Friday, December 16, 2011

Hendak seribu daya..

Assalamualaikum..

Tok Mah dan Mak Didik adalah dua nendaku yang aku kenal semenjak kecil lagi.

Tok Mah adalah bonda tiri kepada ayahandaku. Bonda kandung ayahandaku telah meninggal dunia sewaktu ayahandaku berumur sekitar belasan tahun. Jadi aku hanya kenali Tok Mah sebagai nenda sebelah ayahandaku. Tok Mah lah yang menyambut kelahiranku sewaktu aku dilahirkan di rumah datuk sebelah ayahandaku.

Mak didik pula adalah nenda sebelah ibuku. Dia lebih mesra dipanggil MAK DIDIK. Asal usul kenapa dipanggil begitu, aku pun tidak tahu. Yang aku tahu, mak didik cukup gigih mengharungi kehidupannya sebagai ibu tunggal semenjak berumur 40 an lagi. Membesarkan 10 orang anak dalam kehidupan yang cukup susah. Memikul tanggungjawab dalam keadaan yang serba tiada.

Tok Mah, bagiku lebih bertuah berbanding mak didik.
Tanah dan harta peninggalan arwah datuk ku serta arwah suaminya yang sebelum itu agak banyak jadi Tok Mah lebih berharta jika dibandingkan dengan Mak Didik.
Seingat aku Tok Mah juga bernasib baik kerana anak anak dengan suaminya sebelum datukku lebih 'MENJADI' dan kehidupannya lebih selesa selepas ketiadaan datukku walaupun pekerjaan utamanya ialah mengerjakan sawah sahaja.

Mak didik pula agak kurang bernasib baik. Kesusahan hidup dan tidak berharta ditambahkan lagi dengan anak anak yatim yang terpaksa dijaganya begitu menyulitkan keadaan.

Biar bagaimanapun keadaan kehidupan kedua dua nendaku ini, akhirnya sampai juga mereka ke tanah suci Makkah.

Tok Mah sudah tiada.
Begitu juga dengan Mak Didik.

Pemergian Tok Mah ke tanah suci Makkah rupa rupanya sekaligus mengakhiri perjalanan hidupnya. Tok Mah pergi ke Makkah dalam tahun 1982 semasa aku di dalam tingkatan 3. Dia sihat walafiat sewaktu itu tetapi Allah lebih Maha Mengetahui ke atas sesuatu perkara lantas dijemput Tok Mah terus mengadapNya sewaktu Tok Mah masih berada di Madinah.

Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW telah bersabda :-
"Sesiapa yang mampu/dapat mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguhnya Aku menjadi saksi sesiapa yang mati di sana (Madinah)". Hadis riwayat Muslim.


Moga moga beruntunglah Tok Mah ku itu...InsyaAllah.

Kehidupan Mak Didik di dunia ini juga telah berakhir.
Biarpun mengharungi kehidupan yang kurang selesa namun rezeki untuknya ke Makkah tetap ada.
Kadang kadang aku kagum dengan Mak Didik. Biarpun miskin dan buta huruf tapi masih berusaha untuk berdikit dikit menyimpan duit untuk menjadi tetamu Allah. Akhirnya dia dapat menjadi tetamuNya sekitar pertengahan tahun 1980an.
Pekerjaannya hanya menoreh getah, membela ayam dan kambing, menjual hasil kampung seperti buah limau nipis, tempoyak dan durian. Dan dengan duit hasil titik peluhnya itulah yang membawanya menyahut panggilan Allah ke tanah suci.

Hmmm..

Wahai teman..lihat diri kita.
Kita mempunyai kehidupan yang selesa.
Rumah besar.
Ada kereta.
Kemudahan sana sini.
Sudahkah kita redho dengan apa yang ada?
.
.
.
.
Benarkah kita berusaha bersungguh sungguh untuk menjadi TETAMUNYA?
Melengkapkan diri dengan rukun ISLAM ke 5?
.
.
.
hendak seribu daya...


sekian

3 comments:

ibundo said...

ada orang kampung hasben aku kerjanya mengurut orang je. Orang kampung berapa sangatlah dapat sekali mengurut. Lebih2 sepuluh ringgit. tapi selalunya orang bagi dia tak lebih dari 5 ringgit.
Tapi.... dengan duit mengurut tu dia dapat pegi haji dan dapat upah orang buatkan haji tuk laki dia.

Kalau nak seribu daya. Niat tu yang penting. Bila dah ada niat Allah tu akan lorongkan rezki insyaallah.
Kalau dah taknak.. dah memang takde niat nak pegi.. simpanlah duit berkepuk-kepuk, sampai bila pun tak jejak kaki ke mekah.

Huwaaa.... apasal lak aku pagi2 ni emo..

ASH said...

'berkepuk kepuk??'banyak tu kakpah...bunyi macam dok tepi bendang jer..KEPUK PADI!!
.
.
.

hihihi

ibundo said...

hehe.. memang pun maksud aku kepuk padi. Orang kampung aku dulu kalau nak menunjukkan benda banyak dorang akan cakap berkepuk-kepuk haha...