Salam,
Hari ini aku pergi Billion. Sebelum ke Billion aku ke Pustaka Rakyat. Sebelum ke Pustaka Rakyat, aku ke My Mydin, Bangi.
ha ha ha..
shopping sakan nampak?
Takkkkk!!
Ini punya shopping bukan untuk diri sendiri tapi untuk tadika. Tadika yang lagi satu..
tadika yang bukan Aulad!
Ini dah jadi tugas aku.
Aku ke Mydin tengok tengok barang. Apa yang dapat aku beli dari sana..Tak banyak menda sebab My Mydin yang di Bangi ni kecil sahaja. Barangannya tak semeriah di Kajang atau di KL jadi aku hanya beli pembalut hadiah dan envelope besar serta beberapa benda yang diklasifikasikan sebagai worth the price.
Pergi ke Pustaka Rakyat. Barangan stationary di sini, aku rasa OVER sikit..
Agak lebih mahal. Aku bandingkan ngan harga di billion dan kedai buku serta kedai stationary lain...Barangan kategori stationarynya banyak yang berharga lebih mahal lima posen dari kedai kedai yang aku telah tinjau. Tapi harga buku lebih kurang sama. So aku beli buku cerita lagi untuk hadiah kali ini. 50 puluh buah. Buku kecil kecil. Buku untuk bacaan anak anak dan suku kata perkataannya diwarna warnikan. Aku rasa sesuai..AKU RASA!!
Aku kena pergi Billion juga untuk cari benda benda lain. Aku tak pernah ke Tesco. Lagipun Tesco di Kajang. Payah nak ke sana. Masa aku terhad. Aku tak boleh berlama lamaan. Benda yang aku nak beli pun sedikit sahaja. Air kotak..dan 12 hadiah lagi.
Aku ke tempat stationary. Belek sana belek sini, aku sambar 12 itu, 12 ini. Mungkin okay kut.
Kemudian aku turun ke tempat lokasi air kotak. Hmmm nak kena beli air kotak.
TUJUH PULUH!!
Ambil 3 X 24 air kotak kecil = 72.
Okay la..Masukkan dalam troli.
.....ET OT ET OTTTTT..
.....ET OT ET OTTTTT...
.....ALLAH!!
Tayar troli depan sebelah kiri melelong dan meliut liut. Hendak pusing ke kanan cukup siksa..ia berputar ke kiri . Tolak dari belakang asyik menyendeng ke kiri..
Aiseh men..aku parking kereta kat luar. Nak ditolak troli ni berde eh de eh.. Berkeriuk keriuk..
Aku rasa nak tinggalkannya air kotak itu dalam troli. Ambik kereta. Dekatkan pada kawasan tepi BILLION...
Tapi nanti kalau air kotak tu lesap pulak?
Mahu tak mahu...aku ikut jalan jauh..
PUSINGGGGGGGG....
BERPOLUH POLUH aku..
Troli %$#@$^&%$%$#!!!!
.
.
CIS!!!
Aku ingat kut kakpah jer MERUNGUT tayar troli TESCO melelong..
TAYAR TROLI BILLION PUN sama!!
sekian
10 comments:
hahahaa...akak nieh...tayar troli pon leh jd cerita!:)
hebatlah!
dugaan kot kak...nak bagi akak bersenam:)
Salam,
re: Terimakasih bertanyakan khabar. Baru je discharged dan sampai rumah. Penangan bius pun masih kuat lagi. nanti dah segar kita bercerita lagi.
troli dan tayar troli...bisa bikin pusing kepala....ya buk ashley...
haha.. baru kau tahu kenapa aku selalu merungut pasal troli tesco. Tu baru air kotak. Imagin aku yang bawak beras 8 kampit,gula 12 kilo. tepung 10 kilo, susu 20 tin, biskut 16 peket etc..etc.. haih...
(tu belum masuk acara menjawab pertanyaan orang setiap minggu..MENIAGA KE?....)
he..he..sy mmg fail bab tolak troli even troli yg tayar masih ok.kalau tarik bolehla,kalau tolak asik melelong jer, maklumla tak cukup berat (ada kaitan ke? :P)
oh cerita troli... ada troli k4 kat rumah pangsa kita orang, and k4 terdekat of cos alamanda putrajaya... cemana dia buat tu?? hahaha (ps: kat rumah arab, dia simpan dlm pintu grill dia siap!)
hahaha... kak, troli jusco melaka ni pun melelong juak. aku setiap kali nk amik troli mesti aku test dulu kalau tak mmg ko rasa nk naik darah. he he.
.
Cheryna,
memang nasib aku la semalam...
Dr Sam,
Oh..alhamdulillah..and it surely takes sometimes to heal.May Allah sembuhkan segala kesakitan dan pulihkan kesihatan....and take a great CARE!!
Azani,
kok ibuk ini enggak ada bibik untuk nolak itu TROLIIIII!!
adussssshhh
kakpah..
jom saman sama itu pasaraya!!
TIDAK MEMANTAIN TROLI TROLI MEREKA!!
NikHa,
Tension rasa macam nak nanges jerr..
KOG,
Si ARAB tu nak buek apo la kek TROLI tuh?
Dia hangkut masuk KERETA, VAN MPV????
ha ha ha..
TM,
mula mula aku ambik tak de pula tayarnye lelong. Bila aku boh 3 kotak air tu..terus dia buat hal..cam mano?
Post a Comment