Saturday, April 18, 2009

Trauma selepas kejadian..

Salam,

Penceritaan kisah di akhir Ramadhan yang cuba aku garapkan dalam entry aku sebelum ini merupakan kisah yang benar benar berlaku dalam tahun 1979. Kejadian yang cukup menggetarkan jiwa kami sekeluarga itu telah memberi kesan yang mendalam buat diriku dan juga ahli keluargaku yang lain. Sebenarnya kejadian itu adalah kejadian kedua dalam bulan Ramadhan yang sama. Ia berlaku pada 27hb Ramadhan tahun itu. Kejadian pecah rumah yang pertama berlaku pada 15hb Ramadhan..mungkin aku akan ceritakan dalam entry yang lain.

Sebagai saksi utama kejadian maka aku terpaksa memberi laporan polis mengenai rupa bentuk mereka yang bolos masuk ke rumahku itu. Apa yang dapat aku gambarkan ialah ketinggian dan pakaian yang dapat kuamati dalam sinar lampu tidur yang samar samar.. Siapa mereka? Tetap menjadi misteri..

Rupa rupanya pada malam itu, salah seorang lembaga itu terluka jarinya ketika memotong pelepah daun kelapa dan dian kemudiannya menggunakan baju putih sekolahku yang tersidai di tepi dinding sebagai pengelap luka di jarinya...
CISSS....naya baju putih sekolahku. Terpaksa di bawa ke balai polis untuk di jadikan barang bukti.

Malangnya apalah sangat kecanggihan POLIS sewaktu itu.. Sampel darah yang begitu banyak terlekat pada baju putihku tidak boleh DI DNA kan untuk menjejak LEMBAGA itu..
Aku terfikir apakah di waktu kini, kiranya ada bahan bukti seperti itu, maka bolehkah pihak polis menjejaki si empunyanya?

....................................................................

Disebabkan kejadian pecah masuk dan 'cubaan menggugut, mencedera atau membunuh' yang telah di lakukan oleh orang yang tidak dikenali itu, kami semua terutamanya aku dan ibu saudaraku mengalami trauma yang cukup dahsyat selepas itu.

Kejadian itu menyebabkan aku tidak dapat tidur nyenyak pada malam malam berikutnya. Setiap malam aku akan terjaga dan memasang telinga kalau kalau ada bunyi yang mencurigakan. Pisau, penukul dan gunting menjadi temanku yang sentiasa ada di sisi setiap kali masuk tidur.

Kalau terdengar sahaja bunyi motorsikal atau orang berbual bual di jalanan selepas pukul 12 malam, aku akan memasang telinga dan jika perlu, mengejutkan bapaku untuk mengawasi keadaan.

Selepas kejadian itu juga aku tertanya tanya siapakah gerangan mereka yang menjadi HANTU LEMBAGA yang tak diundang ke rumahku itu.
Apakah tujuan mereka sebenarnya??
Adakah mereka datang untuk mengugut kami satu keluarga?
Kenapa ibu saudaraku yang diganggu gugat?
Adakah mereka dari kalangan yang dia kenali?

Atau..

adakah mereka ini inginkan sesuatu dari IBU SAUDARA ku?

???????????

sekian.

6 comments:

GPI said...

pelepah daun kelapa dan dian ?
Dian tu lilin kan..
nak buat ape agaknya...


* Mujur la teman blm knl ape2 lg.. perasaan takut pun x de lg...
(Belum mumaiyyiz)

ASH said...

Pelepah daun kelapa tu demer ikatkan wayar hidup.
Lilin lilin tu demer pasang kat luar rumah.
'BERKAMPUNG' kat luar..
Tapak bilik air yang dah ada sekarang.

ibundo said...

ish... aku cukup takut kalau ada orang pecah masuk rumah.
Kita slalu kata, nak amek barang ke duit ke amek la... jangan isi rumah dipengapakan.

Tijah said...

org cam kita2 ni kalu rumah kena pecah masuk mmg org tak amek pot. cuba vvip tengok? baru sms sket dah kecoh sampai masuk paper.

Anonymous said...

Assalam mu alaikum wr wbt
Saya ikut cerita ini dari mula tetapi tak dapat bagi komen yang sesuai.
Tapi kadang-kadang polis pun tak pandai juga nak buat keputusan sebab mereka memang tak pandai nak tolong orang macam kita, tapi kalau orang golongan VIP dia buat cepat sdikit. Itulah standard pemikiran polis malaysia.

ASH said...

kakpah,
bayangkan kesan psikologi yang dialami oleh seorang budak kerdil berumur 12 tahun itu..

Tijah,
yo lah..aku nak jadi VVIP la
he he he..

alberangque,
tak pandai satu hal.
buat buat tak pandai satu hal lagi..