Salam,
Sebenarya kalau hujan selebat tengahari ni berlaku malam tadi memang elok ditadahkan airnya. Air hujan malam Jumaat bagus untuk dijadikan air untuk tujuan perubatan. Nak dibacakan doa penerang hati ke. Nak dibacakan doa selusuh bagi mereka yang nak bersalin ke. Atau nak dibacakan apa apa doa bagi penyakit lain juga. Air hujan malam Jumaat ialah alternatif kepada air zam zam. Air zam zam adalah yang terbaik.
Tapi malam tadi tak hujan.. Hujan turun lebat ialah pada kira kira pukul 11.30 pagi ni. Elok time aku nak balik dari sekolah. Lebat sungguh sampai menangis seorang anak murid aku ni. Dia memang takut hujan...kilat..apatah lagi kalau guruh.
Pun begitu tengahari ni hujan turun tanpa guruh dan kilat. Cuma angin bertiup agak kencang sedikit. Maka nampak macam hebat dan lebat hujan ini.
Kalau hujan hujan begini nampak memang sukar untuk balik terutama kalau kena menghantar beberapa orang anak murid ni. Berpayung masuk kereta pun akan berakhir dengan basah kuyup. Aku lah tu..
Tempias disebabkan angin kencang itu maka aku lencun, kuyup.
BELENGAIH!!..serabai habis..
.
.
.
.
.
.
.
Tapi dalam diam diam sebenarnya aku suka juga.
Macam kanak kanak riang main hujan..
yeaaaaahhhh..
sekian
2 comments:
ashley:aaa macam filem bollywood ka, guling sini guling sana...teringat pendekar bujang lapok...aanniiiii,angkat kain,,,hari dah ujan...
salah tu..
aniii,
angkat jemuran..hujan dah turun..
Post a Comment