Monday, June 15, 2009

Makam Hang Tuah

Salam,
Ada cerita kata Hang Tuah tak mati..
Katanya ghaib..
Hilang entah ke mana..
merajuk membawa diri..
Ada juga kata ghaib hilang terus menjadi bunian...
Ada juga kata membawa diri hingga ke Pahang..

Wei..macam macam versi ada kan?
Hikayat Hang Tuah ni pun bercampur campur antara fakta Sejarah ngan Dongeng Melayu.

Tapi yang pastinya aku sampai gak la kat kampung Tanjung Keling ni. Di Melaka.

Hang Tuah dikatakan dimakam di sini. Sakit tua dan mati dengan hati yang terluka.
Entahlah..

Apa pun aku mai jugak la kat kawasan perkuburan ini. Kerajaan hari ni pulak dah buat penanda.
TAK MELAYU HILANG DI DUNIA

Pulak tu dah boh segala catatan sejarah mengenai Hang Tuah di sekeliling kubur yang panjang ni.

Tapi aku boleh agak..
Hang Tuah tak la setinggi atau sepanjang kubur ni sebab orang zaman dulu macam Firaun tu orang dah jumpa rangkanya pun besag lebih kurang manusia hari ini.
Lagipun waktu aku pi tengok makam Ibrahim tepi Kaabah tu, kesan tapak kaki dia pun besag lebih kurang macam Arab hari ni gak la..
so besar kemungkinan Hang Tuah juga sebesar dan setinggi macam Melayu hari ini juga la..
Cuma kuburnya..confirmkah di situ?!
Kalau bukan kubur Hang Tuah, kubur siapa pula?
wallahualam...
sekian.



10 comments:

Nizam.Ariff said...

'Tak Melayu Hilang Di Dunia' membawa dua maksud, bagi aku.
Pertama, seperti yang kita tahu.
Kedua, semua yang bukan Melayu akan hilanglah dari dunia...


Kubur panjang dikaitkan dengan femes atau tak seseorang yang di tanam. Kalau femes, lebih panjanglah dari biasa. Aku terbaca pendapat itu dalam salah satu buku yang aku lupa tajuknya... mungkin boleh google 'misteri kubur panjang'...

ibundo said...

aku yang dah bepuluh tahun kehulu kehilir kat melaka ni baru sekali pegi kubur hang tuah. Itu pun dah berzaman dulu. Ishh.. kesiannya aku.

aza ni said...

versi lain mengatakan ketika menuruni gunung ledang,hang tuah hanyutkan kerisnya di sungai,katanya selagi keris tamingsari tak timbul selagi tu dia tak muncul,katanyalah.
tentang kubur panjang ni,banyak kes yang liang lahad terpaksa di besarkan pasal jenazah tak dapat dibaringkan selesa,sampai tiga empat kali sukat dan turunkan jenazah.

Cikgooden said...

aku teringin nak pi Melaka, asyik tak jadi ja...kesian anak2 aku...

Brahim Nyior said...

Kewujudan Tuah, sama ada benar atau sebaliknya tidak dapat dipastikan dengan jelas, kecuali dalam Buku Sejarah Melayu yang disusun oleh WG Shellabear dan beberapa buah lagi hikayat lain.

Pastinya, Tuah dijadikan ikon atau lambang kekuatan bangsa Melayu, ketaatan kepada pemerintah (sultan) dan sanggup berkorban jiwa dan raga mempertahankan tanah airnya (Melaka).

Hari ini, ada muda lebih kenal artis berbanding tokoh seperti Tuah.

Akhirnya, ikon anak muda berubah kepada artis dalam dan luar negara.

Lebih buruk lagi, jika mereka menagih budaya barat sebagai ikutan....

Di sinilah pentingnya nilai agama.

Brahim Nyior said...

Kewujudan Tuah, sama ada benar atau sebaliknya tidak dapat dipastikan dengan jelas, kecuali dalam Buku Sejarah Melayu yang disusun oleh WG Shellabear dan beberapa buah lagi hikayat lain.

Pastinya, Tuah dijadikan ikon atau lambang kekuatan bangsa Melayu, ketaatan kepada pemerintah (sultan) dan sanggup berkorban jiwa dan raga mempertahankan tanah airnya (Melaka).

Hari ini, ada muda lebih kenal artis berbanding tokoh seperti Tuah.

Akhirnya, ikon anak muda berubah kepada artis dalam dan luar negara.

Lebih buruk lagi, jika mereka menagih budaya barat sebagai ikutan....

Di sinilah pentingnya nilai agama.

tasekM said...

kak, aku yg dok melaka ni pun haram sekali pun tak pernah pergi. hi hi... malunya haih....




.

ASH said...

Nizam,
Mungkinkah KUBUR itu panjang disebabkan orang kemudian yang membina binaan itu tak sure exactly kat mana jasadnya dikebumikan?

kakpah,
biasala..
Kita sering begitu.Macam orang kat Bangi ni lah. Rumah Ustaz Haron Din pun tak pernah tau lokasi nya walaupun dah menetap kat Bangi lebih sepuloh tahun..tak ke haruuuu tu.

ASH said...

Azani..
sejarah tanah Melayu kekadang banyak juga bercampur aduk ngan cerita dari mulut ke mulut..
cerita yang disensasikan..

ASH said...

cikgooden,
hang ada anak dua ja..start motokar..bawak mai bangi. lajak pi melaka..terus gi tidog rumah TM..he he he.

berahimnyior,
Apa benar ada Hang Tuah? Kadang kadang aku tertanya tanya gak la..Rupanya bagaimana? Tingginya macamana? Dalam sejarah Mleyau, kita tak dak gambor muka orang orang yang femes seperti Hang Tuah dan orang yang sezaman dengannya..Kita hanya 'menumpang' sejarah yang digambarkan atau diceritakan oleh orang putih...sian kat kita! Apakah SEJARAH NEGARA kita yang sebenanrnya...Mungkinkah ada fakta fakta yang tersorok dan tidak diberitahu kepada kita?? who knows?

TM,
hang jangan lepas kan peluang..

selain dari jalan jalan, aku nak anak aku belajar dan berfikir!Itu baru bertambah ilmu..he he he