Friday, June 19, 2009

Jom baring baring..

Salam,

Hari tu aku tengok blog Tijah, dia menerai Oven barunya dengan membakor ayam.

Terliooorrrr..


Jadi petang semalam, hari Khamis, aku teringat nak membakor ayam jugak
Kena pulak ada yang puasa hari Khamis..
Nak bakor sekor..takut tak habis dan membazir jer. Jadi aku bako separuh ayam tu.

Tak susah nak buatnya tau..

Aku lumurkan ayam tu dengan rempah kari daging, garam, madu dan sedikit minyak zaitun. Aku biarkan dua jam..Pastu aku bako ler..

Tengok tak berkuah pulak...jadi aku ambik bawang,cili kering, halia, serai, bawang putih dan kisar. Kisar dan campur semua..tenggek dengan santan atas api.
Kemudian dah agak agak ayam tu masak aku pun simbah simbah le kuah kat ayam tadi..

macamana?? agak agak sedap takk..ada yang terleleh air lior?

Lihat lah ayam aku di PEMBARINGANNYA..
Hey...kalau makan ayam bako ni jangan lupa buat salad..
Alaaa salad bodo pun okay perr..

ambik timun, tomato potong dadu. Pastu ambik daun salad koyakkan. Masuk dan gaulkan ngan mayonis..taraaaaa...dah dapat salad!


Kalau ada yang kempunan nak makan kambing di pembaringan..sila tengok kat bawah ni pula..

ooooo.. Ni pun boleh dibako juga...
Kalau di Bangi ni, bekalan kambing yang dah dipotong ni boleh didapati kat satu kedai yang baru dibuka di seksyen 7.
Balik bako aje...
Jangan susah susahkan diri..

amacam??

tapi aku tak bako ini semalam..
aku bako minggu lepas!

Lepas pekena semua ni..
okay..
boleh baring baring..

16 comments:

Tijah said...

sodap! sodappp!!

niari aku buat pari bakar kak. cam kera dpt bunga dah aku nih sumer nak main bako2...hehehe

DrSam said...

memang seksi betul tengok ayam bako tu buat pose. Terliur gitu :)

Nizam.Ariff said...

Ayam tu...

Dadanya montok, penuh!
Pehanya pejal, menggiurkan!
Tak sabar nak jamah...

ibundo said...

Apasallah tunjuk gambar lauk nih. Empat hari ni aku asek belasah masakan padang je. Kolesterol tinggi beb. Abis diet aku.

Budak nizam tu apekehal tu. Dah seminggu tak dapat ape keh..keh..

ASH said...

Tijah,
apalak kera dapat bunga..salah peribahasa ko tu..
Kita wat peribahasa baru "Seperti si Tijah dapat Oven"...maksudnya menggunakan dengan bersungguh sungguh serta menghargai apa yang didapati!

tapi jangan 'warm warm chicken s**t' jer menggunakannya..
ha ha

ASH said...

Dr Sam..
bayangkan ayam yang segar bugar itu.. bersalut rempah ratus ..dibakar..mengeluarkan aroma.. dengan jusnya meleleh keluar..kemudian daging ayam berperisa rmepah madu itu di cicah dengan kuah percik...hmmmmmmm..manis manis..pedas..pedas..hmmmmmm enaknya..

ASH said...

Nizam,
ko bayangkan ayam itu kat pembaringan?
atau
ko kat pembaringan terbayangkan ayam?

haihhh

ASH said...

kakpah..
takkan aku nak tunjuk gambar orang kat pembaringan..
ha ha ha

Dak Nizam tu kemaruk ayam..hari tu kan dia asyik jamah telur masin jer..

aza ni said...

ayam kira ok lagi, kambin,aku kena quarantin, padahal, atleast 3 kali semiggu pekena kambing...sllllluuuuurp...sedut balik benang lelior.

kad0k. said...

sesimple camtu ke nak bako ayam? shud ask my wifey to do the same..hehehe

salam blog..:)

zafi said...

lapo tibe2...

ASH said...

Azani,
burukkan orang tua pakai bib sapu air lior?!

kadok..
ha ah..memang simple. Tak susah susah pergi kenny roger's pun.

zafi,
tengok dalam peti ais..keluarkan ayam yang masih tak berpotong lagi tuuu..hah marinate cepat!

Nizam.Ariff said...

Asley, Kakpah,
Mungkin jugak kut kemaruk ayam sebab dah seminggu asyik jamah telur je...hahaha (telur asin)

Hamirdin b Ithnin said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ASH said...

nizam,
apo kona ejang..

ASH said...

Bro,
ayam tu yang baring..
orang lain nak kona baring tu..nasib demer le..
jangan terbaring poning kolisterol udah...