Thursday, June 04, 2009

Milik siapakah..

Salam,

Aku meninjaunya dari kejauhan. Menilik nilik dengan kamera Nikon S200 aku yang kecil comel ini...
Ahhh..Tak boleh nak fokus dekat. Kelabu aje kalau zoomm..
Hmm..kalau lah..
jangan angan angan lagi!!

Jadi, dari jendela bilik penginapanku di tingkat 5 Mahkota Hotel itu, ini sahaja yang aku boleh klik kan. Aku melihat deretan kedai di seberang sana..
Kelihatan juga satu kubah keemasan bercampur biru.

"Masjid apakah di seberang sana tu?" detik hatiku.

"Abang, kedai kedai tu siapa yang dirikan bang?" tanya aku pada siDia.

"Entahlah..terbengkalai tuu..Abang pun hanya tahu bila TV3 highlight baru baru ni"

"Terbengkalai? Tu masjid tu masjid apa..siapa yang pergi? Jemaahnya siapa?" tanyaku lagi.

"Mana la abang tahuuu.."


Suami aku mengajakku meninjau ke seberang tempat projek terbengkalai itu selepas sarapan pagi hari Selasa itu. Oh..rupa rupanya masjid yang kami nampak dari tempat penginapan kami itu dinamakan Masjid Selat Melaka.

Hmm..sebuah masjid baru. Berhadapan laut. Ala ala masjid terapung di Terengganu. Tapi tidaklah sebesar masjid terapung di Terengganu itu.

Aku mengambil satu dua gambar. Cantik masjid ini. Tapi aku tertanya tanya..siapa yang datang bersolat di sini kalau kedai kedai yang di sekelilingnya telah terbengkalai.
Sayang...
apakah tujuan masjid ini didirikan kalau tiada yang datang berjemaah di sini.


Deretan bangunan di kelilingnya tidak berpenghuni. Kalau tidak, mungkin dapat mengimarahkan masjid ini....
Kalau dibiarkan masjid ini terpencil begini..aku risau ianya jadi SEKADAR HIASAN atau mungkin juga akan jadi tempat sang teruna dan dara memadu kasih asmara...
Hmmmmm.....alangkah ruginya..
wallahualam..
sekian...

6 comments:

ibundo said...

Memang masjid tu untuk hiasan je. Hmm alahai..

Insyirah said...

Cantik masjid tu. Alangkah sayangnya kalau tiada jemaah. Haihhh~

Nizam.Ariff said...

Port baru untuk lepak tu... hahaha

Camne nak ada Jemaah, bilangan masjid lebih banyak dari bilangan org yang nak berjemaah. Ini le kalau buat masjid macam buat tandas awam. Asal ada bangunan je, pemaju kena buat masjid dan tandas awam. Aku rasa, kalau di kawasan perniagaan cuma perlu surau je. Kalau masjid, subuh tak ada jemaah sebab kedai tak bukak lagi...

CatlinaFly said...

tulah..sayang kan...masjid cantik,selesa..tapi takdok org...

ASH said...

Kakpah,
kalau depa guna duit tu untuk buat tempat pengajian AULAD kan lebih bagus..he he

Insyirah,
tu la pasal..akak rasa kalau Architect yang buat tu orang Islam, dia pun mesti rasa ralat..

Nizam,
pegi la lepak...buat solat tahajjud ke kat situ memalam..dari ko dok mengelamun mimpi hantu..
he he he..
tapiiii..aku seriau ada mende lain pulak ikut ko balik nanti..

ASH said...

catlina,
kalau memalam takut gak nak ke sini..sunyiiiiiiiii..
ada pakcik guard jer!