Salam,
Hari ni aku tension gak kat sekolah tadi.
Bukan apa..
Sikit hari ni aku tengok perangai dua tiga orang anak murid aku makin menjadi jadi..
Nak dimarah, budak umur 5 tahun.
Tak dimarah..ewaaaahh naik lemak cholesterol TINGGI le pulak.
Lemak tahap tepu pulak tu.
Tak makan dek saman.
Silap haribulan mak pak dia yang menyaman kita..
Ada empat orang yang dalam pemerhatian aku.
Kira BLACK LISTED le ni..kui kui kui.
Badan tak der le macho macho macam Malek Noor ke sapa ke.
Tapi perangai ala ala Mike Tyson gitu.
Sikit sikit nak bertumbuk..sikit sikit nak bergocoh.
Yang kenit cekedeng pun tak padan ngan cekenit.
Gaduh..waaahh tumbukan bertalu talu gituuu.
Muka cam innocent boyish looked..ala muka budak home alone.
TAPI..gaduhnya macam MIKE Tyson..
HISSSSHH geram betul aku!
Kalau hari hari macam ni, mau aku SOMERSAULT kat kelas tu!!
BERSILAT meleraikan..
1. Si 'FUTAN' cakap pun tak berapa terus lagi.
Buat kerja pun ala kadar jer..
ABC jangan cakap le..kenal pun tak lagi.
yang dia suka..Ngaco orang. Conteng kerja orang..
2. Si Mikey ni pulak, tak lekat kat kerusi.
Samada dia merayap cari gaduh..
ejek kerja orang atau pun meniarap bawah meja ngusik budak pompuan.
Pastu kerja sendiri tak buat.
Bukan tak pandai..
pandai budak ni tapi GRRRRR..
kaki rayap macam 3 orang anak murid aku 2 tahun lepas, ( si hafiz, si zakwan, si rasyid..exactly a repetition)
3. Si Hikey, rupa cam innocent. baiiiikk gitu. tapi mak aii. Kalau orang bergaduh, dia yang sesibuk tukang belanya. Katakan si Futan gaduh ngan si Mikey..
EH! DIA YANG masuk campur..
Dibantainya si Futan ni pulak..
Kira macam dia berbulu la ngan si FUTAN..
Apahal pulak dia yang jadi TUKANG BELA.
4. Si Hadi boy nii..budaknya pandai tapi aku tension sebab dah mula joint ngan budak bertiga ni. Kalau dia tumpu buat kerja, memang kerjanya 5 bintang. Tapi..buat cam mana demer ni berkawan sekejap..berkelahi sekejap.
Kalau sekadar sikit sikit tu, aku tak kisah sangat.
Ini BERTUMBUK cam mamat kalah lumba motor..
APA HAL!!
TU YANG AKU TENSION tu...ADOOOOIIII
(cam no nak buek kalau beritau makpak pun....responsenya: ye ke, anak saya cam gitu???)
12 comments:
ko bagi jer ubat batuk kak. biar dier lalok sampai balik. wakakakaa...
Ye ke dia orang sampai cam gitu?
.... (nyorok balik nyiru...)
si tijah tu memang suka bagi cadangan merapu.
weh, tensen semacam bunyik nye. hmm.. jangan join penyakit kak Ti ko udah le. Penyakit darah tinggi tu...
Saya cadangkan..
cikgu Ashley bukak balik buku Psikologi Kanak-kanak yg pernah cikgu baca sebelum ni..
Tengok bab rewarding.. reporting.. punishing.. sebelum sampai bab.. expelling... @ sacking... hehehe..
jgn killing udah ler... kuang 3x
*kalo nak, kat rumah saya ada.. versi BM...
Tijah,
karang dia lalok sampai ke tua, nyesal tak sudah pulak aku...
Nizam,
OOOOO si paku payung gaduh tumbuk desyum desyum ala pilem hidustan gak la, kan?
kakpah,
sikit hari ni aku rasa nak bukak kelas lain la..
kelas BOXING!! aku jadi referee..
GPI,
tak tahu la samada aku nak kena refer buku Children Psychology atau aku yang kena Psiko lak..budak budak ni pandai tau..
Bila aku marah jer, demer mari peluk aku...
KATANYA, 'Sayang Cikgu'!! ala ala pilem anakku SAZALI gituuu.
Nak kata 3 stooges dah terlebih satu, enam jahanam pun tak cukup korum...geng tok empat ni!
Dr Sam,
demer ni pandai..mentang mentang aku tak ramai anak lelaki. demer psiko kan aku..
Dr Sam kena bagi advice bab Ragam Anak Lelaki!
ashley:apa kata kalau rakamkan aksi depa , lepas tu panggil mak bapak dan kasi tonton?Bukti dah ada,takkan nak deny?
Salam, Puan Ashley!!
Kalau masa kat pra sekolah gitu perangainya, nanti bila sampai sekolah menengah jadi malaunlah pulok budak tu.
Hanya kalau boleh semasa pra sekolah mak pak bebudak tu dah sedar kenakalan anak-anak mereka. Kalau mereka dah sedar jahat atau nakal anak mereka nanti insaflah depa bila cikgu kata anak mereka nakal. Kalau tidak depa selalu kata anak depa tersangatlah baik hingga pijak semut tak mati waktu dirumah. Kat sekolah jadi pelesit..
Mula posting ini dibaca di rumah Najlaa tapi tak sempat nak komen, bila balik rumah sendiri baru sempat masa. Adios..
azani..
good suggestion..
alberangque,
bagi saya, hopefully kenakalan mereka ini biarlah setakat pra sekolah sahaja..by the time they grow up, hendaknya dapatlah akal fikiran mereka berfikir dengan lebih waras lagi dan tindak tanduk mereka lebih menjurus kepada akhlak yang baik...ITU HARAPAN DAN DOA SAYA..tak mau la depa jadi malaun pulak..Nauzubillah!!
TANG MAK PAK tu...takleh nak kata apa..
Cikgu,Qaiyum ada join tak?kalau pe'el dia tak senonoh tu report ya.sy sokong cikgu.kdg2 bdk2 ni bila ada kwn perangai dia menjadi2 weh.sy rs ada pengaruh tb,cd gak kot.asyik tgk ultraman,rangers duk betumbuk je kan.dia pun nak practice ler.risau gak kat Qaiyum tu.sy akui silap parents tu.parents kena berubah dulu br ank2 ok kan.mendidik ank zmn skrg mmg mencbr
Mak Qaiyum,
memang PENGARUH UTAMA adalah TV,Internet dan pelbagai media yang lain...
dan memang mencabar untuk mendidik anak sekarang ni.
Pun begitu..dalam pemerhatian saya, so far Qaiyum boleh dikategorikan dalam anak yang mendengar kata dan patuh arahan.
Insyallah..so far so good.
Post a Comment