Tuesday, October 27, 2009

Muhammad dan Mawaddah

Salam,
Tahun hadapan 2010, Huda akan naik darjah satu. Muhammad akan berumur 4 tahun dan Mawaddah pula akan berumur 3 tahun.
Muhammad akan genap 4 tahun pada bulan Februari manakala adiknya akan genap 3 tahun pada bulan Julai.
Aku sedang berkira kira dan berfikir fikir nak menyekolahkan Muhammad atau tidak.
Muhammad ni dah kenal ABC dan nombor dan sudah boleh juga membaca perkataan yang 3-huruf di dalam bahasa Inggeris yang mungkin telah dipelajarinya melalui laman web STARFALL.COM.
Cuma dia masih tidak mahu mengaji Alif, Ba, Ta...
LIAT sikit...
Memegang pensel pun dia masih tidak suka.
Mungkin dia lebih tertarik dengan penggunaan komputer.

Sedangkan adiknya, si MAwaddah suka memegang pensel.
PANTANG dapat, maka yang menjadi KANVASnya adalah dinding di ruang tamu.
Sedikit demi sedikit adik Mawaddah mengukirkan ARTSnya di dinding itu.
Aku tengok Mawaddah macam kidal.
VERY COMFORTABLE memegang pensel dengan tangan kiri.
Hmmm...adakah dia akan mengikut kakak Zainabnya yang kidal itu.

Kalau ditanya samada dia nak sekolah tahun depan atau tidak, Muhammad begitu teruja.
Pepagi hari lagi dia cakap nak ikut aku pergi sekolah...
ADUIIIIII..
Tapi ada sekali dua aku bawa dia ke sekolah, dia tak boleh duduk diam.
VERY ACTIVE!!
Habis almari dibuka dan dikelebeknya. Perasaan ingin tahunya meluap luap..

Sepertimana juga kalau aku bawanya ke Alamanda atau ke Jusco.
Semua tempat dia nak explore.
Dan tempat feveretnya?
TANGGA bergerak!!
Oh no!

so...... should I let him go to school next year or should I not?

sekian

13 comments:

kucingorengemok said...

aikkk? seorang guru tadika meminta pendapat masyarakat marhin seperti kami? hihi. boleh la bawak, kalau tadika tu ada tangga bergerak :)

umi_e said...

biasalah budak2 seusia itu... aktif ;)

ASH said...

KOG,
sebab aku tak ajar budak 4 tahun kat sekolah...
ha ha ha.

kalau bawa ke Aulad Perdana, kang dia masuk kelas aku pula!

kalau boh kat Aulad Center, aku takut cikgunya tak terlayan karenahnya..

kalau boh kat rumah pulak,kesian kat otak dia yang sedang berkembang pesat itu!
dan aku rasa dia dah tak sabar sabar nak ke sekolah..

tapi ada SATU MASALAH UTAMA yang aku tak seronok nak hantar dia ke sekolah lagi ialah dia masih DOK PAKAI PAMPERS!!
ha ha ha

kak umi_e,
anak lelaki yang SEORANG ni ngalahkan anak anak perempuan saya yang delapan orang itu. TRICKnya pelbagai walaupun dalam usia sebegini!

geraugebang said...

budak lelaki memang cam tu. anak kak gerau jantan sorang, pun rasa nak pitam. mulut banyak pulak. Ada je jawab nyerr kalau orang tegur..hari-hari menggigil tahan marah.

cheryna zamrinor said...

hmm...maybe elok jugak ke sekolah. biar dia campur budak2 lain...dan dia boleh tgk apa yang boleh buat dan tidak:)

Nizam.Ariff said...

Masukkan ke sekolah yg sesuai dengan perkembangannya la kak...


(jawapan selamat...hehehe)

Brahim Nyior said...

Kak mungkin dah ada jawapan, tapi ingin pandangan kedua, mungkin itulah..

Pendapat saya, tak perlu sekolahkan dia terlalu awal, memadai jika dia diasuh secara normal, supaya dia mampu membina kreativiti mengikut usia.

Kita hari ini terlalu inginkan anak menguasai banyak kemahiran, sehingga kita abaikan keperluan dirinya sebagai kanak-kanak.

Akhirnya, dia cepat dewasa, tapi dia kehilangan zaman seronok sebagai kanak-kanak.

Pendapat saya, terpulang kepada ibu bapa untuk menentukan jawapannya.

DrSam said...

kalau budak aktif, terutama anak lelaki itu satu petanda yang bagus (ramalan Nujum Pak Belalang).

zafi said...

nak bg komen pon saya tak tau la sis...
well benda ni kene pupuk pelan2 kot... nak paksa2 pon budak2 tak suka... biar dulu die cuba.. selalunya bila die dah jumpa benda baru die akan explore ! :)

ASH said...

GG,
tahap kesabaran kena tinggi ek bila jaga bebudak lelaki ni..nak bagi pahala lebihhhhhh.

cheryna,
thank you.
good view...hmmmm ada tanjak dah ni untuk menjadi ibu penyayang!

ASH said...

Nizam,
waaahhhhh..Berilian la IDEA ko!!
he he he

Berahimnyok,
aku suka your second opinion..
pandangan seorang ayah yang MANTOP!

ASH said...

Dr sam,
aku kena ambik kira pandangan seorang ayah kepada 4 anak lelaki nih!!
he he he...thanks..

Zafi,
err..it's okay sebab ko juga satu hari nanti BAKAL menjadi seorang AYAH so at least ko dah boleh start memikirkan perkara macam nih dari sekarang...ngeh ngeh.
thank you.

anjang said...

betul itulah yang sebaiknya