salam,
Aku ada sorang kakak.
Aku ada 5 adik.
So jumlah adik beradik aku 7 orang.
Kalau standard orang Melayu kira okay la tu. Tapi kalau standard orang putih kira dah agak ramai dah..
Daripada lima orang adik aku tu, dua adalah lelaki.
Dua dua dah dimiliki..tapi jangan risau..ada 3 lagi tapak kosong..
ha ha ha ( kut nak mencari masalah dalaman...silakan)
Selebih yang tiga lagi tu adalah perempuan.
Seorang daripadanya dah pun berumahtangga..
ERRR..pakmertuanya menjadi salah seorang blogger yang rajin berkunjung ke 'rumah' aku ni.
Aku jarang cerita perihal adik perempuan aku yang bertiga ini sebab terlalu jauh jarak umur mereka ngan aku..
Waktu aku form 4, mak aku beranakkan kakcik. Tahun 1983.
Elok hari pendaftaran TOEFL aku kat Shah Alam, 6/1/1985, mak aku beranakkan Sha.
Si Na pulak, dia dilahirkan time aku dah berada di luar negara. 1988.
So..apa yang aku tau pasai adik adik bertiga ni hanyalah si kakcik kerana dia sering dok kacau mak aku meniaga. Tu pun aku dapat cerita dari mulut mak aku.
Yang rapat dengan depa bertiga ni ialah si Budin sebab waktu itu dia masih sekolah rendah dan dia lah yang dok kena mengasuh budak budak bertiga ni..
Bab jaga budak, si Budin memang cekap.
Aku pun dulu belas kesian juga kat dia sebab dia jenis dengark cakap.
Suruh la apa pun..Jarang bantah..
( tak macam kak dia yang sekog niii!!
Kakak aku yang seorang itu, si Oman dan si Budin lah yang mempunyai cerita ceriti yang menarik bersama aku.
Waktu Oman lahir, aku baru 3 tahun lebih. So kami membesar bersama.
Dengan Budin pulak, aku dah umur 10 tahun.
Aku dan kakak aku lah yang dok mengasuh dia especially time mak aku keluar meniaga.
Ooooo..mak aku dulu bizi teramat TAU!!
Almost everyday tak lekat di rumah. Keluar jadi DEALER TUPPERWARE.
Jadi most of the time, kami jadi VERY independent!
Kadang kadang kami kena buat tugas yang dah ditetapkan..especially kalau mak aku keluar meniaga time hujung minggu.
Kak aku masak, aku jaga adik, mak sedara aku kemas rumah dan basuh kain.
Bila mak dan abah aku balik jer..semua kena siap sedia dah!
Rumah tak boleh semak, makanan dah siap masak ( cara kak aku masak la..but not bad at all), adik adik aku pula mesti terurus..
Masakan dulu dulu mana ada segera. Nasi kena masak atas dapur minyak. Kelapa kena kukur dan perah sendiri. Ikan mesti disiangi.
Bayangkan..walaupun kami masih bersekolah rendah..semua tu dah tahu dibuat.
nak order Pizza?
McD?
KFC?..macam budak budak sekarang..hmmmm..
Tak pernah sentuh sehinggalah aku datang KL dalam tahun 1985..lepas habis SPM. Tu pun tak berani nak makan KFC atau Pizza atau McD lagi sebab mahal dan masih ragu ragu!
Kalau burgernya harga 3 ringgit ke atas tu dah kira mahal le tu. Baik aku beli burger kat abang berger tepi jalan....baru singgit!! he he he
Begitulah cerita ceriti, sedikit sebanyak antara hubungan aku dan adik beradik aku waktu zaman dulu.
sekian.
11 comments:
Pesan arwah ayah saya, jagalah hubungan adik beradik semasa kecil, sebab apb dah dewasa, masing2 bawa diri..
Saya ada dua orang adik lelaki, kak. cukup ngam dan kamcing dgn saya..
Bergusti, merayau, lastik burung dan main sama2, tapi sekrg, sorang di Johor dan sorang di Putrj...
Kisah dulu2 jadi kenangan jer..
saya ada 4 beradik jer. sekian...hehhehe
malu nak cakap...ada tiga orang sebapa seibu.
berahimnyok,
aku berani jamin..ketigatiga budak itu kena bedai pun mesti sekaligus..
he he he
Tijah,
aku tau..
aku dah tengok gambark depa yang hang pamerkan itu hari.
abang dan dua adik kembag hang tu kan?
azani,
yang seibu sebapa 3..
yang lain ibu atau lain bapa lak?
he he he..
Lain hulu lain parang,
dulu laen sekrang laen.
Kuih bangkit, kuih bahulu..
Saja nak cerita had zaman dulu..
Yg umur dekat-dekat pun belum tentu rapat dan kamcing.
salam untuk kakak ku...
terima kasih atas ingatan pada ku dlm entry ni...
*time ni takde 'kutuk2' pulak.. semua pujian je.. hehehe... syoq je baca..
aku dari kekecik dah memasak tapi sampai la ni tak terer2 memasak. apa kes....? ha ha.
.
Insyirah,
yang umug dekat, dia berkelai..tapi lepas tu baik la balikkkk..
mana boleh berkelai lama lama!
SKSV,
Takkan nak kutuk memanjang.
sekali sekala kena gak puji..
Dah memang betuiii apa..
Adik aku yang sorang tu memang pandai mengasuh budak..
Diakui seentaro keluarga..
ha ha ha..
tinggai tak dapat sijil ISO jer.
TM,
sebab ko main taraaaammm dari dulu sampai sekarang..
kui kui kui.
ibubapa dulu-dulu memang pentingkan ikatan persaudaraan contohnya waktu makan ,semua mesti ada baru boleh makan kalau tak jangan harap nak makan dulu satu lagi waktu magrib, mesti semua kena masuk dalam rumah kalau tak siaplah dengan ayah.
Post a Comment