Wednesday, December 07, 2011
Balik kepada asas..
Assalamualaikum,
Seorang petani ingin menanam sepohon pokok rambutan di kebunnya.
Dia akan meninjau keadaan tanah kebunnya.
Dia akan menyelidiki terlebih dulu keadaan tanah tanih di kebunnya.
Satu keperluan untuk menyelidiki dan mengetahui keadaan tanah tanih kerana pengetahuan ini akan berupaya menghasilkan pokok rambutan yang subur dan mengeluarkan buah yang baik.
Untuk menghasilkan pohon yang baik maka tanah mesti subur dan bergaram galian yang sesuai, perlu ada air dan saliran yang baik, perlu ada cahaya matahari yang mencukupi.
Pendekata, penghasilan yang baik memerlukan asas yang baik.
Menjana model insan..beerti cuba menghasilkan insan insan yang berakhlak mulia yang dapat menggunakan akal fikiran yang baik dan dapat menapis perkara perkara yang buruk.
Manusia ada akal tapi ramai yang tidak dapat menggunakannya dengan baik lantas sering melakukan perkara mungkar dengan sewenang wenangnya. Membunuh, mencuri, minum arak, berzina, berfoya foya...dan adakalanya berperangai lebih buruk dari binatang dan ini bukannya seorang manusia yang layak dipanggil INSAN sebaliknya hanyalah layak dilabelkan sebagai ANNAS - satu bentuk manusia yang berakal tapi tidak dapat membezakan antara perkara yang dilarang Allah dan perkara yang disuruh Allah.
Walaupun kedua dua perkataan ini yakni INSAN dan NAS bermaksud manusia tetapi terdapat perbezaan yang cukup besar di antara keduanya. Dan hanya PENGHIJRAHAN yang dapat membezakan di antara dua kelompok manusia INSAN dengan manusia NAS.
Sekiranya seorang pemuda Mu'min inginkan keturunannya menjadi manusia yang bergelar INSAN, dia tidak akan sewenang wenangnya memilih pasangan hidupnya secara semborono. Dan seorang pemudi Mu'minah juga tidak semudahnya menerima sebarangan orang untuk memimpinnya dalam melayari bahtera rumahtangga.
Seorang pemuda yang baik pastinya mengharapkan pasangannya nanti dapat menjaga anak anak dari benihnya agar terus menerus memiliki akhlak yang mulia sekaligus membentuk manusia yang bergelar INSAN. Anak yang menjadi model INSAN ini dikandung, disusui, dipelihara, dididik, dibelai oleh pasangannya agar nanti segala tanggungjawab itu tidak dipersoalkan dan dituntut di akhirat kelak.
Soalnya sekarang apakah diri kita ini sudah menjanakan diri sendiri, diri keluarga, diri masyarakat untuk menjadi MODEL INSAN?
Betapa ramai pemuda di luar sana yang mengambil isteri dengan hanya melihat dari satu sudut kategori saja yakni KECANTIKAN LUARAN lantas selalu alpa untuk menyelidiki KECANTIKAN DALAM. Perangai buruk bakal isteri selalu diabaikan. Akhlak yang tidak senonoh diketepikan dahulu kerana menyangkakan pasangannya nanti dapat dibentuk di kemudian hari. Tapi didikan dan tarbiyyah dari si suami rupa rupanya hanya sebuah impian yang tidak kesampaian dek kerana si suami juga kesibukan mengejar habuan untuk dunia.
Rumahtangga yang diharapkan menjana MODEL INSAN hanya tinggal harapan. Isteri tidak terdidik. Anak tidak terjaga malah betapa ramai ibu ibu hari ini yang lebih mengutamakan jagaan kecantikan bentuk badan untuk dipamerkan pada 'ayah ayah' anak lain dari ayah anak sendiri!
Betapa ramai juga isteri isteri yang keluar rumah dalam keadaan menghairahkan suami orang lain dari menaikkan syahwat suami sendiri!
Alangkah malunya bila si suami seakan redho dengan si isteri yang berakhlak seperti MODEL ber'jenama dan berlabel' ini.
Bayangkan MODEL KELUARGA sebagaimanakah yang akan dijanakan oleh pasangan seperti ini?
Mungkin entri ini kelihatan begitu menghiris hati tapi bagiku tidak terlambat untuk mana mana individu atau pasangan suami isteri atau keluarga untuk sama sama BERHIJRAH. Bagiku perkara asas sebegini perlu diketahui oleh setiap manusia yang ingin bergelar INSAN...dan pengHIJRAHAN satu satunya tuntutan untuk itu. Moga PENGHIJRAHAN akan membuatkan diri dan jiwa merasa lebih tenteram dan tenang terutamanya jika ingin dijemput menjadi TETAMU ALLAH.
sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tetiba jadi kelu lidah untuk berkata..
dan jejari rasa kekok untuk mengomen..
"eh,
apasal si ash menyinis..?"
.
.
.
kan aku memang begini..
meracau dan mensasau adakalanya!
.
.
dan pahit itu adakalanya MEMANG MENGUBAT!
Post a Comment