Wednesday, July 11, 2012

Jari ibu luka..

Assalamualaikum,

Ini jari ibu.
Jari ibu luka.
Jari ibu luka kena kaca.
Ibu cuci luka itu.


Aku baca bersama sama dengan anak anak muridku bacaan ini hari ini.
Tak dapat membunyikan huruf, aku mengejanya.
Membunyikan huruf.
Membunyikan sukukata.
Mengeja dan mengulang ngulang bacaan.

Anak anak murid aku ternganga nganga kerana mengulang ngulangi ayat.

" Ini ibu jari"
" Jari ibu luka"
" Jari ibu luka kena kaca"
" Ibu cuci luka itu "

Ada yang dah kenal dan merangkak rangkak membaca.
Ada yang menghafal dan mengikut saja.
Ada yang entah apa apa dibacanya.

Kemudian untuk menduga samada mereka benar benar tahu sukukata yang diajar maka aku akan menyuruh mereka menunjuk perkataan yang aku baca secara rawak.

LU - KA....mana LU-KA??
I-BU....mana I-BU??
CU-CI...mana CU-CI??

Kemudian aku suruh mereka baca ayat ayat seorang demi seorang.
Aku tunjuk ayat secara rawak juga.
.
.
Ada yang boleh dan ada yang ternganga nganga!
Ada yang terus menangis...dan yang sorang ini memang perangainya begitu...
Tak boleh ditanya!
AYOR MATAnya yang  keluor terlebih dulu!

Sambil aku membaca ayat ayat ni, aku minta belas kasihan anak anak muridku.
Ibu jari aku pun  terluka semalam.

" Ini jari cikgu!" kata aku.
" Jari cikgu luka!" sambungku lagi.
" Jari cikgu luka kena pisau "

Habis mereka mengkerumuni aku meninjau ninjau ingin melihat ibu jari aku yang telah terhiris satu inci.

" Cikgu potong apa? " tanya Dini.
" Ayam.."
" Cikgu masak apa?" tanyanya lagi.
" Ayam bakar"
 " Kenapa cikgu tak balut? Mak saya pernah luka jari juga tapi mak saya balut " katanya lagi.

Hmmm...aku tak jawab.
Luka di jari aku  ni tak seteruk mana.
Lainlah kalau luka di hati.

Kalau hati ibu luka macam mana nak dibalut dan dirawat gamaknya?
Kan?

Hmmmm...entah kenapa dekat dekat Ramadhan ni teringat kat mak aku pulok.
.
.
.
Harap harapnya mak aku tak luka jarinya ....juga HATInya!
Kalau aku pernah melukakan hati mak, maafkan aku....terutamanya sempena nak masuk Ramadhan ni.

Apa pun sempena Ramadhan yang semakin hampir ini, aku minta maap dari semua kawan kawan di cyber world ni.


Yang kenal atau tak kenal...
Yang dekat atau yang jauh...
Yang gemuk atau yang kurus..
Yang dah bertemu atau yang tak pernah jumpa..
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang terliur atau pun yang tak heran........bila tengok ayam bakar aku ni!!


sekian


7 comments:

Encik H said...

Moga arwah mak saya tenang kat sana..insyaAllah..:)

Nizam.Ariff said...

aku pun nak buat maca sorang budak tu la...

bila bos tanya je, aku terus keluarkan air mata... boleh?

tasekM said...

mengadanya nizam.
aku rasa nk siku.









mohon maaf dr kakak juga..


.

ASH said...

Encik H,
Yang diharap seorang ibu ialah doa dari anaknya...

Nizam,
Beso macam ko nak nanges?
.
.
.
.
hmmmmm...
kalau dia belaih, cuber ler.

TAS,
.
.
Dia nohen jer kalau ko siku.
.
.
.
sama sama ler kita, ye...

DrSam said...

hati saya tak pernah terluka dengan tuan punya blog ini. Cuma kekadang tu adalah juga terkeluar sikit air mata - sebab gelak sakan baca nukilan mencuit perasaan.

ASH said...

DrSam,
.
.
tetiba rasa terharuuu..
haha
.
.
nanti raya ke 5 kalau terlajak ke perak, jemput ke rumah mak saya.
Adik bongsu kenduri.
23hb Ogos 2012.

zafi said...

adehhh tak agi la cenggini... ayam itu so tempting! ate nak resepi!! luka sungguh hati ku!