Wednesday, July 18, 2012

Apakah..

Assalamualaikum,

Kadang kadang aku bertanya pada diri aku soalan soalan ini..
Mencari cari jawapan...
Menimbal balik....
Mengimbangi diri...
Mengingatkan diri pada umur yang tinggal entah berapa hari..

Kenapa orang berebut rebut solat sunat SUNAT berjemaah TARAWIKH kat surau masa bulan Ramadhan tapi taknak memenuhkan surau atau masjid semasa SOLAT FARDHU lima waktu pada masa masa lain.

Kenapa orang perempuan selalu persoalkan solat di SURAU atau MASJID kena bermuhrim dan mendapat izin suami sedangkan nak pergi SHOPPING untuk raya atau pada hari hari biasa atau jumpa geng geng takder berteman pun?

Kenapa kalau pergi ke Mekah buat UMRAH atau HAJI tak kira perempuan atau lelaki semua berebut rebut nak solat jemaah walaupun berjalan kaki berpuluh puluh meter dan termengah mengah tapi bila balik Malaysia...surau atau masjid  tepi hidung dah tak dijengah?


Aku tanya lagi...


Bukankah Ramadhan itu bulan MADRASAH...bulan pengajian, bulan menjalani latihan ibadah  intensif?
Sepatutnya segala solat sunat dan fardhu dan amalan baik itu diteruskan pada bulan bulan yang sebelas lagi.
Solat fardhu lagi cantik kalau berjemaah.
Bacaan Al quran kan lebih molek diteruskan sepanjang tahun.
Puasa sunat alangkah indahnya dibuat acapkali?

Pandai la orang perempuan buka hukum bila tiba masa nak ke masjid atau surau...
Tu...kalau pergi ofis, pergi shopping, pergi merayap merata tu....???
Baju jarang tu nak pergi mana tu?
Ketat sendat tu pakai hukum mana pulak tu??
Ishhhhhh....
hehehehehehe
MOLEK ke diaaaaa jerr...


Hah...bang Haji, kak Hajjah ....
Ko ingat ingat sikit...
jangan menangis..... huhuhuhu...kat depan Kaabah jerr
Balik Malaysia adalah cabaran sebenor benor nye..


Aku ingatkan diri aku jerr..
Bercakap sorang diri pada skrin kosong..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Takk...aku tak gila!
Jangan tuduh aku bukan bukan...
Apa kes pulok kan?



 p/s....bulan puasa ni adalah masa terima gelang TH. Bagi mereka yang berkenaan sahaja..


sekian






2 comments:

Gurindam Jiwa said...

Adalah dikatakan syaitan akan dibelenggu pada bulan Ramadhan. Jadi kira syaitan ni takut la bila mai bulan Ramadhan. Sebab akan dibelenggu.

Tapi Pengerusi Surau pun takut gak bila mai Ramadhan ni. Sebab bulan ni lah paling banyak kerja. 29 atau 30 hari berturut² pulak tu.

Orang lain boleh tumpu nak rebut peluang buat pahala ja. Pengerusi ni apa semua kena balun kat dia, kadang tak tau mana nak tumpu. Maklumlah, ada jemaah ni tau komplen aja, hu hu...

Selamat Menyambut Ramadhan alMubarak...

:-)

ASH said...

Pahala lebih kat Pengerusi tu..
.
.
.
para makmum dapat had kodi kodi jaa.
had pengerusi special punyerr..

okay laa

janji IKHLAS!

Tang komplen tu BIASAAAAAA...
.
.
sampai di MEKAH pun orang dok komplen.....syarat SAH kut!