Dulu dulu masa aku tinggal di kawasan rumah flat di KL, jiran jiran aku kebanyakannya terdiri dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah.
Askar askar yang rata ratanya berpangkat kopral dan beristeri suri rumah. Anak anak pulak empat lima orang. Kebanyakan mereka tiada kenderaan beroda empat. Yang ramainya mempunyai kenderaan beroda dua saja. Itu pun mujur la kut..
Aku pun masa tu langsung tidak berkenderaan sendiri. Ke sana ke mari naik bas ke, teksi ke. Kenderaan yang bila kita naik, baru dibayar.
Bila hidup dah rasa lapang sikit, baru la boleh suami aku membeli kereta.
Berjiran dengan orang yang berpendapatan rendah ni ada kelebihannya.
Kalau buat majlis apa apa, tiada masalah tidak cukup kaki tangan.
Kalau buat gotong royong, tiada masalah tak cukup pekerja.
Skill memasak bagi golongan wanitanya...perghhhh...( aku syok makan masakan kakak kakak ni masa tu )
Yang lelaki pula ( mostly mereka adalah tentera ) lagi la hebat...
VERY SKILLFUL!!
Bab nak cari kayu kat hutan, bina khemah, menyembelih lembu kambing?? mengurus dapur arang?? nasi kenduri?? Boleh TABIKKKK spring!!
Gotong royong memasak sewaktu apa apa sambutan yang dibuat di surau memang THE BEST!
Walaupun mereka bukan terdiri dari golongan yang berada atau menjawat jawatan tinggi tapi jiwa mereka besar....dan aku rasa suasana begitu agak kureng aku rasai di kariah surau aku ni...( yo laaa dah keliling kelalang jiran jiran aku ni geng geng BANGI ELIT belako.....)
Kat Bangi ni, kalau kenduri main ODA SAJA. FULL KATERING SERVIS!
Kalau buat FULL gotong royong pula akan kureng tenaga dan kureng skill sebab mostly tuan rumah pun dah tak nak susah susah. Kebanyakan rumah ada bibik. Anak anak tuan rumah pun tak biasa buat kerja.
Anak anak tuan rumah yang dah jadi pemuda pemudi pun kira banyak lepak depan komputer saja.
Mana nak datang skill dapur, skill menyembelih lembu kambing, skill melapah lagi, skill ke hutan????...
Skill nak petik dapur gas pun tak tentu lepass...
Skill merebus telur pun tak ketahuan hala, nak suruh masak gulai ayam? Gulai kambing?
Hmmmmmm... baik la guna katering! SIAP DUIT jer..
Hari Sabtu kelmarin aku saksikan geng geng mereka yang berpendapatan rendah bergotong royong lagi.
Ini bukan geng pakcik makcik, abang kakak di flat tempat tinggal aku dulu tu.
Tapi geng cleaners KOPUTRA ( Koperasi Kakitangan Bank Muamalat dan CIMB) yang secara sukarela menabur bakti mencuci rumah Allah yang dipilih.
Rasa malu pada diri aku sendiri..
Aku?
Buat apa kat sini??
Ambik gambor dan menyusun surah surah Yassin kat rak SAHAJA.
----> *jari pun tak sempat nak berpeluh*
Program Anjuran KOPUTRA
Ramai yang turun padang...
Wak Yuk ni memang rajin..
Bab nak guna mesin kena bagi depa...hayunnnnnn saja..
Kita seronok ja bila semua dah bersih...
Tak dak masalah bab cat mengecat ni..
.
.
.
.
.
bila tengok kesungguhan mereka membersih rumah Allah ni maka aku teringat keringat BANGLA BANGLA dan INDONMANIS yang mencuci rumah Allah nun jauh di Masjidil Haram.
Besar pahala wehhh..
Aku tabik!!
sekian
3 comments:
Saya tabik spring. Semoga usaha murni mendapat balasan pahala berlipat kali ganda.
yong,
Ramadhan kareeem to you!
drSam,
InsyaAllah
zafi,
semoga segala usaha mendapat berkat..salam ramadhan to you too
Post a Comment