Wednesday, December 28, 2011

Angan angan, angau angau dan cita cita..

Assalamualaikum,

Cik Eton memandang keluar tingkap.
Memerhatikan daun daun getah yang menari nari di tiup angin.
Fikirannya melayang entah ke mana.
Memikirkan angan angannya untuk ke luar negara.
Angan angan atau cita cita?

Harapannya cukup tinggi.
Cuma mungkin gawang tangannya tak tercapai anganan yang menggunung itu.

Dia mengalihkan pandangan. Melihat biasan diri dicermin.

" Rupa paras aku ni boleh tahan juga. Tapi siapa yang ndak?" bisik hati Cik Eton.

Cik Eton mengangaukan seorang jejaka tampan.
Jejaka idaman yang menjadi buruan gadis gadis lain.

Ahhhh...ANGAU oraang muda.

" Apakah jejaka itu sudi memandangku?" getusnya.


Haiiihh...musim musim orang MENDIRIKAN MASJID ni mesti ramai yang BERANGAN dan BERANGAU macam cik ETON.

Sian...kan kan kan??

Bila asek asek dok pergi kenduri kengkawan yang dirikan masjid tetapi diri sendiri tak masuk mana mana masjid..

hehehe..


Ish..itulah komer!
Jangan panjang sangat TERMENUNG tu.
Berangannnnnn jer...
Berangauuuuu...jer...

Orang kata kalau teringin nak dirikan masjid, kena rajin pergi masjid.
Baca doa banyak sikit.
Solat lebih sikit...
Kalau asek BERANGAN jer...
ANGIN jer yang banyak masuk.

Apa kata komer jengah kejap masjid ini. Idak ke lawa tu?

Ini lawatan khusus buat kami sempena mendirikan MASJID 22 TAHUN yang lalu!!
Uishhh...dah 22 tahun tau!


Mungkin ada yang berangan angan sebelum mendirkan masjid tu, pasangan kalau boleh nak dapat yang hensem hensem. Isteri pula nak dapat yang cun melecun.
Lepaih itu kalau nak buat rumah, nak dapatkan rumah yang besor besor.
Banglo sebijik ....ada 7, 8 bilik.

Buat pula tepi laut atau tepi sungai..

ehhhhh...BERANGAN le KO!!



Tak pun udah pasang angan angan MELANGIT nak dapat putera raja.
Boleh dok kat istana macam ni.
AIIIHhhhhhh....angan tak sudah weiiihhhaaaiii!!





......lantak le komer.


Aku dapat bang aji ghuper macam ini pun udah kira baguih.
Syukur Alhamdulillah...22 tahun ..jangan memain!
Walaupun masa mula aku kenai dengan dia, khorje tak ader.
Ghumah pun tak ader. Aper pun tak ader..
TAPI BAHAGIA!!
Bior le harta takder, tapi nengok anak riang gembira udah cukup membahagiakan aku dan bang Aji Spek Itamku.
Hehehe..Hepi anibeseri seri on the 25th December yang lalu, bang Aji!!

sekian

6 comments:

ibundo said...

happy belated anniversary semuga kebahagian bertambah-tambah hingga ke akhir hayat.

ASH said...

Ibundo,
makaseh..aminnn..

Nizam.Ariff said...

Selamat ulang tahun yang ke 22...
sama-samalah kita semua bahagia...

geraugebang said...

kita dulu naik buai...nyanyi lagu buai, buai, aku nak kawin anak raja...dapat kawin ngan bang badang perkasa...

Insyirah said...

Happy Anniversary kak hida & suami! :))

Saya baru anniversary 2 tahun...jauh lg perjalanan. Huhu. Mudah2an keluarga kita semua sentiasa di dlm lindungan rahmat ALLAH...Aminn! :))

ASH said...

Aku,
InsyaAllah..amin..ko dah berapa tahun berumahtangga ngan mama?

Gerau,
Seronok la dapat abang badang perkasa!

Mamaazfar,
Amin...hidup berumahtangga ni akn menghadapi pelbagai dugaan. Difitnah, diuji, diumpat, dikeji..itu biasa..Kalau tak tahan, tu yang goyah dan ranap...kadang kita bahagia pun ada yang dengki..macam macam..hati manusia!