nama pokok yang daunnya telah kami ambil itu. Lalu kami pun berlari pulang memberitahu ayah kami.
Ayah melihat daun daun di tangan kami dan menciumnya. Ternyata itu adalah daun daun dari pokok Kayu Manis ( cinnamon). Pokok kayu manis ini adalah sejenis pokok kayu hutan yang boleh tumbuh sehingga 10-15 meter tingginya. Ianya mengeluarkan bunga dan buah buah kecil seperti kopi dan dari buah buah kecil inilah benih baru boleh diperolehi.
Setelah melihat daun daun tersebut, ayah sungguh gembira sekali kerana pokok ini bukan mudah di dapati di kawasan pekan seperti pekan Batu Gajah, Perak itu. Jadi ayah bertanyakan kami tempat di mana kami memperolehinya. Kami membawa ayah ke belukar tempat kami menjumpai pokok ini. Rupa rupanya tanah belukar itu dipunyai oleh seorang Cina yang tinggal berdekatan. Jadi ayah pun meminta kebenaran dari orang Cina itu untuk mengambil anak anak pokok kayu manis yang tumbuh sekitar induknya. Ayah ambil lebih kurang lima pokok setinggi satu kaki.
Semasa kami pindah ke Gunung Semanggol dalam tahun 1975, ayah membawa bersama sama anak pokok kayu manis ini dan sehingga hari ini pokok kayu manis yang ayah tanam masih ada bersama sama.
Selepas bersalin, selalunya daun daun pokok kayu manis ini aku akan ambil untuk direbus bersama sama daun pandan dan daun serai wangi untuk mandianku sewaktu pagi dan petang bagi memberikan kesegaran pada tubuh badanku.
.
.
Walaupun ketika aku balik cuti hari raya tempohari, Pakcik Ishak ( suami baru ibuku) telah menebangnya kerana sudah terlalu tinggi namun pucuk baru dan tunas baru sudah mula tumbuh kembali.
Itulah gambarnya yang aku telah rakamkan...
.
.
.
sekian
5 comments:
masa aku keck dulu ada poko kayu manis ni tumbuh meliar kat dalam kebun getah jiran aku. Kitorang bebudak ni selalu pegi tarah kulit dia pastu makan. dasat tul...
Tahun 75...??
Wuih.. dah lama tu... hehehe...
Kakpah,
Itu dinamakan meratah KULIT KAYU!! he he he
Nizam,
ye lah..zaman tu engkau masih dok pakai cawat lagi ape!!
Selepas bersalin, selalunya daun daun pokok kayu manis ini aku akan ambil untuk direbus bersama sama daun pandan dan daun serai wangi untuk mandianku sewaktu pagi dan petang bagi memberikan kesegaran pada tubuh badanku.
---> rasa rugi plak ibu sha takde pokok kayu manis nieh. mesti best kan! boleh bayangkan kalau campur serai wangi, campur bunga...perggghhh...
Cheryna,
try tinjau tinjau around..mung kin ada orang yang menanamnya sebab khasiat yang diperolehi dari pokok ini..
.
.
Air rebusan dari daun daun ini memang wangi dan mandian dengan air suam ni sungguh menyegarkan!sesuai takkala lepas bersalin atau di dalam pantang atau juga tika badan terlalu letih!
Tell youuu..
Post a Comment