Salam,
Pagi tadi kat tadika around 8.30 am cikgooden datang sebab nak bagi sesuatu kat aku...
( apa dia?? ha ha ha ...sila teka!!)
Pastu mengambil kesempatan dia dah ada itu, aku MINTA TOLONG dia LAKARkan 3 gambar binatang binatang untuk preparation hari graduasi nanti. Cikgooden ambik masa sepuluh menet jerr!!! Kami dari AULAD Perdana nak persembahkan nasyid. "The ANIMALS". Jadi aku nak buat gambar binatang sebanyak 11 ekor untuk digantungkan kat tengkuk anak anak Aulad kami nih.
Hari tu aku dah lakarkan guna CARA aku. Projek kan kat dinding, pastu minta cikgu cikgu ni lakar. Gambar itu kemudiannya di warnakan dengan warna air semalam. Kerja berkumpulan oleh pelajar 6 tahun untuk kerja seni bagi peperiksaan akhir tahun mereka. Biar mereka warnakan sendiri. He he he..TAHU la kerja budak budak..
PUNYA SERONOK kaler ngan kaler AIR!!
SAMPAI tak nampak GHUPER LAGI dah..
Kemudian aku touch up sana sini supaya ORANG BOLEH CAM la itu gambor ITIK, LEMBU,TIKUS, KAMBING dan KUCING!
ha ha ha..
Tadi ni aku, minta tolong cikgooden lakar secara FREEHAND gambor ayam betino, harimau dan kerbao..Buek kat OPIS dalam sepoloh menet!!
SIAP gambor lakarannya..
Esok lusa boleh le mengalernya...so dah ada 8 ekor binatang dah!
Tinggal gambor ayam jantan dan ikan saja yang belum lagi...
BOLEH LE AKU MENG'FREEHAND DRAW' nye pulak!!
Masa dah la TERHAD ni..Kalau dah settle gambar gambar ni semangat sikit budak budak tu berlatih nasyid. Aku risau demer tertukar senikata jer..especially boys..GIRLS nya dah boleh nyanyi dengan gaya sekali. BOYS ni kurang beri kerjasama! Kami dah beri senikata sebelum puasa lagi tapi tak dihafal hafalnya lagi. GERAM juga! BUKANNYA susah sangat senikata tu. SEMPOI..tapi hmmmm entahlah!
So sikit hari ni SERAK le suara aku melatih bebudak ni nasyid. Kita tengok le 25 OKTOBER ni..Menjadi ke tidak persembahan kami nanti...
sekian
4 comments:
ha ha ha......aku tarik pun dah macam apa ntah....lama tak buat..ko pulak meng hantam ja suruh aku...sori la...mungkin jenuh korang meng alter sketch aku tu...
Sesekali...bukan senang nak tinggalkan bekas tangan hang!
ayam jantan pon lawa gak kak...takmo ke?
* mesti suara akak best kan...leh latih dak2 nasyid:)
Cheryna,
suara ala ala katak panggil hujan...
sedap le jugak..
ha ha ha
Post a Comment