Assalamualaikum,
Sewaktu di kelas tadi aku mengajar kira kira campur kepada anak anak murid ku.
Untuk memberi gambaran yang jelas tentang olahan kira campur itu, aku gunakan pengepit baju sebagai alat bantuan mengajar. Sebelum ini aku pernah gunakan gula gula sebagai alat bantuan mengajar.
Penggunaan gula gula sebenarnya memberi impak yang lebih kerana kanak kanak suka akan gula gula. Sessi pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan pada akhir waktu, semua anak anak akan lebih bersungguh sungguh mencari jawapan yang betul kerana akan dihadiahkan dengan gula gula. Pun begitu bagiku kesan sampingannya pula ialah selepas satu sessi pembelajaran, anak anak akan mula tertunggu tunggu untuk dihadiahkan gula gula lagi.
Heppppppp... cikgu tak boleh bagi gula gula lebih lebih la sayang....
Nanti gigi cepat RONGAK!
Bercakap tentang gula gula ni, aku ada suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan.....
.
.
.
.
.
.
.
Sebagai seorang kanak kanak yang berumur sekitar sembilan tahun di waktu itu, aku memang rajin bila disuruh pergi ke kedai.Tetapi kalau aku disuruh pergi oleh sesiapa selain mak atau abah aku maka diwajibkan ke atas mereka itu membayar UPAH kepadaku.
haha
Pada suatu hari sekitar jam 4 atau 5 petang, ibu saudaraku yang berumur sepuluh tahun lebih tua dariku menyuruh aku ke kedai. Kedai runcit Ah Hock terletak lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari rumahku.
" Nin, tolong beli envelope kat kak Yah, jap..." kata Kak Yah ( dia membahasakan dirinya kak saja walaupun dia sebenarnya ibu saudaraku )
" Duit??? " aku tanya kepadanya.
" Envelope, tiga kupang."
" Upah??? " aku tanya lagi kepadanya.
" Dua kupang....duit baki. " kata ibu saudaraku sambil menghulurkan duit lima puluh sen kepadaku.
Dua puluh sen sangat besar nilainya ketika itu.
Aku tersengih sengih sambil mengambil duit syiling lima puluh sen darinya.
Sambil berjalan ke kedai aku memasang keinginan beberapa barangan yang patut aku beli dengan duit upah dua puluh sen yang aku perolehi itu.
Kalau beli 'chickadees' dapat dua jer...tapi kalau beli cekelat ( gula gula ) dapat banyak!
Aku berkira kira di dalam hati.
Aku nak beli cekelat (gula gula) sekupang. Dapat 8 biji. Sekupang lagi aku nak beli kacang.
Harga gula gula berangin berisi coklat di masa itu ialah 4 biji lima sen. Jadi dengan duit sebanyak sepuluh sen, aku akan mendapat 8 biji gula gula. Baki sepuluh sen lagi aku beli kacang tanah berkulit ( ala ala kacang tanah NGAN YIN sekarang ini ) tetapi yang diambil dari balang kaca besar di rak kedai runcit Ah Hock itu dan ditimbang serta dibungkus dengan kertas surat khabar lama sahaja.
" Banyak nye cekelat. Mintak satu... " kata kak Yah sebaik saja melihat poket baju skirt aku yang penuh berisi gula gula.
" Tak boleh...ini upah. Mana aci mintak " jawab aku.
" Kedekut! "
" Suka hati orang la.."
" Bertuah punya anak sedara.. bla bla bla bla bla bla..."
Kak Yah mula membebel sambil mengungkit dan mengugut aku tidak mahu diberi upah lagi atau dibawa jalan jalan ke mana mana.
Aku berlalu sambil mengulum gula gula satu persatu.
Habis gula gula, aku mengupil kacang pula.
Sambil melihat kertas pembalut gula gula dan kacang itu , aku mendapat satu akal...
JENG JENG JENG.....
Aku menjenguk jenguk mencari ibu saudaraku.
Oh tengah sembahyang Asar...
Aku tunggu.
Sedang ibu saudara ku menadah tangan berdoa, aku masuk perlahan lahan ke dalam biliknya dan meletakkan baik baik 'gula gula' di atas telapak tangannya.
" Allahhhhhhhaiiii...baiknya anak sedara aku. Terima kasih laaa... Teringat juga nak bagi kat mak sedara dia. Sejuk hati aku..... " kata ibu saudara aku sambil tersenyum sebaik selesai berdoa.
Aku?
Menyengih nyengih penuh makna...dan cepat cepat berlalu.
Selepas beberapa minit.......
" HAMPEHHH punya anak sedara!!!! KULIT KACANG dibaginya aku!!!"
Aku dengar sayup sayup saja segala ngomelannya.
.
.
.
.......dan malam tu siap le aku dengan mak.
sekian
5 comments:
hehe.. gula-gula ni banyak cerita kan?
Penah dulu masa belum kawin aku seluk seluk poket seluar, ada gula2 ntah zaman bila. Apa lagi.. bukak dan makan. Lama dah lepas habis gula2 aku telan baru terperasan yang aku puasa... puasa ramadhan pulak tu.
Ibundo,
aku macam tu juga..
tapi ngan cekelat 'BAR-NONE' masa kat US dulu..
ADEH.....
penat tahan gelak dalam lab ni... my friend ingat saya ni gile gelak sorang2... heheheheheh
gula-gula kalau terlupa keluar dari poket seluar dan masuk washing machine kira haru juga
Zafi,
ini macam ada experience je ni..tu sebab golak lain macam tu..
DrSam,
macam tahu tahuuuu jeee
Post a Comment