Thursday, April 09, 2009

Bismillahi tawakkaltu 'alallah..SUKAN AULAD!!!

Salam..

Rasa tertekan juga kalau dah letih melatih bebudak ni untuk bersedia dalam acara sukan, tup tup mak demer kata tak boleh datang..

kesian bebudak tu.. ( lagi kesian pada cikgu yang melatih dan mengharap nak tengok anak muridnya berlari lari mempamerkan sedikit skill berkawan dan berpasukan..)

alahai alahai..
aku rasa sayu le sesangat!! sedih juga le..

Yang tak boleh datang tu termasuk le RUNNER pasukan lari berganti aku, si Luqman.
Dia mungkin tak datang sebab minggu ni nenek kat kampung sakit kuat. Dah tak datang semenjak hari Selasa lagi.
Sian kat Luqman ( sian kat cikgu Luqman) dan simpati juga pada keluarganya..

Lagi yang tak dapat hadir pula, si Suhail..keluarga pergi Melaka kata bibinya..sebab musabab tak le aku tahu..mungkin ada kenduri kut.

Shamim pula tak dapat datang sebab mak dan ayahnya dah tempah tiket untuk pergi hari kecemerlangan abangnya kat SBP..hmmm..buat cam no..
( aku pun nak kena hadir Hari Kemerlangan anak aku Sabtu ni. Si Maryam balik hari ni dari MRSM untuk ambil hadiah PMR dia tu nanti)

Terpaksa la aku mencari pengganti untuk gantikan tempat mereka yang tak datang ni.

Aku berharap sangat la pada mak ayah supaya bersiap sedia awal. Jangan macam tahun lepas. Ada yang 8.30 pagi baru sampai..Anak dah terlepas acara yang disertainya.

SUKAN AULAD start selalunya awal sebab kita tak nak anak kita BERJEMUR TERLALU LAMA nanti..
(cikgu pun berpinau mata kalau dah lambat sangat..BERDESING panasnya..)

So by 7.30 a.m patut semua anak anak dah bersedia di padang...Lagi awal habis lagi bagus.

(tahun lepas mak ayah ramai yang ingat start pukul 8 a.m..jenuh cikgu nunggu anak sebab nak cukupkan KORUM pasukan..)

SO JANGAN LUPA BAWA AIR dan makanan juga sebab nanti tengah tengah cikgu berlari terkejar ke sana ke mari, mak ayah sibuk menanya cikgu..'ERRR ada sediakan sarapan tak cikgu untuk anak anak ni?'
Memang le ada tapi untuk ANAK AULAD sahaja..jadi kalau dah datang ngan mak ayah, adik adik dan atuk nenek kenalah pandai pandai bawa bekal sendiri..

DAN YANG PALING PENTING, JOM BERI KERJASAMA UNTUK KELANCARAN MAJLIS SUKAN INI...INSYAALLAH..

oh ye...anak anak YANG MASUK ACARA TARIK TALI, jangan balik sebelum berentap TAU!
Lawan tetap lawan...he he he...
(menang kalah..biasele..dah adat bertanding.....)

kesian...

errrr maksudku
sekian..

7 comments:

ibundo said...

Yeah...ahad ni kita lawan. Aku nak sokong pasukan mana hah?

ASH said...

Pasukan apa apa ajerrr..
.............
Go PURPLE GO!!

Nizam.Ariff said...

Tak ada cabutan nombor bertuah ke?
Kesian kat Kakpah... kasi chan le dia dapat (tukar le nombor masa nak umumkan pemenang) hahahaha

Tijah said...

kakkk...aku nak lari dlm guni blehhh???

aza ni said...

semoga temasya sukan aulad abda berlangsung dengan baik dan jayanya.Dan semoga pelari dan peserta harapan dapat menghadirkan diri dan menyertai sukan tersebut pada waktu dan tarikh yang sepatutnya.Amin.Juga semoga yang turut menjayakan diberi kekuatan, kecergasan dan kesihatan oleh Nya.

Unknown said...

Sukan kuatkan jasad ceriakan minda sambil itu kuatkan ikatan silaturrahim.

ASH said...

Nizam,
kalau hang mai pun boleh dapat kerja jadi petugas..hang mai la.Boleh try tengok kut kut nombog kat buku hang naik..dapat KERETA kecik sebijik dua..he he he..kalau sian kat kakPah boleh le bagi hadiah tu kat dia..

Tijah,
mak mak kena kukog NYOK kut..tak berani nak bagi guni..takut tak muat lak guni tuuuu..ahaiii

Azani..
aminn aminn aminn dan semoga cikgu ni menang hadiah cabutan bertuah lagiiii amin amin amin..hari ni JUMAAT kan? semoga doa makbul!!

Mountdweler..
ye benarrr..Jom bersukan!
mai jangan tak mai!