Salam..
Rumah aku tak ada bibik. Aku tak mampu untuk ambil bibik kat rumah ni. Aku tak mampu nak sediakan pasarana untuk seorang bibik. Rumahku dah cukup padat ngan anak anak jadi aku tak mampu nak sediakan sebuah bilik khusus untuk bibik. Tapi aku perlukan pembantu. Lebih tepat lagi pencuci..Hey bukan serbuk pencuci yer..Maksud aku tukang cuci. Bukan nak cuci pinggan mangkuk jer..tetapi nak mengemas dan membersihkan rumah ini.
Anak pompuan?? Alahai..bebudak ni pagi petang sekolah. Yang besor setakat boleh kemas bilik demer jer..Tukang sepah rumah ni ada dua, si Mawaddah dan si Muhammad. Yang tak berhenti henti creativiti dan aktiviti mereka dalam menyelongkar, menyepah dan membuat rumah kelihatan seperti TONGKANG PECAH!
Dalam ramai ramai anak, aku rasa demer berdua yang paling suka menyelongkar. Demer selongkar beg beg kakak. Demer selongkar buku buku di almari. Demer menyelerakkan suratkhabar yang dah bersusun. Demer selongkar almari kasut. Kasut tinggi aku yang ada satu tu pun si Mawaddah bukan main suka meggayakannya. Kadang kadang aku rasa malas dah nak mengemas..Lantak komer le..Buku kakak kakak lambat lepa jer..Kalau tak disimpan dengan elok, alamat jadi mangsa adik adik. Kena koyak atau kena conteng!
Kakak yang besor besor pun kekadang hangen dengan budak berdua ni..
Si Muhammad PANJANG AKALnya..diajaknye pula si adik cekenit yang sepoting habis.
AKIBATnya rumah aku ni selalu berkeadaan baik sikit jer dari TONGKANG yang PECAH di perairan SELAT MELAKA zaman dahulu kala.
Jadi aku PERLUKAN CLEANERRRRRRR!!
tolong tolong..Miss ELI...( errr wat I mean Buk ELI )
Kam bek kam bek..please help me!
Ya..dulu aku ada TUKANG CUCI rumah. Aku hepi habis..Bagus kerjanya.
Datang rumah aku dua kali seminggu. Hari Selasa dan hari Jumaat.
Setiap kali datang, dia kerja 2 jam setengah. Kadang kadang lajak sampai 3 jam.
Dari pukul 2 pm hingga pukul 4.30 pm.
Kerjanya mencuci segala habuk habuk yang melekat di cermin tingkap, sliding door, kipas kipas, cermin almari, cermin gambar..pendek kata..kat mana ada habuk, dia akan lap dan lap dan lap..
Dia juga akan memvakum seluruh lantai rumah. Bawah karpet, atas karpet, bawah kerusi..atas kerusi..bawah katil etc etc..sehingga tiada lagi habuk habuk..LEGAAAA..
Dia juga akan tolong mengeMOP seluruh lantai di rumah ini. Living room, bedrooms and kitchen..SYUKURNYA!!
Dia juga akan menjadikan bilik air aku bersih berseri seri dan harum semerbak mewangi.
Dia juga akan membasuh lantai porch hingga cantik. PENDEK kata, aku terasa duit yang aku bagi kat dia tu WORTH it.
Eli, cleaner yang datang dua kali seminggu tu adalah tukang cuci TERBAIK yang aku pernah dapat.
Cakap tak banyak. Kerja cekap dan pantas. Tahu jer nak buat apa. Kalau dia dah bersih dan lap lap segalanya pada hari SELASA, hari Jumaat itu dia seperti tak da kerja.
Jadi dia akan cuci dapur, oven, peti ais dan kabinet dapur. Dia sentiasa mencari cari benda benda yang perlu dibersihkan dan dicuci. Macam workoholic pun ada gak dia niii..Kalau dah tak de menda nak buat, aku suruh dia sterika baju anak anak dan lipat kain. SONANGkan kerja aku..?
Tapi KINI, Eli sudah tiada lagi..Dia dah balik ENDON. Balik nikah. Balik for good...
wa wa wa..aku pulak mulanya dapat ler pengganti tapi TAH haper haper..
Ada cleaner yang tak reti nak clean.
Ada yang bagus, tapi selalu jer MONTENG. Kita tunggu tunggu dia, tak datang. Janji tak leh nak tepati..
Ada yang datang, mulutnya pot pet pot pet tapi WADUHHH mata asyik nak NONTON TB ajerrrr...kerjanya curi TULANG!
Malas le aku nak ngambik yang gini..
Tapi aku tetap PERLUKAN CLEANER...
HELP me! help me please!
A nice good cleaner....WANTED IN THIS HOUSE..
sekian
11 comments:
also wanted in our house...
huhu...
kalo dekat boleh jugak guna org yg sama..
*tapi area ni, x dengar pun ada servis cleaner macam tu..
hehe.. tak dapek den nak nolong e.
.
.
budak-budak kecik macam tu lah. kuat menyepak. tak leh pasang alas meja. tak leh letak hiasan. tak leh rumah nak melaram.
Tunggu depa besar dulu, baru rumah boleh jadi kapal pelancong hehe..
Kita masa kecik dulu pun camtu agaknya yek? Aku tak ingat lagi dah...
Tapi, satu peristiwa masa aku umur 7 tahun.... nantilah, panjang. Aku n3kannya...
Ashley:Susahkan ada bibik pun payah tak da pun payah, agak agaknya boleh dapat ke local yang nganggur masuk line bibik ni?
SKSV,
Iya kalau ko di KL, enggak ada masalah...
Sambung komen..
ada jer si kenit tu..
Kak pah,
kapal pelancong..ha ha ha..
macam rumah mak aku kat kampung. Dah bersih sangat pun TAK BEST GAK!!..bila kotor jer, OPAH/UWAN/TOK leter..bising kat CUCU....
Nizam,
Ni mesti cerita flash back yang thrill ni. Sampai nak buat entry..
waduhh..nanti aku visit rumah ko..
Azani,
Masalah ngan BEBUDAK KITA..tak nak kerja rumah orang..TERKURUNG.Tak bebas..tak leh rendek..walhal kadang kadang aku rasa lebih baik. makan, tempat tinggal tersedia..duit masuk tak kacau langsung. BOLeH SIMPAN. Aku ada gak kawan yang dapat pembantu rumah orang Malysia.Tapi anak yatim ler..jenis orang yang SUSAH sesangat. Tuan rumah suruh dia belajo agama sambil sambil tuu especially bila anak anak tuan rumah dah besar..dan kahwinkan dia bila tiba jodohnya..Persaudaraan kekal sampai sekarang.
mmm.. saya yg tinggal berdua pun tak larat nak mengemop seluruh rumah ..vakum pun sabtu dan ahad coz isnin till jumaat dah tersadai ponat..
sori sy tak kenai la sapa2
jcmi,
kalau tinggal berdua okay gi.
Mop untuk seminggu, tak de sapa kacau..
untuk petang sahaja, menyapu 3 kali. belum malam lagi, sebelum tidur nyapu sekali lagi..
he he
Aku ada tag hang tau.
salam..wahhh susah nak cari pembantu sekarang niii
kakpah,
aku cuba nak prsc tu tapi tak dapek..jadi aku tak dapat la nak jawab tag tuuuu.kalau dapat nanti, aku cuba la..
arsaili,
tu la pasal..
Post a Comment