Thursday, April 16, 2009

Suatu malam di akhir Ramadhan..

Salam..

Aku tersentak dari tidurku. Kelemasan. Bucu kelambu yang aku pasang di selak pintu entah bagaimana boleh terungkai. Kain kelambu yang berbau sedikit hapak itu jatuh di mukaku. Mungkin disebabkan itu aku terjaga..

Aku cuba bangun..
Keinginan untuk mengikat tali kelambu itu semula tiba tiba tersentap apabila kulihat pintu dimana selaknya kuikat tali kelambu telah terbuka luas..
Kelihatan dalam samar samar lampu tidur rumahku, satu lembaga manusia menyusuri masuk ke ruang tempat tidurku..terhendap hendap di sebalik kelambu.

Hatiku berdebar..lembaga ini bukan ayahku..bukan juga adik adik lelakiku. Hanya ayahku sahaja lelaki dewasa di rumah ini. Adik lelakiku yang pertama baru di dalam darjah dua dan sedang baring berdengkur di sebelahku manakala adik lelaki yang satu lagi hanya berumur sekira kira dua tahun.

Aku terdengar batuk berkokol ibu di bilik sebelah.

'Koh koh koh'..

Mungkin ibu minum ais sewaktu berbuka. Mungkin juga panas dan letih kerana menjemput kakak dan ibu saudaraku dari asrama mereka di Ipoh petang tadi.

'Ibu..tolong lah.'
'Bangun bangun..ada lembaga sedang mundar mandir dalam ruang kamarku..' jerit hatiku.

Aku melihat lembaga itu terhendap hendap. Aku menahan nafasku. Debaran jantungku mengepam darah seperti terasa seperti mahu meletus. Kakiku kesejukan..
Lembaga itu begitu hampir denganku. Yang memisahkan aku hanyalah lapis kelambu yang telah menutup separuh muka ku itu..Aku sukar bernafas. Mungkin tersesak dengan lapisan kain itu atau juga mungkin kerana debaran jantungku yang begitu cepat.

Dalam samar samar lampu tidur itu, aku menggigil. Aku berharap lembaga itu tidak menyedari semua itu..


.............................................................sambung

okay... aku cuba sambung selepas rehat dan tidur tengahari Jumaat ni.

Lembaga itu kemudiannya keluar melalui pintu. Ku ingatkan ianya telah berakhir. Lima minit berlalu..
Lembaga itu datang lagi. Kali ini kelihatan berdua. Aku terlalu takut. Aku sekadar memerhatikan mereka. Mundar mandir..keluar masuk rumah melalui pintu di ruang kamar aku yang hanya berdindingkan pengadang kain.
Ya...aku tidak mempunyai BILIK yang sebenar. Sekadar ruang kamar cukup untuk seorang kanak kanak berusia 12 tahun yang masih belum baligh lagi.

Lembaga berdua itu cukup bebas memasuki ruang rumahku. Lesap mereka ke dapur..

'GEDEGANG!!'

Aku terdengar bunyi talam bulat kepunyaan ibu yang mungkin tersandar di dinding jatuh. Mungkin lemabaga itu tersadung talam bulat itu. Kami menggunakannya untuk meletak juadah berbuka puasa tadi. Mungkin ibu saudara terlupa meletakkannya di tempat asal.

Tapi malangnya bunyi itu tak menyedarkan sesiapa..

'Koh koh koh..ehmm ehmm' bunyi batuk dari ibuku lagi.

'Tidak sedarkah ibu atau ayahku? Ada dua lembaga yang sedang bebas lepas di dalam rumah ini. Bangun!... Bangun!...Entah kenapa mereka masih tidak sedar sedar..Mahu apa dua lembaga ini??' jerit hatiku lagi.

Ketakutan menguasai diriku. Aku tidak dapat bergerak apatah lagi untuk menjerit meminta tolong.

Mereka keluar masuk lagi dari pintu itu. Aku melihat dalam samar samar mereka membawa sesuatu. Seorang yang bersusuk tubuh agak kecil memakai baju yang agak cerah dan mempunyai jam tangan yang bersinar samar samar dalam lampu tidur rumahku. Aku tidak dapat mengecam mukanya. Seorang lagi memakai baju yang gelap, agak tinggi dan kurus. Tidak dapat ku kenali juga dalam sinar lampu yang sebegitu.

Hampir sejam mereka mundar mandir, susup sasap dalam rumahku. Entah apa yang mereka kerjakan...dan aku berkira kira menunggu masa untuk ibu atau ayahku terjaga untuk bersahur. Esok masih ada lagi baki puasa untuk 2 hari lagi sebelum Syawal.

Sedang aku berkira kira serta berharap ibu bapaku bangun untuk bersahur, tiba tiba aku dikejutkan dengan satu jeritan yang cukup nyaring dan mengerikan datang dari arah bilik ibu saudaraku.

'TOLONG!! TOLONG!!'...ADUIIIIIIIIII!!!!Tolong...

Ngeri dan nyaring benar suara jeritan ibu saudaraku. Aku yang sememang telah lama terjaga bangun tegak berdiri di tepi katilku. Lembaga yang aku takuti tadi melintas di hadapan ku seperti kilat dan terus berlari keluar dari rumah melalui pintun yang telah lama terpelahang tadi. Aku memasang lampu..
Nampak mereka berlari terus naik ke bukit sebelah rumahku..dan lesap di mamah kegelapan pagi yang cukup dingin dan mengerikan.

----------------------------------------------------

'Siah! Siah!.Awatnya??' ayahku bertanya kepada ibu saudaraku.

'Astagfirullah..'

Kelihatan satu wayar hidup yang disambung ke soket peti sejuk rumahku diikat dengan satu kayu pelepah daun kelapa. Hujungnya yang satu lagi telah dikenakan pada betis ibu saudaraku..oleh lembaga tidak berwajah itu.

Lebam betis ibu saudaraku dan dia begitu lemah sekali..

Apa motif lembaga tadi?
Mengugut?
Merompak?
Cubaan membunuh?

------------------------------------------------------

................dan kejadian itu tinggal menjadi misteri sehingga ke hari ini dan aku.......ya aku...

aku ADALAH SAKSI UTAMA....

sekian.




4 comments:

Nizam.Ariff said...

Habiskan je la...akak memang jahat...potong stim betul la malam-malam jumaat ni.

Nizam.Ariff said...

Ok. Aku sambung...


Bila aku tersedar semula, hari telah pun siang, matahari membakar ganas di luar. Mungkin bahangnya membuatkan aku tersedar dari tidur... atau mungkin pengsan???

Aku cuba bangun tapi kepala aku masih pusing. Akhirnya, aku sedar. Segala yang aku simpan untuk hari bahagia telah tak bermakna lagi, segala-galanya punah. Benda yang aku simpul dan balut, kini terurai, tanpa pengetahuanku.... aku amat sedih! Marah! Kecewa!





Mereka makan ketupat tak ajak aku di pagi raya yang penuh bahagian ini. Habis sarung ketupat yang aku balut semalam bersepah merata-rata...

Insyirah said...

hahahaha... nak tergolek baca sambungan citer Nizam.Ariff.

sapa yg potong stim sapa ni?

ASH said...

weh Nizam..
kut ye pun jumaat, jangan le gelojoh sangat..
bawak bertenang..

memandai jer sambung cerita..
ha ha ha
ini sepatutnya cerita lima sekawan la..bukan cerita lebai malang..

alam,
si nizam ajer nyer ghoper itu..melalut..tukor habeh jalan cerita aku.