Monday, December 19, 2011

Oh...

Assalamualaikum,

" Abahnya tak merokok. Tapi masalahnya...anak yang dah jadi perokok tegar."

Aku terkedu menelan air liur bila salah seorang teman sebilikku bersuara

Kami sebilik sedang menyuarakan rasa tidak puas hati kami tentang segelintir jemaah lelaki yang masih lagi berdegil merokok di kawasan bangunan tempat tinggal kami. Ianya cukup mengganggu para jemaah terutamanya bagi jemaah yang telah berusia dan berpenyakit. Bagi aku, memang mereka yang masih menghisap rokok ini tidak memikirkan hak orang lain.
" Bukan anak ko baru tingkatan 5, Fa? "
" Ya lah.. yang tingkatan 5 tu la. Tapi dia lah hero rumah tu. Dari darjah 4 lagi dah ngisap rokok, kak. Apa nak jadi pun tak tahu lah saya."

Terlopong aku sobontar.
Den macam tak percaya jer sebab den tengok dalam banyak banyak kawan den yang sebilik tu, si Fa inilah yang nampak paling warak.

" Budak tu memang nak menduga saya sejak kecil lagi, kak"

Aku terfikir fikir la kalau anak dia ni dah jadi perokok tegar semenjak umur 17 tahun lagi, dah nikotin penuh tepu dalam dada semenjak muda belia...kalau dah umur umur petang macam aku ni macam mana pula?
Gamaknya itulah sebabnya ada jemaah yang tak boleh nak diberi teguran ataupun nasihat biarpun berkali kali disuarakan oleh pemimbing bila dah sampai ke tanah suci Makkah...GAMAKNYA laa..

Tapi Allah Maha Mengetahui..
Allah juga Maha Mengasihani..

" Ko jangan putus asa, Fa. Terlanjur kita dah sampai di sini, ko kena doakan untuk dia. Jangan biarkan dia hanyut.."
Itu saja nasihat yang aku mampu beri pada teman sebilik aku yang juga merupakan seorang guru.

" Otak anak saya tu pandai, kak. Dalam pelajaran tak ada masalah besar. Tapi tang akhlak tu, saya memang dah rasa nak give up. Dah hard talk. Dah slow talk..Apa sebabnya pun saya tak tahu. Di mana silapnya pun saya tak nampak..Kadang kadang kita yang jadi cikgu ni rasa agak terkilan juga. Mendidik dan menasihat anak orang lain tapi anak sendiri..." tergantung ayat kawanku itu di situ.

Terdiam dia. Aku nampak matanya sudah mula bergenang dengan air mata.

Ya memang..kadang kadang lebih mudah mendidik anak orang berbanding anak sendiri.
Aku tahu rasa keterkilanannya itu.

" Baca Yassin tepi telinga dia masa dia tengah tidur..Ko pernah buat tak?" aku bertanya.

Dia senyum.

" Bila malam payah nak berjumpa dengan anak saya tu, kak. Merayap, menyelinap.."

" Adui..budak jaman sekarang!!"

" Ko bacer je la bila bila masa dia dah tidur..Tak kisah le malam atau siang. Kalau dia terjaga tengok kau baca Yassin sebelah dia tu lagi baguih.."

" Apasal kak?"

" Bagi dia gerun sikit...ko kata je la...Mak baca yassin ni sebab ada orang dah NAZAK. tak boleh nak dibuat apa dah..Kalau dia faham, faham la.."

Kawan aku tergolak besau.

" Biar bonau kak ni !"

Aku pun tergelak juga sambil teringatkan peristiwa suatu masa dulu aku pun pernah di baca Yassin oleh ibuku.
TAKKKKK...aku BUKAN MEROKOK!!
.
.
.
.
..
CUMA DEN NI ada penyakit!
PENYAKIT tak dongar kato!!!


sekian

5 comments:

Nizam.Ariff said...

kakaka.... bacakan sikit kat telinga aku kak...

aza ni said...

hajjah

saya juga, ya?

tasekM said...

kalau dekat nizam tu... lepeh ko baca yasin ko lumor sikit kapur barus.

keh keh.



.

Insyirah said...

Hahaha...walaupun rasa mcm kelakar, tapi rasa mcm tak rugi kalau kita try & error. Haha.. :D

ASH said...

Aku,
Aku suka yang Tas suruh tu.selain baca yassin kita tabur kapur barus keliling bilik!

Azani,
Hendak seribu usaha

Tas,
Aku sokong ko.

Mamaazfar,
Belum cuba belum tahu!